An excellent way to help you with your self-assessment is to keep a trading journal. It will help you to analyze your thought processes after the trade, and identify your strengths and weaknesses in your trading. Understanding your personality is one thing, but understanding it while you trade is a totally different story. A trading journal allows you to review your wining and losing trades and pinpoint specific reasons on why you won or lose.
Dah. Aku berhenti lah dulu dari peperangan post sebelum ini. Nampaknya tewas, 38 dollar lebih (aku rasa unit die dalam dollar lah, usd), itu pon setelah aku dapat recoup balik dari kerugian hampir 200 dollar. Penah cecah untung pon tak sampai 20, tapi tak sempat nak close, jadi negatif balik… aku ingat, setiap kali buy matawang, mesti kena jual…. rupanya, buy dan sell dua-dua kita kawal/niaga. lepas buy kena close. begitu juga lepas sell, kena close…. So, patotlah aku tewas, sebab aku pegi perang hanya dengan tangan kosong (senjata ialah ilmu technical analysis)
Dah habis dah go through babypips aka sokolah forex aku… walaupon dah grade dan dah banyak info aku dapat, tapi jantung dalam forex ni aku masih agak blur iaitu part technical analysis atau tools untuk aku gunakan dalam ‘meramal’ resistance dan support aka bullish dan bearish. Nak baca graf dan interpretasi masih sangat terkial-kial dan hampir tak dapat aku nak fungsikannya… walaubagaimanapon, aku try install satu demo pakai interbank punya website, layan trade pakai duit tipu (practice)… kalau nak layan live, mau makan 6 bulan, kalau aku istiqomah belajar…. dan kalau malas sket, lepas setaun lah gamaknya baru layan secara sebenar… So, sekarang ni aku tengah apongkan 2 pair; usdjpy dengan eurusd. macam nak rugi je pips, hu hu… ni lah buat tanpa technical analysis. main hentam jek… ni kalau main hentam dah jatuh tahap gamble dah nih. Apa-apa pon, aku dapat belajar macam mana nak beli mata wang, dan jual mata wang dengan satu dua klik sahaja, ho ho…senang je forex nih, kita beli, pastu jual…. tapi ilmunya, mak aih, kompleks, tapi leh belajar dan faham lah, slow-slow… ok mus, selamat fahami technical analysis!
3 malam lepas, YM ngan sorang member, senior kat ukm dulu. Die la yang mempengaruhi aku untuk terjun dalam dunia forex ini. Untuk buat sesuatu mesti ada ilmu. So aku pon masuk la sekolah. start dari pre-school, tadika, grade 1 sampai grade 14… sekarang ni aku dah masuk college dah. Ni hari ke-dua aku pulun belajar ni. Tak sabar nak buat practical. Pakai duit tipu tapi main forex sebenar… Jadi, dengan ini, aku nak tukar konsep blog yang dah bersawang tak hengat ini jadi diari catatan aku, supaya fokus dan disiplin dalam mencapai matlamat. Aku hanya menulis untuk tatapan diri aku sendiri… Ok Mus! Selamat belajar, amali dan bekerja (kelak)
kepada otai-otai dslr sekalian macam beck, mael, nickmenza dan lain-lain (orang yang tak ahli dslr pon leh je please komen)… leh tak komen sket (sket je. panjang-panjang takot aku tak paham pulak) pasal gambar ni dari pelbagai aspek macam nama kaedah penggambaran ke, sudut ke… apa saja lah. Aku ialah buta kualiti gambar. Sedikit maklumat dan info dari pihak tuan, amatlah aku hargai. Terima kasih
Ini lah gambar yang aku maksudkan itu.
![]()
Segala komen ikhlas korang sumer amatlah aku hargai. tq tq
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan. 3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. 8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. 11. Kita cukup teruja untuk meng’forward’ kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??….. Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.” (Riwayat Bukhari)Semoga dapat kita sama-sama fikir-fikirkan dan renung-renungkan, tergolongkah kita di dalam golongan yang terbalik ini?
Great news…….!!!
Hope you all know about the Denmark newspaper who made fun upon our loving Prophet and till now they never regret… let us make them regret for all time…
The Denmark ambassador, prime min ister and Denmark channel they all try to do something just to stop the boycott made by Muslims last month, by which their losses has reached to 2 billion Euro . If we continue to boycott Denmark products after 7 months it could reach around 40 billion Euro’s destruction.
Dear brothers, please spread the news to all your friends you know in order to rise up our spirit and warning Denmark and other hostile nations towards Islam, we Muslim are united and not easy to break against any one who think to harm or insult Almighty’s message peace be upon him.
Believers do not let this message stop in your PC.
Assalamu’alaikum warahmatullaahi wabarakatuh , Kekuatan Sedekah
Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :
T atkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.
Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?”
Allah menjawab, ” Ada , iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),
Para malaikat bertanya lagi “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?”
Allah yang Maha Suci menjawab, ” Ada , iaitu api” (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),
Para malaikat kembali bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?”
Allah yang Maha Agung menjawab, ” Ada , iaitu air” (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),
Para malaikatpun bertanya kembali “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?”
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, ” Ada , iaitu angin” (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi “Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?”
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, ” Ada , iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya “.
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih , tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain .
Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : “Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat , dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya” .
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata , tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.
Ganjaran bersedekah
RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.
Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :
Z Allah Ta’ala berfirman, ” Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah ” .. {Qs. Al Lail (92) : 5-8}
Z Allah Ta’ala berfirman, “Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh ) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . {Qs. Al Baqarah (2) : 261}
Z RasulAllah SAW bersabda, ” Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, “Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah “. Yang satu lagi menyeru ” musnahkanlah orang yang menahan hartanya ”
Tolak Bala dengan Sedekah
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW , sbb :
Z ” Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah ” .
Z ” Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah ” ubatilah penyakitmu dengan sedekah ” .
Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,
Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita , kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???
Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah
Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum’at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum’at , misalnya Jum’at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum’at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.
Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka . Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.
Sedekah yg pahalanya terus mengalir
Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : “Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus , kecuali tiga hal : amal jariyah , ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo’akannya ” (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).
Minta maaf banyak-banyak sebab bila korang jengok je blog ni, tak berupdate update. Sebenarnya aku fokus kat blog utama aku dah di http://musnaz.scukz.com . Jengok la sana tengok. Sori sangat, buang sedikit masa korang yang nak tengok peng’update’an aku di sini. Usha sana ye…
p.s: lepas tu kalau nak usha http://musnaz.com pon sangatlah dialu-alukan, he he. tq
Sangat terharu bila baca post khai yang nih!
Buat khai yang tersayang (hu hu),
Kau buat tajuk post ko ‘aku rindukan scukz’. Aku juga rindukan scukz! (sia-sia muka sederhana hensem aku terpampang kat forum main page scukz, hu hu). Tapi bila baca post khai yang banyak ‘tahis’ nih, dah kurang dah sedih, jadi marah dan bengkek pula yang muncul.
Tak pe khai… memang wajar la khai bersedih (berat mata kami ‘memandang’, berat lagi bahu khai memikulnya). Tapi jangan over sedih please, sebab semua ni pasti ada hikmahnya. Pasti! Kompom! aci kerat jari punye!
Kalau Khai bersemangat, dan memandang kisah tragis ini dengan positif, aku yakin Khai akan bangkit dengan lebih gah. Come on khai, kita sebagai insan Leo (macam mohdismail gak kot) mesti bersemangat demi rakyat jelata, hu hu… Mungkin khai bangkit dan buat sesutu yang lebih vista ke macam arakian.com ni ke, hu hu…
Scukz for eva…. (scukz.net pon ok, kalau tak dapat scukz.com, hu hu)