MIM ni lebih dikenali sebagai M-messenger. Digi pon layan mender nih, die jv ngan maxis. Ni ala-ala YM gitu…. tapi takkan nak cakap MM kan, macam tak biasa lagi pulak. Ok, meh aku citer sket pasal MM nih. Malam tadi aku try install pakai *100# dan pilih option nombor 4, kemudian 1, kalau aku tak silap. Install die free jek. Layan feel die memang macam YM… tapi nak layan MM ni kena pakai tepon 3G lah. Kadar bayaran die berpatutan aku rasa…

Mula-mula aku try layan MM ngan orang (member) yang tak pakai MM. Orang tu akan dapat sms macam biasa jek cuma ada sedikit keluarbiasaannya ialah, sender kepada sms tu (iaitu aku) nombor teponnya ada bertambah 4 angka di depan, iaitu 2336. Maka orang yang dapat sms tu munkin tak perasan tu aku yang bagi sebab nama aku tak kuar tapi nombor pelik, contoh; 23360129405827. Kalau member aku tu nak reply sms kat nombor pelik tu, tak dapat, die jadi masuk wap portal. Gitulah.

Lepas aku perkenalkan diri dan layan chat beberapa round, aku pon check balik baki kredit hp aku… Tak berganjak siot. Giler best die punya pakej, RM1 untuk layan chat selama 5 hari. Aku pikir ni dah kira unlimited message la nih. Rupanya jangkaan aku meleset. Bila kita beli RM1 untuk layan MM selama 5 hari, sebenarnya kita beli 100 token. 1 token untuk satu kali message. Ni kira, 1 sen per message lah…. Pakej yang lagi satu RM5, 500 token, 30 hari.

Apa-apa pon aku baru je try dan belajar, tak try betul-betul lagi chat dengan orang yang pakai MM ni jugak. Cuba la jengok info real dari maxis pasal m-messenger nih kat sini.