Musnaz.com dan dunia forex

An excellent way to help you with your self-assessment is to keep a trading journal. It will help you to analyze your thought processes after the trade, and identify your strengths and weaknesses in your trading. Understanding your personality is one thing, but understanding it while you trade is a totally different story. A trading journal allows you to review your wining and losing trades and pinpoint specific reasons on why you won or lose.

Archive for February, 2008

Friday
Feb 29,2008

Pada masa kini, majoriti penduduk di bumi menggunakan perkhidmatan di kaunter bank, atm malah menggunakan cara online untuk membuat pemindahan wang ke akaun pihak ketiga. Adakah anda fikir cara transaksi online merupakan kemudahan yang paling canggih masa kini? Aku fikir tidak! Walaupon aku rasa cara ini mungkin merupakan kaedah yang paling popular.

Tahukan anda, dewasa ini telah wujud satu lagi kaedah transaksi wang kepada orang lain dengan lebih pantas, mudah dan mobile? Ya tuan-tuan dan puan-puan, abang-abang, akak-akak, adik-adik sekalian. Cara yang aku maksudkan itu ialah dengan cara hanya bersms menggunakan handphone yang rata-rata dimiliki oleh setiap insan (2 per 3 penduduk bumi, jika tak silap). Hanya buat satu arahan sms pemindahan dana ke nombor telefon rakan yang hendak diterima dan tada….! rakan tersebut telah menerima wang kiriman anda setelah anda membuat pengesahan transaksi dengan hanya membuat panggilan rindu (misscall) ke nombor yang tertentu. Tamat.

Dan rakan tadi boleh lah menggunakan wang yang berada di dalam ‘wallet’nya untuk membeli prepaid sambil mendapat komisyen, membayar pelbagai bil, membeli belah atau memindahkan wang ke rakannya yang lain dengan syarat, rakannya itu juga pengguna bijak perkhidmatan MOBILE MONEY WALLET ini. Jika dia tidak mahu melakukan semua itu, die boleh simpan (standby) sahaja di dalam ‘wallet’nya atau memindahkan wang tersebut ke akaun bank dia (maybank, cimb, RHB dan Hong Leong sahaja).

Di masa hadapan atau sedikit masa lagi, tidak mustahil penggunaan servis ini akan meluas dan menjadi suatu kebiasan bagi mereka yang sentiasa bergerak cergas (always on the move). Usahawan atau penggiat internet seperti mereka ini dengan mudah dapat menerima dan melakukan pengesahan pembayaran. Tidak perlu memeriksa email atau akaun mereka lagi.

Untuk rujukan berkenaan servis ini:

Laman pemudahcara: www.musnaz.com

Laman utama: www.mobile-money.com atau www.mmwallet.com

p.s: ’steady’ tak penggunaan bahasa Melayu aku, he he? Aku ada sedikit rasa keinsafan untuk menggunakan bahasa Melayu dengan lebih betul disebabkan tersedar dari lamunan suatu ketika setelah terbaca papan tanda bertulis ‘bahasa jiwa bangsa‘. Walaupon sudah biasa kedengaran ayat itu, tetapi pada ketika itu, ku peroleh hidayah untuk mengamalkannya. Aku akan cuba memperbaiki dari semasa ke semasa, insyaAllah.

Wednesday
Feb 27,2008

wah, sungguh memudahkan lah. Bila sampai slip bil air kat rumah, aku terus gatal jari nak try bayar bil pakai kemudahan yang lebih hebat dari beratur ke kaunter bil mahupon online. Aku takde tenet kat rumah. So, alternatifnya, aku layan pakai sms, yeah! sms! Bil air aku untuk bulan ni ialah RM10.63 kalau korang nak tau. Mahal tak? he he.

 Ok, mula-mula aku taip arahan sms die dulu;

PAYBILL#[Code]#[Amount]#[MMPIN]#[A/C Number]#[Bill Reference Number]

yang # tu makna die space lah. code tu tu ialah kod bil yang ditetapkan MM. Macam aku, bayar bil air kat ‘kuching waterboard’ so, kod die AIRKCH. Kalau syabas, kod die SYABAS. Kalau letrik, astro, celcom apa sumer tu, lain lah kod die kan. Amount tu, yang RM10.63 lah. MMpin tu, pin 6 angka aku. Sebarang arahan sms, memang kena selitkan pin kita ni. A/c number tu biasalah. Manakala bill ref number tu, tak semua jenis bil ada nombor rujukan ni. MM ada senarai die semua kat sini. Macam bil air aku, ada nombor rujukan die. So, akhirya, jadilah arahan sms aku lebih kurang macam nih:

PAYBILL AIRKCH 10.63 123456 1710587013 010208

Aku saja je garis nombor-nombor tu kat sini sebab nak kasi jelas sket space die. Lepas tu aku pon send ke server MM. Selang beberapa saat, aku dapat reply bertaip:

Pls confirm payment of RM10.63 to AIRKCH A/C No: 1710687013 Bill No: 010208 by misscall to 0326901873 b4 11:26

Tanpa berlengah lagi, aku pon misscall je lah, tak kena bayar pon kan… Selang beberapa saat kemudian, dapat lagi satu sms pengesahan yang bertaip:

Anda telah bayar AIRKCH: 1710587013 RM10.63, resit no: E589606. Akaun akan dikemaskini dlm 3 hari dari tarikh bayaran. Utk semak bil sms SEMAK#E589606 ke MM

Begitulah adanya… menarik tak kemudahan? Ni stail bayar kat dalam jamban pon boleh, wa ka ka

Wokkeh, chow phraya dulu!

Monday
Feb 25,2008

Apa Alasan?

[Amaran: Slanga bahasa yang digunakan adalah bahasa pasar, sila hayati seolah-olah anda sedang berbual dengan saya berkenaan MM di kedai mamak berhampiran. Semoga anda terhibur di samping mendapat informasi dan inspirasi]

Apakah alasan anda untuk tidak mahu atau berlengah menyertai komuniti Mobile Money dengan menjadi ahli mobile money wallet? sila rujuk www.musnaz.com untuk mengetahui biz/ program jenis apakah ini . Sila lah nyatakan di ruangan komen, aku ingin tahu.

1. Bagus dan boleh percaya ke program nih? Ni skim cepat kaya ke hapa?
Mestilah bagus, kerana, kau dapat menjimatkan banyak masa dan tenaga, malah di samping itu boleh dapat duit poket sekali gus. Tak percaya? percayalah! Cuba baca dulu konsep asas tentang mobile money wallet di muka ‘home’, kemudian lihat pula di muka ‘profile syarikat’. Kemudian, explore habis-habisan di laman utama MMw di www.mobile-money.com . Kalau kau nak tahu, ini lah program ‘mobile commerce’ yang pertama di Malaysia. Biasa kita dengar e-commerce je kan? Tak de maknenye skim-skim cepat kaya oi… Ni skim lambat kaya adalah, maklum lah, komisyen main sen sen je (kecuali italk). Ni boleh di kira sebagai skim penjimatan masa dan tenaga di samping dapat duit poket (kalau nak kaya, kena rajin giler la jual prepaid).

2. Aku rasa leceh la benda-benda macam ni, nak kena sms lah, top up duit dalam wallet lah.
Benda-benda tu kau rasa leceh sebab kau tak biasa lagi, memang la sedikit terkial-kial bagi sesetengah orang. Lama kelamaan, kau tak akan perasan pon ianya leceh. Sms pon leceh ke? Mana lagi leceh; ko menapak buang tenaga pegi beli prepaid, bayar bil ngan shopping semua, atau kau cuma buat semua tu hanya dengan hujung jari kau sahaja, sambil melepak-lepak depan tv (dan dapat duit kalau beli prepaid) atau buat kerja berfaedah yang lain?

3. Aku malas lah nak layan… bz la, tau tak?
Aku tau la kau bz, orang lain pon bz, aku pon bz. Tapi sebab kita bz ni lah kita kena layan Mobile Money ni, supaya bz kita berkurang, dan menjadi lebih produktif. Konsep, kau dah tau kan (rujuk ‘home’)? cuma aku rasa, kau mungkin rasa sedikit beban kalau kau join, kau kena study sket manual cara nak beli top up, nak bayar bil dan shopping kan? Tak perlu rasa beban, kau tak perlu baca manual tebal-tebal, cukup hanya kau tahu, untuk permulaan:

- Nombor akaun Mobile money (untuk tambah nilai ke wallat kau)
- Nombor server untuk kau hantar apa-apa arahan sms
- Arahan-arahan sms. yang selalu kau akan guna dalam 2, 3 arahan je, senang sangat ingat. Yang lain tu kadang-kadang, tak pe, boleh sentiasa rujuk manual, atau sms kat aku je tanya. Kalau setakat nak beli prepaid celcom, digi, italk, tak payah sms pon, miss call je, pastu MM send kat kau pin reload. Lagi senang dan jimat.

Yang lain-lain macam nak bayar bil dan shopping, ko akan semakin senang faham sebab kau dah tau macam mana feel die menggunakan servis ni hasil dari latihan kau beli prepaid tadi.

4. Serius bro, aku memang bz… nak study maklumat seciput tu pon aku tak sempat.
Tipu la kau. Kita ni kena sentiasa study sampai ke liang lahad tau kan. Otak kita ni, banyak lagi sel-sel yang masih tido. Tak luak de, sel otak kita kalau amik masa study sket, lagi terangsang sel-sel tu adalah, insyaAllah. Bz-bz kau pon, masih lagi kena buang masa dan tenaga pegi beli top up kan? Nak beli top up online pon masih dikira buang masa wooo (walaupon tak buang tenaga), pakai sms perisian Mobile Money lagi cepat. Dapat rebet lagi!

Lagi satu, kalau kau betul tak sempat nak study manual pon tak pe, sebab bila kau diregisterkan oleh aku dan disahkan oleh MM, kau akan dapat satu sms yang lengkap dengan nombor server, nombor akaun MM, dan cara nak beli prepaid. Kalau tak paham jugak, aku leh call kau, terangkan sket, insyaAllah kau paham punye, dan terus leh jadi towkey prepaid untuk diri sendiri mahupon orang lain.

5. He he, sori la bro, aku tak pakai prepaid, aku pakai postpaid daa…
“Sapa kata postpaid tak leh join MM?” (sila ikut gaya rentak lagu iklan celcom “sapa kata?”). Memang lah nampak macam ada kekurangan sket, iaitu, kau tak dapat lah nak beli prepaid untuk diri kau sendiri. Tapi, kawan-kawan, kenalan dan ahli keluarga kau yang lain? takkan semua orang di sekitar kau pakai postpaid kot… Tak logik nih, sebab ikut statistik 7 atau 8 dari 10 orang pakai prepaid tau! Kau masih lagi boleh menjadi towkey prepaid bergerak bro! Dan lagi, kau juga boleh menikmati servis pembayaran bil-bil dan shopping (bukan shopping online lagi, tapi shopping mobile). Bayar bil postpaid kau tu pon boleh! Serius!

6. Aiseh, RM10 ke jadi ahli? mahalnye! tak de duit lah!
Kau jangan cakap tak de duit, nanti, betul-betul tak de duit baru tau. Cakaplah tak cukup duit ke, duit cukup-cukup makan ke… tapi kalau kau beli prepaid di sebarang kedai, ada pulak duit ye? Tak pe, kalau tak cukup duit, kumpul lah duit, sebulan seringgit ke… nanti 10 bulan kemudian, baru la kau join. Tapi kalau kau betul-betul minat, dan ada visi, tak pe, aku sanggup dahulu kan duit aku, dan kau boleh bayar ansuran ‘kot mamot’ kat aku; RM2 sebulan, boleh? Rasa-rasa nak bayar lebih dari RM2 sebulan pon boleh, cepat lah habis loannya, ye tak?

7. Aku lemah part top up modal ni lah. Mana ada modal bro!
Kalau kau tak de modal (duit tambah nilai di dalam wallet) pon, kau tetap akan ke kedai buang modal (masa & tenaga) dan bagi modal (duit) jugak kan? Ada kau dapat rebet dari orang kedai prepaid tu kalau kau beli prepaid dari die? Jangan gabra dengar perkataan tambah nilai, atau top up modal nih. Modal boleh di tambah di atm hatta serendah RM10! Tiada caj transaksi pon. Lepas tu, kalau ada orang beli top up italk kat kau lah katakan; kau amik RM10 cash dari orang tu, kemudian buat arahan sms atau miss call ke server sekejap, settle, automatik juga kau dapat rebet RM1.20 on the spot dari jualan itu. Lepas tu kau pegi balik atm, kau top up lagi. Bukan kah dah ada RM10.20 dalam wallet kau (akaun mobile money wallet)? Begitulah pusingannya.

8. Alamak, nak kena pegi atm banyak kali la pulak.
Ko nak komisyen ke tak nak? banyak cerita pulak. Kalau ko rasa penat, top up lah modal banyak sket, RM50 ke, seratos ke. Baru lah tak banyak kali pegi atm. Duit dalam wallet tu tak ke mana, die standby je, samada beli prepaid untuk diri sendiri (dapat rebet) atau jual kat orang (dapat rebet dan boleh pusing balik modal). Kalau kau malas jugak nak pegi atm, boleh je top up pakai maybank2u. Tapi kena caj RM1 lah per transaksi (upah m2u runner pegi atm tuh!). Kalau ko top up RM10 guna m2u, giler la rugi perasaannya. So kalau guna m2u, top up lah banyak-banyak, baru berbaloi.

9. Aku dah kaya dah, tak payah la layan program untung ciput nih.
Bro, takkan dah kaya tak nak jadi kaya lagi? dari duit ciput lah datangnya duit segunung! ok, ok, tak pe, kalau macam tu, kau join atas dasar kau nak menjimatkan masa kau lah untuk bayar bil dan bershopping. Bila lagi kau nak berlagak depan member-member kaya kau yang lain, yang kau tak payah pegi shopping naik merc atau bmw kau tuh? kau cuma ‘naik’ pakai nokia 3310 kau tu je!

10. Ish, aku tak reti lah, aku buta IT.
Jangan risau, aku pon buta IT gak (dulu la, sekarang dah maju sket, jadi rabun je). Ko bukannya nak buat programming, setup web apa pon. Kau cuma kena pandai bersms dan transfer duit melalui atm (paling kurang) je. Yang tu kau penah buatkan…? Aku tengok bukan main laju lagi kalau menaip pakai dua ibu jari kau tu time sms ngan aweks. Sampai nampak macam ada lapan ibu jari dibuatnya menunjukkan betapa pantasnya kau menaip. Arahan-arahan sms dalam MM ni, sempoi je dan senang ingat. Tu yang penting. Kalau tak ingat jugak, save la dalam draft kau ke, templete ke… bila-bila masa nak pakai, capai jek.

 11. Ish, aku tak percaya la kat ko. Buatnye aku bank in RM10 kat ko, lepas tu ko lesap begitu jek, naya seumur hidup aku!

Excuse me, takkan RM10 pon aku nak kebas! Kita ni kalau berbiznes, kejujuran tu lah yang paling penting (honesty is the best policy). Kalau orang nak menipu, tak dek de, nak mintak siket-siket macam ni.  Bukankah kau ada nama penuh aku, nombor telefon aku sumer. Kalau aku kebas, buat report polis!

11. Tak nak lah join, nak kena carik downline pulak. Leceh.
Hallo, ada aku penah citer pasal kena carik downline kat ‘home’ tuh? tak de kan… So maknanya, bukannya kena carik downline tapi memang tak boleh pon. Sebenarnya, dalam MM ni ada program yang boleh carik downline punye (kalau tak, masakan aku sibuk-sibuk promosi www.musnaz.com nih), tapi syaratnya bukan lagi RM10 lah. Syaratnya, kita kena beli voucher RM100 dan insuran nyawa (kematian dan kecacatan kekal) RM10. Jumlahnya RM110. Kelebihan die, boleh la ajak orang lain join. Kalau orang join yang pakej RM10 ni, dapat la komisyen RM6 (upah promosi la tu kan). Kalau orang join yang pakej RM110 ni, dapat la komisyen RM30. Tak banyak ke tu? (hai orang kaya nokia 3310 tu tadi, hah, ni baru untung besar, bukan ciput punye). Dan banyak lagi kelebihan die. Oh, pasal voucher RM100 tu, valid die 3 bulan. Ia hanya boleh digunakan untuk beli barang-barang keperluan harian dan asas yang tertentu sahaja. Beli prepaid, bayar bil, tak boleh ye. Yang insuran RM10 tu pulak, jika berlaku kematian atau kecacatan kekal, dapat lah maximum RM50,000… Macam aku, mula-mula aku join yang RM10 dulu. Setelah aku amat berpuas hati dengan servis yang diberi (termasuklah puas hati dengan servernye yang sangat laju), baru aku upgrade yang RM110 tu. Kalau macam korang yang nak jimat RM10, join lah terus pakej yang RM110 nih.

Apa lagi alasan anda, sila bagi tau, terima kasih.

Musnaz Kembali Akhirnya!

Friday
Feb 22,2008

Syukur AlhamduLillah… Tak sia-sia pagi tadi aku carik XML yang aku export dari musnaz.scukz.com dulu kat libry. Akhirnya jumpa jugak. Mujur orang libry atau orang lain tak delete fail ciput tu.

 Sekarang aku nak tanya sket kepada orang yang celik IT di luar sana. Sekarang nih aku berniat nak pakai hosting free yang 512Mb tu kat www.pro24.ws . Aku dah register dah satu kali jadi www.musnaz.pro24.ws . So, macam mana layan blog wordpress aku ni pakai hosting yang tu? boleh kan? tapi macam mana?

 Terima kasih.

Selamat Hari Jadi Azfar Danish!

Tuesday
Feb 5,2008

Hari ini, 5 Febuari 2008, maka genap lah 2 tahun umur anak sulong kami, Azfar Danish. Hadiahnya ialah tricyle! (standard kan? he) tapi dah bagi 3 hari awal sebab Danish tak sabar nak main! Malam tadi Ummi die buatkan kek coklat krim ber m&m untuk dibawa dan dijamu dekat nursery Danish. Aku dapat tengok je lah… Tapi tak pe, wife aku akan buat lagi satu kek InsyaAllah untuk sambutan hari jadi peringkat family…

Selamat Hari Jadi nak, semoga Danish jadi anak yang soleh dan tauladan yang baik buat adik Afiq!

Supapawa Idamanku!

Friday
Feb 1,2008

Okeh… kali ni aku nak jawab tag superpower yang aku wat itu hari… rata-rata… virus ni tersebar dengan agak baik jugak… daripada 10 orang yang aku tag, 3 daripadanya layan… 2 daripadanya menyebarkan virus ini, maka tersebar luaslah ia… macam-macam gaya menjawab dan karakter aku dapat baca dari mereka-mereka yang layan tag ni… yang bestnye si suparngah telah menambah lagi 4 soalan tambahan dalam tag superpower nih dan ianya agak signifikan jugak. Oleh itu aku nak layan tag ni ditambah dengan soalan tambahan pakngah itu.


1. Apa superpower idaman anda… sila pilih satu jek!
Teleportasi dengan sekelip mata atau beberapa kelip mata. Kemana mana sahaja di dalam bumi nih. Apa sahaja yang aku pegang, akan ku teleportasi bersamaku sekali…

2. Apa superhero atau watak yang mempengaruhi pilihan ko itu?
Mula-mula kisah nabi Sulaiman, yang ada jin yang leh pindahkan istana dalam sekelip mata. Lepas tu terpengaruh dengan citer star trek yang diorang leh teleport dari kapal turun ke plenet. Lepas tu terpengaruh pulak dengan manga dragon ball yang goku leh buat teleport dengan hikmat ‘pergerakan sejenak’ hanya dengan mengesan aura yang wujud ditempat yang die nak pegi tuh. Dan yang terakhir, terpengaruh dengan ‘night crawler’, satu watak dalam x-men.

3. Kenapa/ untuk apa superpower itu yang anda pilih?
Kan best… save masa, tenaga dan duit nak pegi melancong kan? nak pegi assassin orang pon senang, he. Kalau masuk jail pon, senang2 jek nak kuar. Lepas tu nak jengok mak dan nenek kat kampung pon tak menjadi masalah.

4. Kelemahan superpower anda… wajib ada!
Kelemahan yang ketara ialah tak leh buat teleport melebihi 10 kali dalam sehari, kalau lebih leh jadi pengsan.

5. Nama anda sebagai hero apa?
Tanjung. Sebab aku asal dari tanjung karang!

6. Motto anda sebagai superhero?
Kalau naik kenderaan, jangan lupa baca doa naik kenderaan… InsyaAllah tak akan accident punye!

7. Apakah musuh terketat anda?
Musuh Islam… nak assassin, bila-bila leh!

8. Kenderaan Utama anda?
Hellooo…..?

9. Apa pekerjaan utk menyara hidup anda? ye la.. jadi superhero ni sukarela.. bukannya dapat upah pon.
Hmm, dengan superpower nih, aku leh buat service penghantaran mcm dhl, skynet, poslaju tu, from door to door.

“Dijamin sampai hari ni jugak! InsyaAllah”

Time nak antar tu, aku menyamar la, supaya orang tak cam.

10. Sekret Place?
Kat rumah sewa jek.

Okeh, Aku nak tag lagi nih! ha ha. Kepada Mael, fendyzaidan, skeniox, rokudaime dan afzanafat sila lah layan kalau mahu. Yeah!