wah, sungguh memudahkan lah. Bila sampai slip bil air kat rumah, aku terus gatal jari nak try bayar bil pakai kemudahan yang lebih hebat dari beratur ke kaunter bil mahupon online. Aku takde tenet kat rumah. So, alternatifnya, aku layan pakai sms, yeah! sms! Bil air aku untuk bulan ni ialah RM10.63 kalau korang nak tau. Mahal tak? he he.

 Ok, mula-mula aku taip arahan sms die dulu;

PAYBILL#[Code]#[Amount]#[MMPIN]#[A/C Number]#[Bill Reference Number]

yang # tu makna die space lah. code tu tu ialah kod bil yang ditetapkan MM. Macam aku, bayar bil air kat ‘kuching waterboard’ so, kod die AIRKCH. Kalau syabas, kod die SYABAS. Kalau letrik, astro, celcom apa sumer tu, lain lah kod die kan. Amount tu, yang RM10.63 lah. MMpin tu, pin 6 angka aku. Sebarang arahan sms, memang kena selitkan pin kita ni. A/c number tu biasalah. Manakala bill ref number tu, tak semua jenis bil ada nombor rujukan ni. MM ada senarai die semua kat sini. Macam bil air aku, ada nombor rujukan die. So, akhirya, jadilah arahan sms aku lebih kurang macam nih:

PAYBILL AIRKCH 10.63 123456 1710587013 010208

Aku saja je garis nombor-nombor tu kat sini sebab nak kasi jelas sket space die. Lepas tu aku pon send ke server MM. Selang beberapa saat, aku dapat reply bertaip:

Pls confirm payment of RM10.63 to AIRKCH A/C No: 1710687013 Bill No: 010208 by misscall to 0326901873 b4 11:26

Tanpa berlengah lagi, aku pon misscall je lah, tak kena bayar pon kan… Selang beberapa saat kemudian, dapat lagi satu sms pengesahan yang bertaip:

Anda telah bayar AIRKCH: 1710587013 RM10.63, resit no: E589606. Akaun akan dikemaskini dlm 3 hari dari tarikh bayaran. Utk semak bil sms SEMAK#E589606 ke MM

Begitulah adanya… menarik tak kemudahan? Ni stail bayar kat dalam jamban pon boleh, wa ka ka

Wokkeh, chow phraya dulu!