Dah habis dah go through babypips aka sokolah forex aku… walaupon dah grade dan dah banyak info aku dapat, tapi jantung dalam forex ni aku masih agak blur iaitu part technical analysis atau tools untuk aku gunakan dalam ‘meramal’ resistance dan support aka bullish dan bearish. Nak baca graf dan interpretasi masih sangat terkial-kial dan hampir tak dapat aku nak fungsikannya… walaubagaimanapon, aku try install satu demo pakai interbank punya website, layan trade pakai duit tipu (practice)… kalau nak layan live, mau makan 6 bulan, kalau aku istiqomah belajar…. dan kalau malas sket, lepas setaun lah gamaknya baru layan secara sebenar… So, sekarang ni aku tengah apongkan 2 pair; usdjpy dengan eurusd. macam nak rugi je pips, hu hu… ni lah buat tanpa technical analysis. main hentam jek… ni kalau main hentam dah jatuh tahap gamble dah nih. Apa-apa pon, aku dapat belajar macam mana nak beli mata wang, dan jual mata wang dengan satu dua klik sahaja, ho ho…senang je forex nih, kita beli, pastu jual…. tapi ilmunya, mak aih, kompleks, tapi leh belajar dan faham lah, slow-slow… ok mus, selamat fahami technical analysis!