An excellent way to help you with your self-assessment is to keep a trading journal. It will help you to analyze your thought processes after the trade, and identify your strengths and weaknesses in your trading. Understanding your personality is one thing, but understanding it while you trade is a totally different story. A trading journal allows you to review your wining and losing trades and pinpoint specific reasons on why you won or lose.
kepada otai-otai dslr sekalian macam beck, mael, nickmenza dan lain-lain (orang yang tak ahli dslr pon leh je please komen)… leh tak komen sket (sket je. panjang-panjang takot aku tak paham pulak) pasal gambar ni dari pelbagai aspek macam nama kaedah penggambaran ke, sudut ke… apa saja lah. Aku ialah buta kualiti gambar. Sedikit maklumat dan info dari pihak tuan, amatlah aku hargai. Terima kasih
Ini lah gambar yang aku maksudkan itu.
![]()
Segala komen ikhlas korang sumer amatlah aku hargai. tq tq
Hari ini, 5 Febuari 2008, maka genap lah 2 tahun umur anak sulong kami, Azfar Danish. Hadiahnya ialah tricyle! (standard kan? he) tapi dah bagi 3 hari awal sebab Danish tak sabar nak main! Malam tadi Ummi die buatkan kek coklat krim ber m&m untuk dibawa dan dijamu dekat nursery Danish. Aku dapat tengok je lah… Tapi tak pe, wife aku akan buat lagi satu kek InsyaAllah untuk sambutan hari jadi peringkat family…
Selamat Hari Jadi nak, semoga Danish jadi anak yang soleh dan tauladan yang baik buat adik Afiq!
Syukur…. scukz kembali pulih… biasak la tu kan… air laut juga ada pasang surutnye… “air pasang dalam… surut pukol 5… nyonya bangun pagi… siram pokok bunga… pokok bunga melor…. la la la….” Tergendala pulak nak update blog ni… Idea pon ntah ke mana larinya.. Tu la.. bila ada idea, taknak catit… Baiklah, di post kali ini aku senaraikan update terkini Musnaz!
Aku beli Domain www.Musnaz.com!
Yee… aku dah beli domain nama tu…. lepas ni aku nak adjust sket kat kepala blog ni dari musnaz dot net ke musnaz dot com, he he… aku beli kat wizurai RM28 untuk tahun pertama… tahun seterusnya RM30… Ok la kan… Jadi, niat aku beli domain nih sebab nak bagi senang taip, he he…. bila klik je musnaz.com tu, nanti musnaz.scukz.com yang kuar… kalau klik musnaz.scukz.com, maka musnaz.scukz.com jugak la yang kuar, ho ho… tapi aku tak tau macam mana nak buat, dah tanya dah kat wizurai, dia ajar… tapi masih blur lah, ringkas sangat pengajaran tu, hu hu… tak pe, slow-slow, nanti tanya khai pulak. Tak tau lah samada scukz benarkan atau idak…
Afiq Dzulfaqar, anak ke-2 kami!
Umor die 5hb dua nih, genap lah 3 bulan. Ari tu baru je die pandai mengereng ke kanan…. comel jek tengok. Aiseh, rugi plak tak snap, kalau tak leh upload.. kelak lah, kalau ada rezki, hu hu. Yang Danish pulak, anak 1st kami, 5hb ni jugak genap umor die 2 taun… budget nak kasi hadiah tricycle…. ari tu dah usha, die nangis berguling atas lantai nak bawak balik. Kasi die pandu uji sekejap, die pegi ronda keliling floor tuh…
Cadangan untuk nickmenza!
Kesian aku kat member x-tanjung karang aku nih (yang skang keje kat sabah), opis die takde tenet dah… tapi dengan semangat online dan kejiranan beliau, makan die pegi layan wi-fi kat hotel sebelah opis die…. tapi masa terhad, kerja mesti diutamakan… cian…. Jadi aku tanya die, die ada hp 3G ke tak? dia jawab tak de, wife die adalah… tak pe, tak pe, aku cakap. Biar aku cadangkan kat ko dalam blog aku… Haa.. ini lah cadangannya…. Lee, aku cadangkan ko beli prepaid celcom 3G RM10 je. Orang kedai yang jual prepaid tu akan registerkan ko, sekejap jek. Lepas tu call celcom helpline ‘1111′ mintak die setupkan internet setting kat tepon ko. Tepon tak 3G pon tak pe, asalkan leh layan GPRS dan leh bukak paparan tenet. Lepas tu ko subscribelah RM8 selama 24 jam. Try la sekali dua… rasa-rasa leh blah, ko convert prepaid tu ke postpaid dan leh la layan RM68 selama sebulan, yeah!
Keputusan menamatkan langganan dan pengumpulan Komik remaja a.k.a KREKO!
Semenjak berkenalan dengan onemanga.com nih… aku rasa dah tak berbaloi dah nak beli dan kumpul kreko lagi… penat-penat pegi beli dan labur duit, tup tup, onemanga ada sumer manga… kalau nak baca sumer dah tahap infiniti dah bagi aku tuh, hu hu… walaupon setelah hampir 7 taun bersama kreko, tapi kali ini adalah ucapan perpisahan aku pada kreko buat kali pertama dan terakhir… bye kreko… see u at kedai buku dan majalah saja… aku dah tak beli dah, selak-selak jek, hu hu….
Hari ni merupakan hari yang mendebarkan buat aku dan wife pagi tadi, sebab ni 1st time nak anta Afiq gi nursery nih. Tengah hari tadi kitorang datang ke nursery tu, check performance afiq… Tengok-tengok, selamber jek die tido.. memang ada meragam sket, tapi dapat dikawal…. die dapat minum guna botol tapi mak jah (penjaga kat situ) amik inisiatif tukar puting botol tu dari silikon ke rubber, lembut sket, baru la Afiq nak minum… Laa… kitorang ingat die Afiq alah dengan rubber tu, tapi hari ni tak pulak.. tak pe lah, teruskan je lah guna….
Aku bayar pakai hari sebab kalau nak ikut bulan, rugi lah. Sehari RM25, hu hu… Semoga Afiq cekal dihari-hari mendatang.
Alang-alang aku dah pakai hp 3G nih, aku try la install Yahoo! Go 2.0 kat dalam application hp aku nih! Yang 3.0 macam dalam gambar hiasan kat atas tu pon ada tapi model w880i belum seswai lagi. Layan install pakai GPRS tu je geng… Alhamdulillah, tak la mahal sangat, tak sampai singget kalau tak silap. Sekali try, memang pergh! sodap giler mata memandang layan browse kat Yahoo! Go tuh. Dan yang super specialnye esp. untuk yang layan pakai GPRS atau kb berbayar nih, die punya charge murah jek, sebab die dah adjust khas untuk hp, maka kb tu pon dikecilkan lah (tu pada pendapat aku sendiri lah, he he). Walau pon lihat gambar-gambar, tetap charge murah. Setiap kali guna, aku check balik baki hp… hmm, tak la cekik darah giler…. yang paling syok sangat, terus leh tengok email, tak payah nak log in lagi dah. Flickr pon 1st time aku layan sebab ada icon flickr dalam Yahoo! Go tuh… selamber je upload gambar dari hp ke akaun flickr aku, yeah! Memang puas hati!
Update pasal kisah problem susuan Afiq!
Hari Sabtu lepas pegi pasaraya, cari susu lembu (kot) yang khas untuk budak yang alah nih. Aku pon beli lah. Try kat Afiq, die minum 1 aun pon tak sampai. Yang die minum pon dia ada luahkan balik. Minum stail nangis-nangis pulak tu, tunjuk protes die la tu. Maka hari ni pon hari Isnin lah… patutnye kena antar Afiq pegi nursery kan? Tak jadi hantar! Aku suroh wife aku cuti lagi satu hari ni, last.
Sebabnya aku nak pegi kat nursery tu, nak story dulu problem Afiq. Diorang dengar steady jek, dan cakap, “tak pe, kita leh bagi die minum pakai sudu….” ceh… tu je ke, penyelesaian die…. ada betulnya jugak teknik tuh…. tak terpikir pulak. Fuh, baru lega sket hati ini… Esok memang nak hantar Afiq. Wife aku tu dah lama sangat cuti, 2 bulan lebih, dah menggeletar dah die nak keje tuh, he he…. Kita tengok lah macam mana performance Afiq esok! Semoga sukses, sukses, sukses!!! Amin….
P.s: psst. jengok2 la (kasi komen, he he) akaun flickr aku tu…. Ada gambar Danish ngan Afiq tido time kitorang pegi shopping. Danish tido dalam troli, he he
Cabarannya ialah nak antar Afiq (2 bulan lebey) ke nursery apabila aku dan ummi die pegi keje Isnin ni. Bunyinye macam tak berapa mencabar sebab dah ramai sangat pon parents yang buat stail macam tu kan?
Tapi cabarannya ni, aku senaraikan ikut kronologi;
- Kitorang tak ajar die isap susu pakai botol (patutnye dalam masa lepas umur sebulan…) so, ummi die pon amik lagi cuti extra 1 minggu untuk train die pakai botol… sampai sekarang dapat la die isap siket-siket dalam 1 auns lebih je gitu. Tapi, ada cabaran yang seterusnya…
- Sekali bila die lepas layan susu 1 auns lebih tuh, die pegi layan alah (allergy) pulak dah, abih muka die merah dan berbintat2. Dia alah susu lembu…. maka kami pon memutuskan untuk die train pakai susu soya…. dan cabaran seterusnya bermula.
- Dia langsung menyampah dengan susu soya tu. Tak nak langsung! Adeh! Dan sekarang dia banned langsung botol susu tuh…. kalau letak je, die geleng kepala, protes!
-Dan ditambah lagi kesan dari berhari-hari berlatih tubi, die dah mula develop satu fenomena biasa bayi; kembung perut… layan minyak yuyi pon tak jalan… Lepas ni kitorang nak pakai ‘dentinox’ pulak untuk atasi kembung perut tuh, hmm…
Memang la jalan terbaik ialah perah susu ibu… tapi Afiq ni lelaki, setiap 2 jam die bantai menyusu, tak dan nak perah beb… so macam mana? Aku yang sebagai speech therapist ni pon dah buntu, hu hu…. masa cuma tinggal 2 hari lebih je ni sebelum nak antar ke nursery! Takkan wife aku nak sambung cuti lagi… Adeh…!
Maka plan kami ialah dengan terus menerus memaksa Afiq layan susu soya tu jugak…. Apa-apa pon keputusannya kelak aku story kat blog nih. Doakan sumernye berjalan lancar ek! Tq Tq ![]()
P.s: Susu ibu adalah susu terbaik di alam maya pada ini!
P.p.s: Baru 1st time layan mobile messenger, hu hu… giler ah! satu message layan RM0.15 tuu…. aku pakai hotlink… nak buat active 5 giler tak dapat! ![]()
Assalamualaikum… Arrrgggghhhh….. akhirnya dapat jugak log in kat admin dan menyapu segala mala sawang yang menebal kat blog aku nih! Adeh…. serius lama geng tak layan blog! Kalau layan blog sendiri pon dan tak dapek, apatah lagi nak layan blog kengkawan maya semua! Ada 1 faktor terbesar ketidakbolehan mengupdate blog ini iaitu;
Anak lelaki kedua kami lahir 5hb November lepas! Maka aku sebagai bapa yang keja gomen dapat free cuti 7 hari! Tu tak termasuk sabtu ahad tau. Lepas tu aku layan amik lagi cuti seminggu. Pastu pulak, minggu ketiga, mbah dengan boyot anak aku (maknanya mak dengan nenek aku) datang pulak melawat…. stay dalam seminggu gitu…. dan hinggalah semalam, layan off satu hari bagi meraikan ulangtahun ke-3 pernikahan saya dan isteri tersayang! fuh, siap!
Jadi seperti lelabu yang sharekan kelahiran baru beliau, saya pon nak share lah satu dua gambar sebagai ‘just nak inform’ jek kat korang wajah baby kedua kami iaitu AFIQ DZULFAQAR BIN AHMAD MUSTAFFA….
Beliau sekarang ni adalah pada tahap paling bz menguruslengkapkan permohonan untuk kemasukan melanjutkan pelajaran nak jadi specialist mata (oftalmologis). Yang mencabar lagi, beliau sekarang tengah sarat mengandung. Dah ‘term’ kata orang kampung, anytime boley ‘deliver’ atau melahirkan atau ‘bayien’ kata orang jawa.
Saya pon tak sampai hati tengok beliau berhempas pulas, lalu saya pon tolong la mana yang mampu macam jadi secretary ke, ofis boy ke, runner ke, gitu lah. Ada satu malam tu, saya tolong kasi idea buat ayat sikit untuk beliau buat karangan wajib permohonan ‘kenapa ingin memilih bidang ini?’ lebih kurang gitu lah tajuk die. Maka di sini saya kongsikan hasilnya… yang penting nak bagi tau di sini, karangan ini lahir dari hati yang betul-betul ikhlas…. harap-harap orang KKM (kementerian kesihatan malaysia) atau sesiapa sahaja yang menilai, akan dapat merasakan aura keikhlasan beliau, cewah! Karangan ni, jumlah perkataan mesti dalam 100 patah perkataan. Adik-adik yang nak amik UPSR tu, leh la jadikan karangan ni sebagai rujukan, he he
Pengalaman saya selama sekurang-kurangnya setahun di Jabatan Oftalmologi telah mencetuskan minat saya untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah.
Bagi saya bidang ini memberikan tahap kepuasan yang tinggi apabila pesakit berjaya dirawat. Contoh, pesakit katarak yang berjaya dibedah tanpa sebarang komplikasi.
Sokongan dan galakkan daripada pakar dan rakan setugas di Jabatan Oftalmologi menguatkan lagi semangat saya untuk memilih bidang ini.
Di samping memberi rawatan kepada pesakit, saya mempunyai hasrat untuk meningkatkan pengetahuan orang awam tentang penyakit-penyakit mata yang biasa dihidapi oleh masyarakat seperti diabetic retinopathy, glaukoma, katarak dan sebagainya.
Saya berharap agar saya akan menjadi salah seorang daripada barisan pakar oftalmologi yang menyumbang kepada masyarakat demi untuk mengurangkan kadar kebutaan di negara ini.
Macam tu lah…. jadi dalam post hari ini sebenarnya saya nak mohon jasa baik korang supaya mendoakan kelancaran dan kejayaan permohonan isteri saya dalam melanjutkan pelajaran beliau di peringkat master ini. Jasa baik dari pihak tuan, puan amat lah kami hargai.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
________________________
Musnazdotnet a.k.a Musnaz
yeah! ![]()

Ye… itu lah die rupa kuih raya yang wife saya buat 6 oktober lepas…. Buat tak banyak pon, dapat 2 balang kecik je….. Stail budget bertahan sampai raya ke-2, ke-3 gitu lah, ho ho…. Oh ye, nama kuih raya itu ialah kuih ‘cornflakes strawberi’. Kuih cornflakes ni ramai yang tau buat kan… cuma specialnya sket, ada diletakkan potongan kecil strawberi kering diimport khas dari Genting Highlands. Kitorang pegi dulu dah lama dah, berbulan lepas, ho ho. Straberi tu elok lagi, jangan risau… letak kat peti sejuk….
Walaupon rupa kuih ni macam cekodok (sebab nak cepat) tapi rasanya sungguh nyaman! (sedap, kata orang sarawak). Hmmm… esok lusa ada plan nak buat satu lagi kuih, kuih chip cokelat kot. Satu lagi kuih biasa-biasa, ho ho…..
Semalam balik keja, tak tau nak dinner apa. Saya cadangkan makan nasik ayam jek. Wife saya buat muka sambil berkata “Asyik makan ayam je, bosan lah!”. Lalu dengan kebijaksanaannya idea beliau tercetus lalu mengajak saya pegi ‘choice super mall’ di Semariang dan membeli lauk untuk buat dinner! yeah!

Dinner itu tak lain tak bukan adalah seperti tajuk dan gambar tertera! Ikan dori tu diperap sekejap dalam perahan lemon, sikit sos garlic nando’s, black paper, olive oil dan garam. Pastu letak dalam microwave buat quick start 5 minit jek, siap! Pastu beliau sediakan salad. Bayam yang dicelur (buat lapik dori tuh), pastu gaulkan timun jepun, salad dan tomato dengan olive oil dan perahan lemon, siap!
He he, dan saya pulak menyediakan zat karbo, iaitu kentang micro, hu hu… kentang gaul dengan black paper, olive oil dan garam, pastu quick start 7 minit. Minit yang ke-4 saya boh telur sebijik! Siap! ha ha…. maka setelah wife saya susun, jadilah ia Ikan Dori Fusion. Fusion tu sebab, makanan tu dah western dah, tapi ada sentuhan sos garlic nando’s tu yang memfusionkan hidangan tuh, chewaahhh! Dia punye sedap, sangat terharu! oh…..
quotes 15 sen: Daripada limau nipis yang masam (keadaan negatif), jadikanlah ia segelas air minuman yang sedap (tukarkan kepada menfaat - positif)