An excellent way to help you with your self-assessment is to keep a trading journal. It will help you to analyze your thought processes after the trade, and identify your strengths and weaknesses in your trading. Understanding your personality is one thing, but understanding it while you trade is a totally different story. A trading journal allows you to review your wining and losing trades and pinpoint specific reasons on why you won or lose.
Ho ho, kali ni ada dua menu, sebab menu yang pertama Ayam Halia tuh, patutnya nak buat lunch ngan dinner, tapi sebab best dan tak tahan, kitorang belasah sampai licin time lunch tu jugak, ho ho. Buatnya sangat simple dengan bantuan microwave, he he. Buboh halia, air, letak origano sket (tu jadi harum bau die tuh) dan lain-lain (he he, tak sure) pastu layan microwave quick start (berapa minit ek? lupa lak!) Lepas tu pulak, ayam tu tadi cicah pulak ngan cili sos Linggam! Pergh! macam kena pulak rasa dia, cocok banget! wakaka! oh, ya, sayur ialah sayur kangkung!
______________________________________________________________________
Okeh, kemudian layan dinner pulak, Masak sardin ngan telor chees. Telor tu time goreng bukan main sodap lagi bau die, tapi bila time makan, tak de beza mana pon cuma tekstur telur tu ada kenyal sket la saya rasa….. hu hu. Sardin pulak dah lama tak makan, sekali skala belasah, sampai licin mangkuk sardin tu saya kerjakan (Amaran! sardin tak elok makan selalu, masalah kesihatan untuk jangkapanjang!)
Lunch dengan dinner makan udang masak sambal segera (not bad gak la rasa die, ada rasa belacan sket, hu hu). Sayur, buat sayur campur kobis ngan carrot sket jek. Tp time dinner konon nak adjust sket sayur tu kasi letak bunga lily (bunga lily ni sedap, tapi kalu letak banyak pahit), tapi bunga lily tu dah berapa bulan tak guna, dah color itam dah.
Adik ipar tak tau, die letak je seperti yang disuruh wife saya. Sekali kuah sayur jadi itam daa…. langsung tak makan, ganti dengan telur dadar chees jek, hu hu ![]()
Bismillah. Di kesempatan adik ipar saya stay kat kuching sampai sabtu nih, pastu wife pulak sambung MC lagi semalam sampai Jumaat, maka dapor di rumah berasap kembali! Syukur Alhamdulillah! Walaupon keberasapan ini takkan lama, tapi WTH, saya akan nikmatinya sebaik mungkin! Oleh itu pada lunch semalam, adik ipar saya masak spaghetti sampai bawak ke malam (setelah di brief dan pantau oleh wife saya)
Dan malamnya time dinner, saya ada sediakan hidangan sampingan, kentang kecik black papper and chess chees layan pakai microwave, sonang yo…. Mula-mula masak 3 minit, boleh makan tapi keras sket, so, saya tambah lagi 2 minit, ada la lembut sket je, boleh lah. Susah pulak kentang ni nak lembut agaknya, tak macam kentang belanda! Hmm, mungkin sebab kentang tu dah sebulan tak berusik agaknya, jadi ia semakin mengering, agaknya lah…. Kuah spegh tu top up lagi time dinner, nak kasi lebih, simpan, buat sarapan pagi tadi, cicah roti, huhu…. Alhamdulillah…..
Semalam sampai mana saya stop kisah mini adventure saya? oh, Part bawak balik danish dan pass kat jiran tu, tido satu malam. Lepas tu saya mandi, pegi kedai makan malam, singgah surau, semayang maghrib then terus shoot ke female medical ward…. masuk-masuk je specialist mata, Dr. Chieng dan isteri dah ada kat dalam bilik lawat wife saya. Siap bawak buah tangan air guava dengan biskut chees, sumer tu saya belasah, ho ho.
Malam tu saya tido temankan wife saya lah. Mintak lagi extra selimut, pastu bentang kat lantai, pastu kat situ lah buat semayang isyak dengan jadi ‘katil’ saya. Disebabkan kepenatan, tido nikmatnya masyaAllah, best tak hengat!
Bangun pagi layan solat subuh, pastu dapat pulak sms dari jiran saya tu cakap danish demam! Mang hai! seram giler dengar! takkan problem yang sama kot! oh tidak! Lalu saya bergegas pulang, amik danish, mandikan, sarapankan, then bawak die pegi A & E (accident and emergency unit). Register sumer, pastu M.A (medical assistant) tengok, pastu M.O (medical officer) tengok, die soh buat x-ray, pastu pead M.O tengok (doktor kanak-kanak). Nasib baik beliau cakap ok, tapi perlu dipantau. Nasib baik danish bagi kerjasama yang amat baik. sumer proses tu termasuk proses menunggu, dari pagi sampai tengah hari. Pastu antar danish balik ke nursery dan saya pon patah balik ke hospital. Solat zohor jap pastu naik libry jap, update blog jap. ni lah hasilnye. nak cepat nih. pasni beli lunch pastu temankan wife. pastu amik danish lagi prosesnya macam semalam! chow!
Hari ni tak sempat lagi nak update blog dengan penuh keghairahan (passion!). Sebab… sebabnya ingat tak kes semalam yang wife saya E.L (emergency leave) tuh? sbb demam batuk tuh? Haaa…. hari ni saya pulak M.C! bukan sebab demam, tapi sebab nak jaga wife saya yang sedang berada dalam ward female medical sekarang nih!
Pagi tadi beliau follow saya ke hospital, nak pegi Staff Clinic nak buat pemeriksaan lah, sekali kena diagnose Pneumonia lah! bukan asma lagi dah tapi Pneumonia. Tak tau pneumonia tu apa? Senang cakap, jangkitan paru-paru la geng! Hadoi…. bahaya tuh! Tak sangka pulak beliau yang dah batuk berpanjangan selama dua minggu boley sampai ke tahap ni. Kitorang ingat batuk biasa jek!
So kesimpulannya, kalu dah batuk berpanjangan tuh, jangan dibiarkan. Take action, jumpa doktor (walaupon wife saya tu doktor, tapi mesti kena jumpa doktor (yang khusus) jugak, he he)
Ok lah, doakan beliau cepat sembuh ye (biasa kalau kat hukm, kes mcm ni, seminggu kena tahan kat wad, hadoi). Lepas ni saya nak call patients saya, nak cancel, esok dan lusa saya kena amik cuti. Lepas call nak jengok beliau kejap kat wad sebelum amik baby danish kat nursery pastu hantar danish pegi tido malam nih kat rumah jiran. Tak pe, mesti ada hikmahnya sumer nih!
Wassalam…. (sehingga berjumpa lagi. Tak tau lah esok dapat update blog ni ke tak, hu hu
Hari ni terdetik pulak nak citer pasal satu tajuk di bawah ‘blogroll’ di sidebar di sebelah kanan saudara saudari sekalian… ‘Masakan Wife Saya’ yeah….
Pada suatu ketika tidak lama dahulu… time beliau tidak berasa loya kepada bau masakan, beliau amat kerap pergi ke dapur dan memasak dinner selepas balik dari kerja… time tu tugas saya jaga Danish (anak pertama kami, yang 2nd on the way) dan tolong sikit-sikit la kat dapur macam masak nasik ke, kupas bawang ke, kentang ke, potong sayur sikit ke, kupas bawang ke… (eh, dah sebut ye? nampak sangat tak berapa nak tolong , he he). ![]()

Walaupon bagi sesetengah orang dan wife saya, masak ni tak susah sebenarnye tapi ada pakai tenaga la jugak sikit; nak sediakan bahan masakan, nak hidang masakan, nak kemas lagi… tapi sumer tu telah dapat dibalas ngan kerjasama kami dan reward yang paling utama ialah masakan beliau BEST SANGAT! Kalau nak diikutkan statistik, dari 25 masakan beliau, sekurang kurangnye 24 masakan beliau stail 5 star punye! Dan ini juga boleh memberi faktor kenaikan berat badan saya menjadi linear dengan masa, he he… tapi saya sedikit sebanyak dapat memalarkan graf kenaikan berat saya dengan mengambil sikit je nasik, tapi lauk kasi bedal habis…. kira ok la strategi tu kan, he he…
Fuh, masa makanan dihidangkan memang syok berbaur geram! Kompon terliur lah dibuatnye (insyaAllah)… dan time tu lah saya snap satu kali amik gambar makanan tu nak kasi upload dalam blog friendster saya. ![]()
Tapi sejak beliau di dalam fasa memengandungkan anak kami yang kedua ini, seperti juga semasa memengandungkan anak pertama, beliau mengalami fenomena di mana beliau akan sangat berasa loya dengan bau masakan! Maka dengan itu, dapur di rumah tidak la lagi ‘berasap’ seperti 2, 3 bulan dahulu, isk isk… makan stail tapau yo lah…. apo nak buek…. hu hu… tapi tak pe… insyaAllah saat-saat sedap seperti dahulu akan kembali lagi setelah habis pantang kelak, amin…
Ada yang part terakhir tu, wife saya nak masak, tapi apakan daya tak mampu… maka time tu la saya diberi taklimat baik punye, macam mana nak masak… mee hailam kot time tuh. Siap bagi tunjuk buku resipi lagi… ![]()
Apa-apa pon, try la klik kat link tu dan saksikanlah sendiri menu masakan wife saya yang saya abadikan dalam blog itu…
jokes 15 sen: Which animal is a hypochondriac? Toads - they know they can croak anytime (apo bondo hypochondriac tu? nanti lah saya check kamus, ho ho)
![]()
Seperti setahun beberapa bulan yang lalu (nak dekat 2 taun kot), pada hari ini saya bawak lagi wife saya pegi gynea clinic (klinik ibu mengandung)….. pakar gynea tu bawak wife saya pegi scan…. saya pon follow masuk dalam, nak usha gak, he he….. sebelum scan lagi saya dah tak sabar nak tau jantina baby kitorang tuh, ha ha ![]()
Scan punye scan, maka ternampak lah…., saya pon dah leh cam dah, nampak cantek punya…. yes!!! it’s a Boy!!! ha ha Alhamdulillah…. niat nak dapat boy untuk yang second ni tercapai jugak…. pastu nak budget kalu dikurniakan rezki, yang third nanti nak girl pulak, amin….
Kalu anak yang pertama, nama dia Azfar Danish (yang berjaya bijaksana)…. yang kedua ni (insyaAllah) nak jugak maintain A.D tuh… cadangang pertama kami ialah Azwar Daniel (pasangan ‘nama nabi’)…. emmm…. nama dah sedap dah tapi maknanya tu macam kureng la pulak…. apa makna daniel ek? ada sapa-sapa yang tau tak? pastu kalu ada cadangan lain untuk nama A.D amatlah dihargai…. leh post kat ‘komen’ di bawah ni ek, thanx, he he…..
quotes 15 sen: “Do not confuse motion & progress. A rocking horse keeps moving, but does not make any progress.” Alfred A. Montapert
![]()