Musnaz.com dan dunia forex

An excellent way to help you with your self-assessment is to keep a trading journal. It will help you to analyze your thought processes after the trade, and identify your strengths and weaknesses in your trading. Understanding your personality is one thing, but understanding it while you trade is a totally different story. A trading journal allows you to review your wining and losing trades and pinpoint specific reasons on why you won or lose.

Archive for the ‘Friends 4 eva’ Category

Aku juga rindukan scukz!

Monday
Mar 10,2008

Sangat terharu bila baca post khai yang nih!

Buat khai yang tersayang (hu hu),

Kau buat tajuk post ko ‘aku rindukan scukz’. Aku juga rindukan scukz! (sia-sia muka sederhana hensem aku terpampang kat forum main page scukz, hu hu). Tapi bila baca post khai yang banyak ‘tahis’ nih, dah kurang dah sedih, jadi marah dan bengkek pula yang muncul.

Tak pe khai… memang wajar la khai bersedih (berat mata kami ‘memandang’, berat lagi bahu khai memikulnya). Tapi jangan over sedih please, sebab semua ni pasti ada hikmahnya. Pasti! Kompom! aci kerat jari punye!

Kalau Khai bersemangat, dan memandang kisah tragis ini dengan positif, aku yakin Khai akan bangkit dengan lebih gah. Come on khai, kita sebagai insan Leo (macam mohdismail gak kot) mesti bersemangat demi rakyat jelata, hu hu… Mungkin khai bangkit dan buat sesutu yang lebih vista ke macam arakian.com  ni ke, hu hu…

Scukz for eva…. (scukz.net pon ok, kalau tak dapat scukz.com, hu hu)

Thursday
Jan 31,2008

Syukur…. scukz kembali pulih… biasak la tu kan… air laut juga ada pasang surutnye… “air pasang dalam… surut pukol 5… nyonya bangun pagi… siram pokok bunga… pokok bunga melor…. la la la….” Tergendala pulak nak update blog ni… Idea pon ntah ke mana larinya.. Tu la.. bila ada idea, taknak catit… Baiklah, di post kali ini aku senaraikan update terkini Musnaz!

Aku beli Domain www.Musnaz.com!
Yee… aku dah beli domain nama tu…. lepas ni aku nak adjust sket kat kepala blog ni dari musnaz dot net ke musnaz dot com, he he… aku beli kat wizurai RM28 untuk tahun pertama… tahun seterusnya RM30… Ok la kan… Jadi, niat aku beli domain nih sebab nak bagi senang taip, he he…. bila klik je musnaz.com tu, nanti musnaz.scukz.com yang kuar… kalau klik musnaz.scukz.com, maka musnaz.scukz.com jugak la yang kuar, ho ho… tapi aku tak tau macam mana nak buat, dah tanya dah kat wizurai, dia ajar… tapi masih blur lah, ringkas sangat pengajaran tu, hu hu… tak pe, slow-slow, nanti tanya khai pulak. Tak tau lah samada scukz benarkan atau idak…

Afiq Dzulfaqar, anak ke-2 kami!
Umor die 5hb dua nih, genap lah 3 bulan. Ari tu baru je die pandai mengereng ke kanan…. comel jek tengok. Aiseh, rugi plak tak snap, kalau tak leh upload.. kelak lah, kalau ada rezki, hu hu. Yang Danish pulak, anak 1st kami, 5hb ni jugak genap umor die 2 taun… budget nak kasi hadiah tricycle…. ari tu dah usha, die nangis berguling atas lantai nak bawak balik. Kasi die pandu uji sekejap, die pegi ronda keliling floor tuh…

Cadangan untuk nickmenza!
Kesian aku kat member x-tanjung karang aku nih (yang skang keje kat sabah), opis die takde tenet dah… tapi dengan semangat online dan kejiranan beliau, makan die pegi layan wi-fi kat hotel sebelah opis die…. tapi masa terhad, kerja mesti diutamakan… cian…. Jadi aku tanya die, die ada hp 3G ke tak? dia jawab tak de, wife die adalah… tak pe, tak pe, aku cakap. Biar aku cadangkan kat ko dalam blog aku… Haa.. ini lah cadangannya…. Lee, aku cadangkan ko beli prepaid celcom 3G RM10 je. Orang kedai yang jual prepaid tu akan registerkan ko, sekejap jek. Lepas tu call celcom helpline ‘1111′ mintak die setupkan internet setting kat tepon ko. Tepon tak 3G pon tak pe, asalkan leh layan GPRS dan leh bukak paparan tenet. Lepas tu ko subscribelah RM8 selama 24 jam. Try la sekali dua… rasa-rasa leh blah, ko convert prepaid tu ke postpaid dan leh la layan RM68 selama sebulan, yeah!

Keputusan menamatkan langganan dan pengumpulan Komik remaja a.k.a KREKO!
Semenjak berkenalan dengan onemanga.com nih… aku rasa dah tak berbaloi dah nak beli dan kumpul kreko lagi… penat-penat pegi beli dan labur duit, tup tup, onemanga ada sumer manga… kalau nak baca sumer dah tahap infiniti dah bagi aku tuh, hu hu… walaupon setelah hampir 7 taun bersama kreko, tapi kali ini adalah ucapan perpisahan aku pada kreko buat kali pertama dan terakhir… bye kreko… see u at kedai buku dan majalah saja… aku dah tak beli dah, selak-selak jek, hu hu….

Ambigram Musnaz ke-2!

Thursday
Nov 15,2007

Oh, baru la aku ada masa nak layan update blog jap. Curik masa sikit, he he. Kali ni nak citer pasal ambigram sikit. Ambigram musnaz yang pertama dulu dibuat oleh bro azrul! Musnaz ‘pusing’ yang disedekahkan beliau dah aku abadikan dalam header blog nih!

Lepas tu beberapa hari lepas, ada pulak sorang otai nih, awangpurba gelarannya, telah menginovasikan lagi ambigram rotational musnaz ini menjadi lebih macho! Yang azrul buat tu lebih kepada kategori jiwang, ho ho :-P
Memang smart keinovasian beliau tuh! akan ku abadikan dalam header blog ini kelak, jika ada kelapangan masa. Tq bro Awangpurba! tq tq!

p.s: aku la ni tengah nak try buat ambigram pertama aku, he he….
p.p.s: start dari sekarang nak pakai ‘aku’ lah untuk bahasakan diriku… jimat masa taip satu huruf! ha ha :-P

Alumni MRSM BP!

Monday
Oct 29,2007

Fuh, hari ni bila bukak je dashboard musnaz.scukz nih ada pulak incoming link dari mrsmbp.blogspot.com …. Bukak-bukak je, satu blog murni yang cuba kumpulkan seramai mungkin ex-mrsm bp tak kira umur dan jantina…. memang menarik, leh la saya cuba usha-usha blog/ web/ fotopages depa, he he…. tapi, dari blog tersebut saya mengharapkan 3 bende je setakat nih;

1. Siapa towkey blog tersebut? tak dapat nak berkenalan la pulak.
2. Tak leh letak komen pulak kat blog tuh.
3. Ni request kecil-kecilan jek… kalau dapat, boh la shoutbox sekali, leh sembang satu kali, ho ho….
4. Ops, tambah lagi satu request, blog mrsmbp tu, buat kat wordpress la bro, cantek sikit… saya cadangkan buat kat blogmas. Mudah, sempoi, tapi cantek! yeah!

Oh, sedikit info diri saya berkaitan mrsm bp nih. Saya ex-mrsm bp yang lepak hanya 2 taun dari form 4 sampai form 5 (spm 1996). Budak kelas ‘i’, he he

Respek Sama Orang Seni!

Friday
Oct 5,2007

Post ini ditujukan khas buat saudara Azrul yang dengan selambernye telah meng’ambigram’kan perkataan ‘musnaz’…. perghhh! Respek betul la kat orang seni…. boleh menghiburkan orang lain memang…. bila saya pegi je blog azrullaughed.wordpress die tuh, terjumpa pulak satu link ‘awangpurba‘…. pergh, mamat ni pon dah tahap sifu gak melayan seni tulisan-tulisan nih esp. tulisan jawi…. lagi satu respek!

Inilah dia perkataan musnaz yang telah diambigramkan beliau (azrul). Arigatok gozaimasu!
mus

Pernah Giler PingPong!

Monday
Jul 23,2007

Selamat hari Isnin kepada pengunjung budiman sumer! Ho ho… Maka, seperti yang dijanjikan pada jumaat lepas, hari ni saya nak citer serba ringkas sejarah penglibatanku dalam dunia perpingpongan inih! Tidaklah saya terlibat dan hebat jika tidak kerana mereka (yang akan disebutkan nama mereka kelak) yang mencetus dan membarakan minat saya ini. Sebab tu saya suka nak letak dalam kategori ‘friend 4 eva’ demi untuk menghargai penglibatan mereka dalam mempermajukan skill ping pong saya ini. Tamat intro, ewah! (kepada nZra dan peminat volleyball yang lain, tunggu…. Akan sampai gilirannya jua untuk distorykan, he) :) Mula berkenalan time akhir darjah 6. Lepas dari UPSR, kitorang ada amik periksa yang tak kurang hebat dari UPSR tu, iaitu peksa SRA (sijil rendah agama). Lepas je exam SRA tuh, masing-masing la bawak permainan masing-masing, ada yang main hembus batang aiskrim lah, main empayarlah (guna buku math kotak kecik), main bola pakai buah khuldi dan pintu kelas jadi gol lah (kalau tak salah la, main hentam kasi nama je nih…. Ala, buah kaler hijau bentuk macam epal tapi tak leh makan tu… yang kalu dah kering tekstur die keras dan berongga tuh… ala…. buah apa tuh?) dan macam-macam lagi termasuk main lencana sekolah yang besi tuh! Oh, main ‘gasing’ pakai pisau lipat pon ada (diperkenalkan oleh syamsul atau musrsyidul! Ha ha) :) Akan tetapi, ada sorang mamat nih (Azli nama die) lain dari budak yang lain, beliau ni bawak satu permainan yang asing bagi sumer. Beliau cuma bawak sebijik bola ping pong dan tak tau lah macam mana, beliau boleh pulak menghasut orang lain (mursyidul kot) main sama ngan beliau hanya dengan kelengkapan bertablekan sebuah meja kelas, bernetkan sebijik bekas pensel dan (ni yang paling sedih) berbetkan hanya dengan tapak tangan sahaja tu geng! Believe it or not!? Ha ha… Pada mulanya saya tengok macam hampeh jek permainan tuh, tapi tidak lama kemudian ramai pulak yang mengerumuni mereka berdua dan siap take turn lagi nak mencuba, termasuk saya. Sekali cuba, terus jatuh cinta! Maka, dihari-hari yang seterusnye, permainan ping pong yang sebegitu (daif) pon diteruskan dan digilai. :) Tidak berapa lama kemudian, sedikit kemajuan dicapai dari aspek kelengkapan bermain, kami tidak lagi guna satu table, malah dua! Dan kami tidak lagi guna tapak tangan malah guna bekas pensil atau buku buat bet! Tetapi itu sumer tidak lama sebab kami mahukan lebih dari itu! Maka, dengan inisiatif saya, saya telah korbankan meja makan (stail lonjong tu bentuknya) mak saya untuk dijadikan meja ping pong dan kayu buangan jadi net. Time tu korbankan duit belanja sekolah buat beli bet ping pong yang paling asas dibumi, stail kayu leper dengan span kuning tuh, ‘ketak’, ‘ketuk’ bunyi die. Grip sifar!. Tapi buat pertama kalinye, kami rasa high macam nak wakil Negara dah semangatnye…. sumer kisah permulaan yang saya citer tadi time darjah 6 lepas exam…. Time tu member yang semangat main seingat saya lah kan, ialah, Azli, Afza tgv, Skepong, Mursyidul, (penah terjumpa mamat ni bagi khutbah jumaat! Jadi imam masjid woooo! Subhanallah!) Raja, kalau tak silap, Najib dan saya lah!


:) Zaman kegemilangan ping pong diteruskan hingga ke sekolah menengah. Walaupon bersekolah asing-asing, tapi, bila kelapangan cuti sekolah, kami akan berkumpul main di ground floor flat polis tanjung karang nun. Alat kelengkapan sumer dah betul-betul lengkap dan semenggah dah. Masa tu Azli la yang paling champion dengan ‘serangan mendadak’ smash beliau, Afza pula dengan serangan kejam ‘menipu’nya (serangan helah esp. time servis). Dan ada jugak sorang mamat nih, syamsul, kuat ‘chop’ mamat nih! Dan saya? Saya biasa-biasa je, hu hu….HUSSAH! (sekali sekala jeritan berbunyi ‘hussah!’ kedengaran kalau smash berjaya memperoleh mata! he…. Kami akan main dari awal pagi sampai tengah hari. Sambil-sambil tu beli aiskrim batang 10 sen pelbagai perisa kat rumah makcik taman sri jaya. Lama kelamaan dari ramai-ramai yang minat ping pong, semakin lama semakin berkurang ahli yang maintain main (termasuklah syamsul, skepong, nurfaizal, fadli, razif si abang musa dan amy, anak polis officer) sehinggalah tinggal kami bertiga…. (saya, afza dan azli). Kemahiran kami hampir setara pada waktu itu. Kadang-kadang saya champion, kadang2 Afza dan begitu juga Azli (tapi agaknye saya yang lebih champion kot, ho ho). Siapa yang menang pada hari tersebut dia digelar champion dan dinobatkan ‘piala tengkorak’ (piala maya je….) Fyi, saya dan Azli pegang bet cara ‘pegang pen’ dan Afza cara ‘hand shake’. :) Tapi bila dah masuk Universtiti masing-masing, dah jarang dah main bersama. Azli pulak dah pindah ke kajang…. Ehmm, saya pon dah tak ingat lagi kali terakhir main ping pong ngan budak berdua nih. Ngan Azli dah tak ingat dah, time form five kot. Dan dengan Afza kalau tak salah saya, time Universiti, saya sanggup cari tempat penginapan UTM die kat Brickfield tuh sampai tersesat jalan, semata-mata nak beradu tenaga! “Betul ke Zah time tuh last kita lawan? Dan time tu aku champion kan? Ha ha” Tapi apa-apa pon, kami, masing-masing, time di Universiti pon masih meneruskan legacy kechampionan kami dalam arena ping pong nih, “betul tak Zah, Lee?” Ho ho (perasan). :) Dan sekarang nih, saya rasa dah berapa lama dah tak sentuh bet ping pong. Mungkin kali terakhir saya main, 2 tahun lepas kot. Tapi saya yakin, skill dan bakat sentiasa terpendam. Bila-bila masa je boleh digilap dan diserlahkan kembali, chewaaahhhh, ho ho (terbakar tak? Terbakar tak? He he) :) Nampaknye, saya nak stopkan citer ping pong sampai sini je lah. Saya nak citer ringkas je sebenarnya…. Zaman kegemilangan ping pong di mrsm balik pulau dan UKM kL tu…. Tak pe lah dulu…. KIV untuk citer, he he, tapi dikesempatan post nih, saya nak sebut gak lah nama yang terlibat sepanjang hidup ping pong saya (samttaj – shahfared, suhaimi, nazri moin, anis. Mrsm bp – pond, chinoex, acai, hadi. UKM kL – Amer, Miji, Lim, Ai Ling) Fuh, tu la yang teringat. Kiranya, saya dah cover secara am sudah memadai…. Kalau ada tersilap fakta, sila betulkan ye geng! Segala sumbangan anda sumer dalam membentuk keperibadian ping pong saya, saya ucapkan jutaan terima kasih, dengan ucapan “kalau berani jom turun, layan best of five!” Miss you all! Tq. (p/s: sila komen, tq! Ha ha)

quotes 15 sen: “Jika terlalu memandang wang, anda tidak akan ke mana-mana. Wang hanya mengarahkan ke haluan hidup yang kosong tanpa apa-apa makna” - JLo

p/s: ada trackback telah dibuat oleh si Azli!

20072007!

Friday
Jul 20,2007

Wah, ni first time dalam seumur hidup saya tulis blog sampai 2 kali satu hari nih, ha ha….. tak pe, hari ni special sket sebab tarikh pada hari ni… baru saya perasan…. si Azli yang perasankan saya masa kitorang layan conference YM ngan Afza jugak. FYI, dua2 mamat tu adalah rakan setanjung karang saya. Walaupon tarikh hari ni tak sespecial 070707, tp 20072007 tu kira ok apa, ho ho…. pastu si Afza ni pulak budget nak nikah taun depan 080808….. amin….. saya doakan rezki tarikh nikahnye itu la hendaknye…. ;) :) Oh, lagi satu nak buat satu pengumuman sedih :( , saya akan berhenti membloging selama dua hari di atas sebab-sebab yang tertentu, hu hu…. jadi saya akan sambung balik update blog saya (insyaAllah) pada hari Isnin ni nanti dengan satu tajuk yang sudah pon di request oleh Afza, he he ;) tungguuu….. baiklah selamat berhujung minggu….

trivia 15 sen: sit is considered the most common trick that the average pet dog is able to perform

Penah Giler Chess!

Tuesday
Jul 17,2007

Intro
Ada 3 jenis sukan dunia yang penah saya minat giler! Chess (sampai tahap wakil mrsm bp), ping pong dan volleyball (wakil mrsm bp jugak dan kamsis TDI, Ukm). Oh! tambah lagi satu sukan lah, snooker… tp tak penah wakil apa-apa lah, ha ha… sumer sukan tersebut saya dah bersara dah, tp bisa/sengat mungkin masih ada lagi kot, he he…. :) Hari ni saya nak fokus citer chess je. Nak citer kronologi penglibatan saya dan personaliti yang terlibat dalam mencetus dan memarakkan semangat chess saya. Ni citer zaman muda-muda dulu la… sekarang ni dah berapa tahun dah tak main chess, skill dah berkarat habih dah, hu hu…
:D Start
Mula belajar main time darjah 4, adik bongsu mak saya, PAMAN ANJE yang ajar. Then, rasa best, bawak game tu ke kelas 4 merah nak memperkenalkan lah kononnye, rupenye ada sorang mamat ni, HERMAN dah terer main. Akhirnye sumer budak lelaki kelas tu main chess. Sebab tak mampu beli, siap bentuk buah chess dari tanah liat! Selang beberapa purnama, saya dah leh belasah dah HERMAN tuh, he he… kalu tak silap lah, hu hu. ;) Time darjah 6, join PAKCIK-PAKCIK BOMBA main chess time petang-petang…ada menang, ada kalah… kadang-kadang pakcik MAN KUNYIT hospital datang rumah sebelum kuar ngan bapak saya, die sempat layan saya main. Dan sahabat yang selalu jadi sparring partner saya ialah member sekelas saya, RAJA SHAHRUL HELMI. Kitorang siap pegi libry tu… carik buku chess, konon nak menambah ilmu lah… saya eksyen baca je, hapah tak paham! :D Dan taun tu jugaklah, dah tak ingat dah macam mana leh terjoin, kitorang layan tournenment chess kat MPSA, shah alam tajaan pati ayam brand. Tiga hari rasanya game tu. Sebab malam pertama kitorang setinggan kat masjid shah alam yang huge tuh… kitorang tido mintak izin pak gad. Time subuh, terkejut dengar azan subuh kuat giler! Mandi, amik wudhu’ pastu sembahyang… pastu siap pelik lagi tu, “apasal la orang kat sini tak semayang jemaah!? sia-sia masjid besar…” kitorang pon semayang lah jemaah berdua… tak lama lepas tu, iqomah dilaungkan, baru diorang masuk sof dan nak semayang subuh berjemaah… bile tanya orang rupenye yang sebelum tu semayang sunat qobliah daaa…. baru tau, hu hu… x pe, kitorang masih kecik lagi… he :) Time tournenment, kitorang bukan hebat pon… saya ‘goyang’ tak hengat, rasanya saya ni budak belasahan jek…. tp apa-apa pon, ada jugaklah beberapa game yang saya menang! Di situ, saya berkenalan ngan sorang musuh yang dah kalahkan saya, SHAHRIZAL namanya, budak darjah 5 time tu kalu tak silap. Lalu die pon offer kitorang tido kat rumah die. Memang best! one nite stand, ha ha…. dan yang bestnye ,dua tahun kemudian, die masuk sekolah menengah (samttaj) yang sama ngan saya, yeah! Dah takdir pertemuan…. ;) Time form 1, walaupon tak sesekolah ngan si RAJA tuh, tp, kitorang tetap lagi layan tournentment chess kat mpsa tuh… sama jugak mcm taun lepas, malam pertama tido masjid, then main game pon tahap average je, berkenalan ngan musuh dan tido pulak dirumah musuh tu setelah dioffer. Nama musuh tuh pulak SHARIZAN! macam nak sama je ngan citer di atas kan? Tapi tu lah kisah benar…. tp SHARIZAN tu sebaya saya (dan RAJA)…. dan nak tambah menarik lagi… time form 4, mrsm bp, saya dan SHARIZAN masuk sama maktab! nasib baik tak sama kelas, Dah takdir pertemuan… ha ha…. [kat maktab nama die jadi CHINOEX! mamat ni genius mengira woo (math, fizik dll)… petua die senang je, main chess dari muda!!! Die skang nih budak PTD… saya doakan die jadi PM lah nanti hendaknye! AMIN…] :) P/s: saya agak goosebumb (meremang bulu tengkok) sebenarnye semasa menulis (menaip) nih, sebab saya pon baru perasan akan kesamaan dua kisah tuh…. ala-ala deejavu gitu, Subhanallah! :D Tambah sket lagi rempah citer, time 2nd tournentment tuh, saya terdengar yang bakal lawan saya adalah pemain terengganu. Saya pon goyang lalu tewas… walaupon di awal perlawanan nampaknya seperti saya menguasai permainan… Dan selang beberapa tahun kemudian di UKM kL tahun pertama, guess what!? mamat tuh, BOYA (bukan nama sebenar, tu nama glamor die kat sana. Nama sebenar die KAMARUL ARIFFIN kalu tak silap, he) Bila 1st time nampak muka mamat ni, saya rasa macam penah lihat, tp di mana ya? oo, rupanya di mpsa dulu… setelah saya soal siasat die, maka benarlah…. die ingat tournenment tuh, tp tak ingat saya, huhu (mentang2 saya kalah ditangan die). Satu soalan lagi saya tanya dia samada dia penah wakil terengganu atau mana2 negeri main chess ke…. dia jawab “Tak lah!” adeh…. sia-sia jek saya goyang time tuh! :) Penutup
Begitulah kisah chess saya… yang mana melalot tuh, sabar je la ek! ho ho…. Salah dan silap kata taip harap dimaafi…

“slow and steady wins the race!” - Azwar YM saya semalam…. he he

Thank You Scukerz!

Thursday
Jul 12,2007

Fuh! Semalam merupakan hari yang sangat progress bagi saya dalam dunia IT khususnye bidang pemblogan! Mana taknye, semalam Allah telah bagi saya rezki satu ilmu nak touch up blog ini guna software ftp…. sebelum blog ini wujud, tak pernah terlintas pon akan frasa ’sofware ftp’ nih! :D
Allah Ta’ala telah menjodohkan pertemuan saya dengan sorang mamat nih utk kesekian kalinye dekat YM semalam. Berkat tak putus asa saya nak tau macam mana nak mentouch-up blog dan hasil dari beberapa soalan bodo saya kepada beliau, maka pintu hatinye telah dibuka untuk mengajar saya dengan super detail! Saya tak pastilah apa perasaannye ketika itu… adakah terlalu menyampah dengan soalan-soalan sampah yang saya ajukan? maka untuk meng’get rid of this guy’ beliau pon mengajar saya ngan detail, takot nanti kena tanya lagi?, ha ha…. ;P acah je, saya tak penah terpikir pon begitu at the first place…. saya ni positive thinker (sampai tahap procrastinator dah, adeh!), dah tentulah beliau tolong saya sebab terharu dengan kesungguhan saya, he he…. apa-apa pon saya yakin beliau ikhlas… syukur….

Tidak lupa juga, kepada seorang mamat nih, rokudaime namanya (bukan nama sebenar)…. sebenarnye beliaulah orang pertama yang saya rujuk kalu saya pening ngan IT nih… apa saja kemusykilan dan soalan sampah yang saya nakkan jawapannye dengan kadar segera, saya tanya beliau…. dan beliau memang sabar orangnye melayan kerenah saya (maklumlah, beliau ini seorang mamat yang jiwang, ha ha)… dan ada satu ketika tu, beliau sampai tak sempat nak bantu saya sebab pegi outstation katanya…. tak tau lah, tu mungkin taktik je, nak menjauhkan diri dari saya, agaknye beliau pon menyampah jugak ngan soalan2-soalan bodo saya…. (acah je roku! gurau jek, aku tau ko ikhlas… jangan merajok pulak! ha ha)

Apa-apa pon, tujuan post ini dipublish adalah untuk merakamkan setinggi-tinggi terima kasih saya kepada dua scukerz di atas yang sedikit sebanyak telah meng’transform’kan saya (autobots…! roll out! cek cok cek cek) dari seorang yang buta IT kepada rabun IT…. saya akan belajar lagi slow2 utk jadi celik IT pulak! Tidak lupa juga saya merakamkan jutaan terima kasih kpd scukerz yang lain (nama spt tertera di blogroll belah kanan saudara/i) dan member sekampung yang tak putus-putus (harap2nye lah) memberi komen dan galakkan. Oh, ribuan terima kasih jugak kpd pengunjung-pengunjung yang sekadar lalu, singgah dan pandang sebelah mata je blog newbie ini tanpa memberi komen, tq, tq… isk isk… ;) ;)

Dengan ini, saya mengishtiharkan mamat yang ajar saya cara asas nak guna software ftp itu adalah sifu blog saya yang pertama! Untuk pengetahuan pembaca budiman sekalian, mamat ini jugak lah yang merupakan mamat yang bagi saya uruskan blog wp nih, ala… founder disebuah forum tersohor tu…. hu hu… kalu tak kenal gak, bukan nak kata lah. DAN En. Rokudaime, saya ishtiharkan beliau merupakan sifu kedua saya (sifu simpanan!) ho ho (tapi apa-apa hal aku tanya ko dulu ek? tq)

Sekian, Terima kasih sumer! Majulah blog utk Negara! (Bukan guna blog utk meruntuhkan negara! Hampeh!)

Trivia 15 sen: Asal perkataan ‘hampeh’ ni sebenarnye dari perkataan ‘hampas’ yang diloghat kenegeriankan, yang bermaksud, tak membawa faedah atau “tak de maknenye!”, maklumlah, macam hampas kelapa tu kan. Lepas perah je kelapa parut, hampas terus dibuang… kita dah tak guna lagi (biasanye lah kan)…. tp ayam makan jugak hampas nih, hmmm….

ehem, ehem…. ada lagi sket tambahan… ni saya edit time petang… yang karangan kat atas tu time pagi tadi…. bukan apa, saya dah dapat sifu ketiga! tp lebih kepada IT. sifu ni ajar saya macam mana nak hack window xp yang tak ori jadi ORI! ha ha…. thanx to mr.cheghap… blognye baru saya letak kat blogroll saya…. memang best! jimat RM300 ha ha!!! :P
Technorati Profile