An excellent way to help you with your self-assessment is to keep a trading journal. It will help you to analyze your thought processes after the trade, and identify your strengths and weaknesses in your trading. Understanding your personality is one thing, but understanding it while you trade is a totally different story. A trading journal allows you to review your wining and losing trades and pinpoint specific reasons on why you won or lose.
Okeh… kali ni aku nak jawab tag superpower yang aku wat itu hari… rata-rata… virus ni tersebar dengan agak baik jugak… daripada 10 orang yang aku tag, 3 daripadanya layan… 2 daripadanya menyebarkan virus ini, maka tersebar luaslah ia… macam-macam gaya menjawab dan karakter aku dapat baca dari mereka-mereka yang layan tag ni… yang bestnye si suparngah telah menambah lagi 4 soalan tambahan dalam tag superpower nih dan ianya agak signifikan jugak. Oleh itu aku nak layan tag ni ditambah dengan soalan tambahan pakngah itu.

1. Apa superpower idaman anda… sila pilih satu jek!
Teleportasi dengan sekelip mata atau beberapa kelip mata. Kemana mana sahaja di dalam bumi nih. Apa sahaja yang aku pegang, akan ku teleportasi bersamaku sekali…
2. Apa superhero atau watak yang mempengaruhi pilihan ko itu?
Mula-mula kisah nabi Sulaiman, yang ada jin yang leh pindahkan istana dalam sekelip mata. Lepas tu terpengaruh dengan citer star trek yang diorang leh teleport dari kapal turun ke plenet. Lepas tu terpengaruh pulak dengan manga dragon ball yang goku leh buat teleport dengan hikmat ‘pergerakan sejenak’ hanya dengan mengesan aura yang wujud ditempat yang die nak pegi tuh. Dan yang terakhir, terpengaruh dengan ‘night crawler’, satu watak dalam x-men.
3. Kenapa/ untuk apa superpower itu yang anda pilih?
Kan best… save masa, tenaga dan duit nak pegi melancong kan? nak pegi assassin orang pon senang, he. Kalau masuk jail pon, senang2 jek nak kuar. Lepas tu nak jengok mak dan nenek kat kampung pon tak menjadi masalah.
4. Kelemahan superpower anda… wajib ada!
Kelemahan yang ketara ialah tak leh buat teleport melebihi 10 kali dalam sehari, kalau lebih leh jadi pengsan.
5. Nama anda sebagai hero apa?
Tanjung. Sebab aku asal dari tanjung karang!
6. Motto anda sebagai superhero?
Kalau naik kenderaan, jangan lupa baca doa naik kenderaan… InsyaAllah tak akan accident punye!
7. Apakah musuh terketat anda?
Musuh Islam… nak assassin, bila-bila leh!
8. Kenderaan Utama anda?
Hellooo…..?
9. Apa pekerjaan utk menyara hidup anda? ye la.. jadi superhero ni sukarela.. bukannya dapat upah pon.
Hmm, dengan superpower nih, aku leh buat service penghantaran mcm dhl, skynet, poslaju tu, from door to door.
“Dijamin sampai hari ni jugak! InsyaAllah”
Time nak antar tu, aku menyamar la, supaya orang tak cam.
10. Sekret Place?
Kat rumah sewa jek.
Okeh, Aku nak tag lagi nih! ha ha. Kepada Mael, fendyzaidan, skeniox, rokudaime dan afzanafat sila lah layan kalau mahu. Yeah!
Aku ingat nak sebarkan satu lagi tag lah… tag yang ni aku fikir sendiri… tak tau lah kalau orang lain dah penah buat pasal topik nih, yeah! Yosh.. kita mulakan sekarang! Sila lah jawab ek kalau sudi… aku kasi soalan jek… korang jawab. Nanti, aku pulak jawab di kemudian hari.
1. Apa superpower idaman anda… sila pilih satu jek!
2. Apa superhero atau watak yang mempengaruhi pilihan ko itu?
3. Kenapa/ untuk apa superpower itu yang anda pilih?
4. Kelemahan superpower anda… wajib ada!
5. Nama anda sebagai hero apa?
6. Motto anda sebagai superhero?
6. Sebarkan tag ini kepada 10 member yang lain. Kalau tak mampu, 5 pon ok!
Yosh…. itu saja soalannya… simple… oleh itu aku pilih 10 orang insan bertuah yang aku harapkan mereka dapat tolong menyebarkan virus ini!
Affuan - Qaiyum - Palie - Bayan - Khai - Nazz - Minami - Lelabu - Catzer - Eriyza
Dah lama dah tak layan tag-tag nih! Dan the latest di tag oleh bro Hisham DAN bro dady_ekin pasal azam 2008! Layan jek! Yeah!
Azam tahun 2008/ 1429
Aku nak buat yang terbaik (ala-ala AF gitu)! Azam aku nak lebih rajin update blog, yeah! Memandangkan aku dah ada mobile broadband kelajuan kura tuh (ni azam yang dah tercapai).
Kenangan pahit tak leh lupa time 2007
Yang pahit tu banyak, tapi tak de satu pon yang tak leh lupa, sumer ingat jek, eh silap… kenangan pahit-pahit tu sumer aku dah lupa lah…. sumer ok dah, boleh tempuh. Life must go on (’go on’ ke, ‘goes on’ ek?)
Pengajaran dari tahun 2007
50 tahun merdeka, bila lagi nak ‘merdeka’kan diri nih? hu hu
Pencapaian paling bermakna pada 2007
Dapat baby boy yang ke-2 lah… Afiq Dzulfaqar bin Ahmad Mustaffa…. Nyawa tu beb!
Kalau ada pose menarik sila buboh kat sini.
Tak perlu buboh kat sini, korang cuba ushar muka depan forum scukz, muka aku terpampang dengan machonye (kot) tak hengat… hmm, tu kira pencapaian 2007 gak tuh, he he
Sebaran virus kepada 8 sahabat bertuah.
Aku harap, antibodi depa tak kuat, so diorang pon layan lah tag nih, hu hu….
Azli - Rjuna - Chics - Bayan - Palie - Chot - Lelabu - Setanmati
p.s: Balas dendam, layan post blog 2x sehari, hu hu
Salam sumer bloggers dan bloghoppers! Ehem ehem, saya terasa ‘gatal’ pemikiran lah. Saya ingat nak bagi duit raya RM20 je kat korang (seorang pemenang) yang bertuah. Ye… ni first time saya nak bagi RM kat pengunjung blog saya… sebab tu ciput je, he he… tapi tu duit jugak kan… dan ianya easy money, no pressure, hepi-hepi je, yeah!
Saya nak buat peraduan tag. Dengan peraduan ni jugak bermakna, inilah 1st time saya start (cipta) tag a.k.a virus sosial. Di sini, biar saya explain sikit butir tag dan syarat & termanye.
Tag ini bertajuk IFTARKU, maknanya ‘bukak pose aku’. Butir tag ini memerlukan korang selesaikan 7 perkara nih;
- Intro: Biasa la kan, mesti la kena mention pengasas tag nih dan siapa yang tag korang (ini bagi blogger sekunder lah, ho ho)
- snap gambar dan upload kat blog korang juadah berbuka posa korang, tak kisah lah, masak ke, beli ke, buffet ke.
- lepas tu, korang nyatakan kos RM perbelanjaan untuk juadah berbuka time tu (kat dalam gambar tu)
- Nyatakan jugak berapa orang yang menikmati (melahap) juadah itu.
- Dan nyatakan sekali lokasi di mana korang berbuka time tu.
- Kemudian, beri satu ayat nasihat sempena syawal menjelang atau ramadhon dah nak abis nih.
- Penutup: macam biasa jugak, korang dikehendaki menge’tag’ 5 lagi blogger lain untuk join peraduan nih. Finish. Senang je kan? ho ho
Syarat dan terma;
- Terbuka kepada sumer blogger mumaiyiz yang berpuasa. Yang ponteng tak boleh!
- Seorang blogger, satu entry.
- Korang ada masa seminggu je lagi nak layan tag nih. Maklumlah, seminggu lagi nak raya kan… so, tarikh tutup 12 hb ni lah!
- Lepas je korang layan tag ni, korang mesti lah info saya kat ruangan komen, contoh “ok Musnaz, saya dah layan tag iftarku ni“. Ini memudahkan pengadilan dibuat. Kalau setakat nak check kat ‘incoming link’ takut hakim terlepas pandang pulak.
- Hanya satu pemenang bertuah yang berjaya mencuit hati panel hakim yang layak terima zakat hadiah RM20 tunai.
- Pemenang akan diumumkan time bulan Syawal nanti. Sesuai la kan, macam dapat duit raya gitu…. hoho
- okeh, itu saja kot, selamat layan tag! ho ho
Kali ni kena tag dengan Hard2k! Yeah…. soalan interview yang agak santai jugak, pasal raya…. Layanz….
Apa erti Hari Raya pada korang??
Hari bersyukur dan bersedih. syukur sebab dapat duit raya (anak saya dapat), sedih sebab kena bagi duit raya…. ha ha ha…. acah je…. syukur sebab meraikan kejayaan lawan nafsu… sedih sebab ramadhon berlalu….
Apa yang wajib korang buat bila Hari Raya Menjelma?
Salam memohon maaf….
Pernah tak korang rasai Malam Lailatul Qadar??
Tak penah, rasanya….
Bape Banyak Duit Raya pernah korang dapat??
Hampir cecah RM100 je….
Kuih ape paling korang Suke Makan Masa Hari Raya??> .
Suka makan kuih muih! hui hui hui…. tak lah, suka makan kuih sarang semut!
Letak gambar kenangan korang Masa Raya yang tak dapat dilupakan
Sebarkan tag nie kepada 2 orang yang korang sukanak sebarkan kat azli dengan palie, he he….
Saya di tag oleh dua insan…. iaitu khai (www.khai.scukz.com) dan eriyza (www.eriyzaqistina.blogspot.com). Mula-mula cik eriyza tag khai dan saya, pastu khai tag saya pulak…. kira ada 2 orang la tag saya ek, ho ho….. ok, here we goes…..
*Sejak bila anda mula berpuasa penuh? - sejak azali…. acah je, sejak darjah 4 kot.
.
*Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya? - ponteng memang pernah. alasan: iman lemah, ha ha
.
*Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun? - Mestila pernah, standard la tu kan…. skang dah tobat!
.
*Juadah apakah yang menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka? - juadah tak penting, yang penting air mesti sejuk dan sedap. Pastu minum sampai puas!
.
*Lagu raya manakah yang anda suka? - “berlalu lah sudah, ramadan. sebulan berpuasa…. bila tiba syawal, rayakan. dengan rasa gembira…. la la la…..” lagu tu lah
.
*Tahun ini anda beraya di mana? - soalan yang baik! tahun ini buat pertama kali dalam hidup beraya berjauhan dengan family…. rayo di Kuching…. huwaaaaa……
.
*Pernahkan anda bertugas di hari raya - tak penah. raya cina pon tak penah!
.
*Apakah kenangan paling manis di hari raya? - bernikah! yeah!
.
*Sebarkan tag ini kepada 8 orang bertuah pilihan anda……
-azli (www.nickmenza.wordpress.com)
-palie (www.luccadjiwa.wordpress.com)
-admin blogmas (www.blogmas.com)
-pembebel (www.pembebel.blogmas.com)
-bayan (www.bayan.blogmas.com)
-roku (www.rokudaime.scukz.com)
-ismail (www.mohdismail.com)
-
Fuh, tag mesti di layan! ho ho… kali ni kena tag dengan cik eriyza di bawah tajuk makanan kegemaran!. Menarik gak tag stail nih. kena letak gambor la pulak! wokeh! Ini lah dia!
1) Proposition: What is your favorite food in your state or country?
Mee goreng!
2) Requirements: Find some info about the food and show delicious pictures of it?

.
Apa lagi info yang nak diberi pasal makanan nih! Ia memang super sempoi! letak mee dan perencah yang sepatutnya dan goreng! makan hingga kenyang… lagi best kalu ada telor mata kerbau atau sambal sotong kering, atau kedua-duanya sekali! lepas layan mee goreng pastu kena pulak dengan air sirap yang mahal tu, memang lagi best!
Wokkeh! lepas ni nak tag En. Khai, En. Roku, En. Khairilz (ni kalau tak perasan lagi kena tag tak tau lah mamat nih, ho ho), En. Hard2k dan kepada ANDA, pembaca yang berminat nak layan tag nih! saya amat BERBESAR HATI kalau korang layan… jangan malu-malu atau rasa tersisih sebab saya tak mentionkan nama anda… saya dah tak de masa dah sebenarnya nih… layan lah ye… nanti saya bagi hadiah kalau saya nak, ha ha ha….
Ye… saya punye polisi, kalau kena tag tuh, baik diselesaikan cepat-cepat sebelum tag bertimbun! ho ho…. baik! kali ni saya nak layan tag dari cik zati kita di bawah tajuk post beliau, meooww… meooww.. meooww… (hebat sungguh tajuk! hu hu). Baiklah, tag tersebut bertajuk 4 mender! (4 things). Layanz….
.
4 Things!
.
4 things that scare me:
- Tak masuk syurga!
- Anak muda zaman sekarang yang semakin mendewakan pegangan ‘hedonisma’
- Citer hantu yang best seram! syok layan terkejut woo…. hu hu
- Kalau anak injured. Aduss… sadis sungguh!
.
4 people who make me laugh:
- Sudah tentu isteri saya…
- Anak sulung kami, Danish…
- Steven Chow Sing Chi
- Saiful Apek! huwa huwa
.
4 things i love:
- computer
- Internet connection
- Money
- udara yang kita sedut sehari hari
.
4 things i hate:
- ‘cannot find server’! hampeh giler perasaan tuh!
- kelahi dengan wife, he he (sapa la yang suka ye tak? hu hu)
- zionis
- birokrasi
.
4 things i don’t understand:
- dah tau zionis tu jahat, lagi kita mau sokong! cuba check fakta sini
- negara dah merdeka, tapi kebanyakkan rakyat masih mempunyai pemikiran kelas ke-3. Tengok saja lah lepas sambutan merdeka malam 31 ogos tuh! lepas tu jek, sampah bertaburan tak hengat, termasuklah bendera negara sendiri yang sibuk dok kibar tuh. kalau bendera israel tak pe la jugak!
- Tak paham bahasa alien anak saya, ho ho
- Tak paham bahasa mandarin… ingat nak antar danish sekolah cina lah, hu hu
.
4 things on my desk:
- kad patient
- dekstop (tapi tak pasang wifi lagi, cis!)
- telefon
- habuk! he he
.
4 things i’m doing right:
- cuba laksanakan suruhan Allah dan Rasul sebaik mungkin
- mengahwini wife saya, he he
- jadi speech therapist
- berhenti dari merokok secara total! yeah! syukur….
.
4 things i want to do before i die:
- haji dan umrah
- berbakti pada bangsa kaw-kaw punye!
- bungee jumping
- nak layan tenet pakai 3G, hu hu
.
4 simple things to describe my personality:
- ceria
- humor
- lateral (positive) thinker
- berbintang Leo! tau la kan korang, personaliti orang leo nih, kalau tak cayo, tanyo Mael dan khai, hu hu
.
4 things i can’t do:
- buat flip kaki terkangkang sampai lurus tuh!
- i belive i can’t fly…. yeah! (tapi air asia ada ye tak? hu hu)
- dah tak boleh nak main volley giler-giler lagi sebab ligamen lutut kiri dah hancur! hancur! oh, oh!
- menghancurkan zionis! buat sorang2 memang la imposible kan… jom gabung! ewah!
.
.
Yaa… sekian sahajalah soalan tag itu saya berjaya layankan… oh? terlupa plak… lazimnya, lepas layan tag, kita diharuskan mengetag blogger yang lain pulak kan? ho ho… saya pilih secara rambang sahaja lah ye….
- afzah! peratusan beliau akan layan adalah rendah, memandangkan beliau tengah sibuk buat master…. hu hu
- aqih! dah lama dah tak lawat blog cute beliau itu, he he
- arin opto! senior aku yang sorang ni pon tak tau lah kalau beliau sudi layan. sibuk layan kedai opto beliau mamat nih!
- azmie! ada kena mengena ngan tanjung karang mamat nih, hu hu
- Gie!
yess! cukup lah 5 blogger bertuah dulu saya pilih! next time korang pulak! ho ho!
Ohh… akhirnya dapat jugak masuk blog ku ini…. terasa aaaaaammmmmaaaattttt lah lamanya tak update musnaz.scukz.com nih! rindu sungguh! apa-apa pon thankx khai mengembalikan kepada sediakala, arigatok!
Dikesempatan yang ada ni saya nak layan satu tanggungjawab ‘harus’ nih! nak layan tag. DAri hari khamis minggu lepas lagi saya nak publish post nih, tapi ada ujian pulak. Cooobaa’annnn. Bila saya nengok dashboard jek, cik zati pon ada tag saya. nampaknya tu tag yang ke-5 lah. Akan ku layan tag itu kelak! InsyaAllah! Fuh, nampaknya macam musim tag pulak. Saya ditag lagi oleh cik Dragon untuk menjawab beberapa soalan interview nih… jenuh gak rasa nak menjawabnya…. tak pe, saya try ek, he he…..
1. Tell us your name: Ahmad Mustaffa
2. 3 things about yourself: Kacukan Jawa-Kubu, Ceria, Speech Therapist
3. What’s in your playlist: Lagu2 indon, lagu2 melayu, lagu2 inggeris (tapi jarang dengar lah)
4. Your favourite music: Lagu yang best didengar!
5. Favourite guilty pleasure: Apa nih? tak paham lah. Tapi kalau nak ikutkan kepahaman sendiri… err… gigit kuku lah! ho ho
6. Favourite food: Makanan yang halal
7. Define love: Cinta Allah dan Rasul, Cinta Parents, Cinta wife dan anak2… love you all!
8. Define sex: jantina! ha ha
9. Any celebrity crushes?: nope!
10. The last person you hugged: Danish, time hantar die pegi nursery pagi tadi!
11. The last person you talk to: ntah sapa ntah call tadi, salah nombor!
12. The last time you cried: jap… pikir dulu… hmmm… 2 bulan lepas kot….
13. The last time you had sex: tu pon nak tau keh? tak leh bagi tau… rahsia keluarga, sorry ek! hu hu
14. The last time you made out: tak paham pulak soalan nih, hu hu
15. The last person you dated: wife saya lah (last and forever… InsyaAllah)
16. The last time you went out: hari sabtu lepas, pegi karnival satok
17. What’s on your mind now: nak pegi ward round!
18. What’s bothering you?: musuh Islam!
19. This year’s resolution: blog sehabis baik! chewah!
20. Your MSN nick: tak dek!
21. What’s your MSN nick about: tak dek!
22. The people you miss the most: mak!
23. Current mood: semangat 70%
24. What are you thinking: nak siapkan tag ni lah
25. Best chilhood memory: perang mercun!
26. 3 of your biggest fears: tak de kecuali Allah!
27. Who do you love: Family, rakan-rakan realiti dan maya
28. 3 of the things you hate: 1)israel dapat 10 juta sehari hanya baru dari US 2)susah nak elak barang yang berkaitan dengan israel, tak caya cuba check http://inminds.co.uk 3)gadoh ngan wife, he he
29. Do you blog? yup (kalau tak, masakan dok layan tag ni hah)
30. Tag 5 people: Baiklah! ni part yang syok nih. Kali ni nak tag Azli, iDaz, Adi, aad ngan hafreze
Saya bukak jek blog, tengok2 kat shoutbox saya, Bro Afzai Afandi dah tag saya…. Maka ini adalah pengalaman ke-3 saya di tag! yeah! Menarik sangat saya rasa tajuk tag nih, “Pesta Tag Merdeka 50!”… Virus macam ni akan menyemarakkan lagi semangat merdeka seseorang bloggers, yeah! Sebenarnya hari ni saya nak buat tajuk ‘Projek Mensyukuri Nikmat!’ Tapi demi menghormati dan syok jugak nak melayan tag nih, saya dulukan dulu tanggungjawab yang sunat nih, ho ho…. Baiklah. Kita mulakan….
Peraturan yang telah ditetapkan sebagai syarat penyertaan Pesta Tag Merdeka 50 :
.
1) Anda perlu tag 5 orang blogger yang berkenan di hati
2) Pastikan post yang hendak dibuat lebih panjang jumlah perkataannya.
.

Tajuk tag pesta merdeka 50 ini adalah “Kenapa aku berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia?”
Baiklah. Secara spontan, inilah jawapan saya kenapa saya berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia!
1) Negara kita punye lokasi geografi yang penuh nikmat! Bukan dalam kawasan aktif gempa bumi… Ada minyak… Tanah subur… Ada banyak kawasan pelancongan yang best… Ada pulau sipadan sebagai oceanic island… cuaca pon best, ada panas, ada hujan… Tak de salji (so tak payah nak beli baju sejuk yang mahal2)
2) Ada pemimpin negara (esp. Pak Lah) yang cool, best dan berjiwa rakyat. Raja pon sangat berwibawa dan mulia. Fenomena politik negara yang terbaik di dunia. Amin…
3) Tahap keamanan negara masih dikira antara yang paling aman kat dunia… still leh solat Jumaat dengan tenang di mana-mana masjid.
4) Boley berblogging dengan happy, yeah!!!
5) To be continued… banyak lagi nak tulis nih, tapi tak cukup masa…. patient saya dah tunggu dah! ho ho….
Yosshhh… Sekarang saya nak sebarkan virus baik ni kepada 5 orang terpilih. Tahniah! ha ha
1. Roku
2. Khai
3. mohdismail
4. neutronics
5. zati