Musnaz.com dan dunia forex

An excellent way to help you with your self-assessment is to keep a trading journal. It will help you to analyze your thought processes after the trade, and identify your strengths and weaknesses in your trading. Understanding your personality is one thing, but understanding it while you trade is a totally different story. A trading journal allows you to review your wining and losing trades and pinpoint specific reasons on why you won or lose.

Archive for the ‘Paradigma’ Category

Powernya amalan Sedekah!

Monday
Apr 14,2008

Assalamu’alaikum warahmatullaahi wabarakatuh , Kekuatan Sedekah  


Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :              

T atkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?”

Allah menjawab, ” Ada , iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?”

Allah yang Maha Suci menjawab, ” Ada , iaitu api” (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?”

Allah yang Maha Agung menjawab, ” Ada , iaitu air” (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),

Para malaikatpun bertanya kembali “Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?”

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, ” Ada , iaitu angin”   (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi “Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?”

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, ” Ada , iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya “.

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih , tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain .

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : “Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat , dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya” .

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata , tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

 

Ganjaran bersedekah

RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :

Z     Allah Ta’ala berfirman, ” Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah .. {Qs. Al Lail (92) : 5-8}

Z     Allah Ta’ala berfirman, “Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh ) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” . {Qs. Al Baqarah (2) : 261}

Z     RasulAllah SAW bersabda, Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, “Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah “. Yang satu lagi menyeru ” musnahkanlah orang yang menahan hartanya

Tolak Bala dengan Sedekah

Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW , sbb :

Z     Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah .

Z     Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah ”   ubatilah penyakitmu dengan sedekah .

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,

Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita , kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???

Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah

Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum’at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum’at , misalnya Jum’at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum’at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka . Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

Sedekah yg pahalanya terus mengalir

Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : “Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus , kecuali tiga hal : amal jariyah , ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo’akannya (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

Monday
Mar 17,2008

Ini angakara siapa dan salah siapa?
Ini angkara syaitan dan salah aku!

Main Game & Menang!

Wednesday
Dec 5,2007

Time merayau-rayau di alam maya terjumpa pulak satu website ni (yang akan aku beritahu diakhir post ini), di mana, konsep asas die ialah, main game sampai lebam selama seminggu (guna tokan macam kat funfair tuh, tapi dalam bentuk point lah), pastu kalau champion dapat hadiah handphone! Dengan rasa tertarik, aku pon register free jadi member, tup tup dapat 500 point promotion. 500 point tu sama nilai dengan RM5. So, bila nak main (masuk bertanding) kat mana-mana game, kenala bayar tokan setiap kali nak main, macam masuk tokan dalam mesin ’street fighter’ tu lah…. so, bila dah abis tokan tuh, boleh la top up online, hu hu….

Begitulah kisahnya…. dan kalau dapat refer orang join, orang yang merefer itu akan dapat 500 point…. oleh itu, cubalah korang layan link ini kasi tengok satu kali. Kalau korang minat, join dan layan dan aku dapat habuan point siket, ha ha…. tq

p.s: tokan=token (aku suka cakap tokan, hu hu)

Salam dan Sabar… Sebarkan!

Tuesday
Oct 30,2007

Hari ni saya nak berkongsi siket, ilmu atau pemikiran yang baru saya dapat dengan perkara lama nih…. dah 28 tahun saya hidup, la ni baru tau…. betul la kata orang, sampai mati pon, ilmu tak akan dapat penuh punye…. hari hari leh upgradekan diri dengan ilmu.

Ok. Sebagai intro, saya sangat bersyukur sebab saya memilih radio IKIM sebagai radio rasmi diri saya…. saya ni agak jahil dan lemah iman, sebab tu saya memilih radio ini sebagai santapan rohani saya. Walaupon pada permulaannya, saya sangat memaksakan diri untuk dengar siaran nih. Nak tak nak, iman lemah ke, ok ke, pasang jugak. Sumbat jugak. Lama kelamaan… AlhamduLillah…. saya mula meminati dan syok akan info-info dan tazkirah yang terkandung di dalamnya. Bagus sangat. Saya menyeru kepada rakan-rakan sumer… cubalah paksakan diri dengar IKIM, let say, dalam sebulan ke… lepas tu lihatlah sendiri perubahan pada diri korang sumer, insyaAllah… kita ni hidup tak lama geng! Mungkin esok kita meninggal dunia… mungkin jap lagi…. hmmm…..

Baik. Tamat intro. Berbalik kepada tajuk di atas, ni adalah ilmu baru yang saya dengar kat radio IKIM kat dalam tazkirah kol 7.30 pagi tadi, time on the way nak gi kerja. Salam dan sabar. Saya nak citer balik dari pendengaran dan asimilasi pemahaman yang saya dapat.

Salam

Mula-mula salam. Ala…salam… yang bagi assalamualaikum tuh… dah biasa kita dengar kan? tapi yang tak biasa saya dengar ialah, ini bukan sebarang doa yang sunat disebarkan, yang wajib dijawab. Ini satu doa yang besar. Maknanya ‘assalamualaikum’ bukan hanya setakat ’selamat sejahtera ke atas kamu’ malah jika dilihat perkataan ‘as-salam’ itu sendiri, ia adalah salah satu dari 99 nama Allah yang Maha Suci. Jadi kita mendokong nama itu baik-baik dan sebarkan di atas muka bumi ini.

Salam itu juga adalah salah satu nama syurga yang saya tak ingat nama penuh die. Nama dia macam ‘nama syurga’ darussalam… gitu…. Jadi tak lari jugak maksud salam itu ’syurgalah ke atas kamu’…. kita mendoakan orang muslim yang kita beri salam tu, masuk syurga. Seperti yang kita tahu, kalau nak masuk syurga, perangai mestilah macam ahli syurga dulu, baru layak. Di dalam syurga, ahli-ahlinya saling menyebarkan salam. MasyaAllah.

Sabar

Ni lagi satu perkataan yang lama dah saya dengar tapi hari baru dapat lagi satu ilmu pasalnya. as-Sobru (sabar) juga adalah salah satu dari 99 nama Allah. Allah maha Penyabar sifatnya. Sejahat mana sekalipon hambaNya buat dosa, Allah masih bagi masa yang banyak untuk saya bertaubat. Maka bertaubatlah selagi sempat.

Lepas tu, sabar ni sebenarnya adalah perkataan aktif, bukan pasif seperti yang saya paham selama nih. Apa maksud sebenar sabar? contoh: kalau ibu/ isteri/ adik perempuan kita diganggu jahat lelaki lain atau tak nak ikut suruhan dan perintah Allah? macam mana kita nak ’sabar’. Kalau sabar yang pasif (salah), kita hanya mendiamkan diri dengan sabar, dan mendoakan keampunan dan kesejahteraan mereka, lebih kurang gitu…. maka di sini bukan sabar… ini dah jatuh tahap dayus! Maka macam mana nak sabar dengan mereka?

Maka, sabar yang aktif ialah;
1. Menahan dari mengeluarkan sifat mazmumah (sifat setan/ jahat/ negatif) dari diri kita terhadap sesuatu situasi yang menimpa. Bukan dengan membunuh lelaki jahat itu atau mendera mereka (ibu, isteri, adik)
2. Berfikir dengan rasional akan tindakan yang terbaik - fikir strategi untuk menangani masalah itu.
3. Bertindak sewajarnya.
4. Tawakkal.

Apa lagi contoh lain sabar? hmmm…. apabila agama dihina? bukan hanya mendiamkan diri dengan sabar atau membuat amok dan rusuhan. Tetapi, menekadkan semangat, azam dan usaha untuk mempertahankan maruah agama dengan berusaha lebih lagi dari aspek ekonomi contohnya, atau berdakwah dengan lebih pesat lagi untuk menyedarkan orang2 yang tak paham pasal islam nih… gitulah….

Oh, ada contoh yang simple lagi pasal sabar nih. Contoh, ada orang (yang bukan penipu) minta wang derma seringgit dua dari kita. Kalau kita tak sabar, kita abaikan je. Kalau kita sabar, iaitu menahan dari mengeluarkan sifat mazmumah kedekut dari diri kita, kita pon hulurkanlah derma itu…. itu pon dikira sabar tuh.

Lagi… yang biasa jugak ialah menahan diri dari sifat malas. So, bersabar dari malas dengan merajinkan diri mengusahankan sesuatu.

Apabila negara nak diserang. Sabar. Dengan menahan diri dari sifat pengecut, lalu berusaha menentang anasir luar itu.

Sabar dengan penyakit yang menimpa. Selain redho, kita mesti lah menahan diri sifat putus asa lalu berusaha mencari penawarnya.

Haaa… maka itu lah sabar dan contoh-contohnya. Ia adalah satu perkataan aktif. Boleh juga dikatakan, orang yang sabar ini adalah orang yang mencari jalan untuk menghadapi atau mengubah dari satu keaadaan yang negatif kepada yang positif, atau keadaan yang baik kepada keadaan yang lebih baik. Besar la sebenarnya konsep sabar nih. Saya pon baru tau…. Nak kena belajar, fikir dan praktik lagi. Orang yang sabar bukan pengkaji atau pembaca sejarah, tetapi adalah orang yang mencipta sejarah!

P.s: tak penah dengar IKIM tu apa? cuba la layan search engine ‘radio IKIM’

Satu Pertanyaan Super Ikhlas Dariku!

Wednesday
Oct 24,2007

Dah lama sangat saya tertanya-tanya tentang satu soalan nih…. la ni baru teringat nak post kat blog tanya korang…. soalannya ialah;

Pernah tak korang lihat/ nampak/ terserempak/ jumpa/ dapati polis atau jpj bila pandu kereta polis atau peronda die tu, diorang pakai SEAT BELT? pernah tak?

Jawapan saya, selama saya hidup dimuka bumi ni, saya rasa pernah nampak sekali jek…. rasanya lah… macam tak penah nampak pon yee…. hmmm…. korang pulak macam mana? Boleh buat research ni kan?

Myteam2

Monday
Oct 22,2007

Assalamualaikum dan selamat hari raya (raya kan sebulan…) Dah lama bebenor saya tak update blog pakai dashboard… asyik layan twitter jek, ho ho… Hari ni baru je start keja balik, tu yang dapat online depan pc nih…. Hari ni saya nak borak 2 perkara yang berlaku malam tadi. Kedua-dua perkara ni saya dapat dari menonton tv.

Myteam2.

Amacam? ada tengok? best ke tak best? kalah menang tak kesah la kan, tapi ‘how we win and loose’ tu yang penting…. Shebby agak pasrah gak di situ, ho ho…. Berikut saya senaraikan komen saya yang ‘berkaki bangku’ nih.

- Indon bukan hantar team no. 1 diorang.
- Kalau dilihat dari pemerhatian saya, inteam dengan myteam adalah di dalam KELAS yang sama, cumanya kalau diorang amik exam semester, inteam dapat periksa no. 5 dan myteam periksa nombor 19 la gitu.
- Keseluruhan perlawanan adalah di tahap tidak menarik, sebab banyak sangat aksi drama dan lakonan (inteam jauh lebih banyak berlakon, lebih-lebih lagi si goal keaper depa, belakon injured tak hengat! Reff datang check pastu buat dekk jek.. hambek ko obat!
- Possession (pengawalan bola) pada separuh masa pertama, inteam 65%, myteam 35%. Time separuh masa kedua, inteam 55%, myteam 45%. Second half tu ada fight siket jek, tapi pertahanan inteam dilihat sangat kukuh di atas faktor kerajinan mereka (2 orang kejar sorang untuk bertahan) dan juga bakat lakonan mereka yang menjengkelkan! Pening reff dibuatnya!
- myteam punye gerakan serangan jadi buntu. hilang arah dan punca lagaknya.
- pujian untuk myteam2, walaupon gugup main, dan selalu dikasari sampai indon main dengan 10 orang, diorang dikira agak pandai mengawal emosi kesabaran, syabas!
- Secara keseluruhan persembahan myteam; ok la…. baik kalah 0-2 dari kalah 0-21 ! diorang boleh maju lagi tuh, hu hu.

Bing Bang Boom Raya!

Ni perkara ke-2. Lepas tengok myteam lawan lepas tu citer bing bang boom raya (bbb). Tak selalu tengok citer ni. walaupon konsep die konsep ciplak, tapi telah diadaptasi dengan budaya malaysia, biasaklah kan.

Okeh, part yang paling best bagi saya ialah sorang krew bbb ni, muka skema, pakai spek, sut baju melayu dengan selempang kain pelekat. Die pergi merayau-rayau sekitar ibu kota kL, approach sorang-sorang atau pasangan-pasangan nak ‘pinjam 50 ringgit buat tambang balik’ disebabkan alasan-alasan tertentu. Die sangat berjanji akan bayar balik… bank in gitu… ramai giler die ‘mencuba nasib’ tapi malangnya sumer tak mampu atau tak mahu bagi pinjam. Paling baik di kalangan rejector2 tu adalah hulurkan seringgit dua, paling banyak 10 ringgit. Tapi mamat tu tak nak. die nak 50 jugak. kalau kurang daripada tu, baik tak payah.

Mamat ni ada yang mendapat simpati dan ada juga yang terima persepsi yang super negatif…. akhirnya adalah sorang hamba Allah ni yang percaya dan bermurah hati meminjamkan note 50 kat mamat nih! Dengan serta merta, orang kamera pon datang sergah dan ‘kisah sebenar’ diketahui mamat tuh. Maka sebagai ganjaran, mamat tu dapat duit raya bernilai 400 hengget!!!

Punye lah syok mamat tuh! Mesti die semangat nak buat kebaikan lagi nih. Tapi saya ada terpikir, yang mamat nih;
- memang lurus bendul percaya bulat-bulat.
- penakut giler ingatkan mamat baju melayu tu ganster
- memang loaded giler, duit macam air
- dan… mamat tu adalah krew bbb jugak, saja je nak kasi jeles orang2 yang reject tuh.

Apa-apa pon, fikir je lah positif…… ‘buat baik, kompom dibalas baik!’

Kasi Pulun Fasa ke-3 Ramadhon !

Tuesday
Oct 2,2007

malam
Maka ini lah dia, nyawa masih di’loan’ lagi hingga ke hari ini…. Syukur tak terhingga sebab Allah masih beri saya masa untuk bertaubat dan membentuk perangai dan sahsiah macam ahli syurga… baru la leh masuk syurga betul tak? :) Maka dalam fasa ke-3 bulan penuh barakah ini, fasa pengampunan dalam satu jangkamasa pendek di mana kebarangkalian tinggi malam Lailatul Qadar muncul pada 10 malam terakhir Ramadhon ini…. Cemas dan harap… itulah perasaan yang sepatutnya wujud dalam diri mukmin yang bertaqwa…. :) Cemas; Ramadhon dah nak meninggalkan kita, amal kebajikan tak buat banyak mana pon time 2 fasa yang lepas… tarawikh pon memanjang ponteng, tadarus pon tak lepas setengah juzuk pertama pon layan…. haii, lemah betul iman saya nih….. Harap; maka dengan 10 malam terakhir nih, saya nak try lah upgrade sikit amalan dan sangat berharap untuk bertemu malam lailatul qadar untuk pertama kalinya dalam hidup… Dan berharap supaya ditemukan lagi kepada bulan Ramadhon taun depan…

berusaha untuk mencari malam lailatul qadar adalah lebih baik dari bertemu dengannya….

:) p/s: kalau nak tau info yang agak detail pasal lailatul qadar, cuba singgah kat blog qaiyum. Bagus sungguh info yang di sharekan….

Buah Terbaik di Bumi !

Monday
Oct 1,2007

Korang rasa apa buah terbaik di bumi? bukan buah lain ye, please…. ni memang kategori buah-buahan nih, ho ho…. Buah ini telah di iktiraf oleh antarabangsa (pertubuhan apa dah lupa lak) sebagai ‘Buah Hampir Perfect Secara Semulajadi’ (Tiada yang sempurna selain Allah). :) Kandungan serat kat buah ni sangat tinggi…. kalau kita amik lima bijik sehari je pon dah menampung jumlah pengambilan serat standard dalam sehari. Lemak langsung takde kat dalam buah nih. Natrium (garam) pon langsung tak de…. Banyak lagi kandungan yang berhasiat dalam buah tu yang sangat bermenfaat untuk kesihatan badan….. :) Kita respek (suka) kat buah ni adakah sebab pertubuhan antarabangsa tu yang iktiraf? oh tidak sama sekali…. kita suka sebab Allah dah maktubkan dalam kitab suci al-Quran tu….. hebat tak hebatnye buah tu…. nak tau apa jawapannya….? (more…)

Supernatural Season 2 !

Friday
Sep 28,2007

Tadi lepas sahur, maka siaplah ku layan 22 episod sampai tamat supernatural season 2! Citer yang berklasifikasi 18PL ini. Banyak scene atau fakta yang boleh mencabar akidah tu, maka kalau tengok dengan budak-budak, pastikan lepas tengok tu bagi nasihat kat depa supaya jangan terpengaruh dengan fakta yang depa auta. Tu sumer untuk hiburan semata-mata…. kalau dilihat dengan lebih positif, boleh dijadikan pengajaran dan sempadan jugak tuh! :) sn
Ada satu episod tu pasal Jin, kat dalam episod tu diorang siap ada penah buat research dalam koran (al-Quran) pasal jin. Sekali diorang kasi fakta ntah apa-apa ntah, jauh terpesong, suka hati diorang jek. :) sn2
Apa-apa pon paling suka episod ‘roadkill’…. memang best dan tak tersangka. Tu yang syok kalau tengok apa-apa citer pon, ‘tak tersangka’… kita dah syok dah pikir, dan jangka next move, rupanya salah apa yang kita jangka tapi move tu lagi best dari apa yang kita jangka…. syok, syok! Ha ha ha….. :) * orang sekarang dok sibuk khatam Quran, kita dok khatam benda lain…. ish ish ish….

Hari Ni Start Keja Balik !

Monday
Sep 24,2007

Oh, selama setengah bulan cuti…. sekali nak bangun pegi keja terlewat abis…. 7.20am bangun! lepas sahur terus solat subuh, pastu tido balik, pasang alarm handphone sedar lepas tu buat snuzz sampai la tak sedar dah pukul 7.20am…. kelam kabut! yeah! Memang liat nak gi keja, ho ho…. tapi ada semangat sket sebab bermula hari keja nih, leh la layan online dengan kerapnya, he he….. :) Ni nak citer kisah berbuka posa semalam kat dalam kapal terbang nih. Bukan kisah lucu, tapi kisah orang tak cukup ilmu, iaitu saya dan pilot kapal, ho ho…. Flite dari kL ialah 6.05pm dan tiba di Kuching 1 jam 45 minit. Buka pose di kL ialah lebih kurang 7 suku…. buka posa di kuching ialah 6.40pm gitu….. so, kalau kat tengah-tengah antara kL dan Kuching, buka posa pukul berapa la agak korang ek? :) Itulah soalan yang berlegar-legar difikiran sebelum berlepas. Bila dah kat dalam kapal, hidangan disajikan seperti biasa dan krew kapal cakap, tunggu pengumuman dari pilot. Tunggu punya tunggu sampai malam tu beb, sampai dah tak nampak matahari dah, time tu dalam pukul 7 pm la gitu. Perut dah super lapar, tekak dah super haus. Mengikut ilmu saya yang sedikit nih, patutnye dah masuk waktu maghrib dah tu sebab kalau tak tengok jam pon, matahari dah tak de dah, tu tanda masuk maghrib la tu (tu tanda yang kasar lah). :) Tapi tu lah, sebab tak cukup ilmu, maka kurang lah yakinnya saya nak buka, maka tunggu jugaklah pilot umum. pilot tu ‘pegang’ waktu buka kL lah, 7.15pm jugak lah berbuka, hu hu….