Musnaz.com dan dunia forex

An excellent way to help you with your self-assessment is to keep a trading journal. It will help you to analyze your thought processes after the trade, and identify your strengths and weaknesses in your trading. Understanding your personality is one thing, but understanding it while you trade is a totally different story. A trading journal allows you to review your wining and losing trades and pinpoint specific reasons on why you won or lose.

Archive for the ‘Paradigma’ Category

Sayangilah Ginjal Kita !

Tuesday
Sep 18,2007

Assalamualaikum dan selamat sejahtera…. lama dah tak update blog (secara konsentrasi). Cuti kali ni adalah satu ujian kecil untuk saya sekeluarga. Selama kami bercuti, saya lebih menumpukan untuk berkhidmat kepada bapa mertuaku untuk mengurus perihal kehidupan baru beliau…. kehidupan yang bergantung kepada mesin hemodialisis…. :) hemoSekarang ni pon saya singgah layan C.C kejap kat PKNS Shah Alam setelah saya menghantar borang ‘mintak sponser dari gomen’ untuk menyara kos rawatan bapa mertuaku. Hantar kat bro Syaiful Nizam kat SUK… sopan betul mamat tu, respek! Bapa mertua saya tengah layan hemodialisis kat HDU, Hosp. Klang sekarang nih. So, khidmat saya ni lebih kepada jadi supir membawa beliau dari Ukay Perdana layan Kesas sampai Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR). :) Minggu ni adalah minggu ke-2, yang merupakan minggu terakhir beliau dibenarkan layan hemodialisis kat spital nih. Lepas tu kena buat di tempat lain. So, saya juga kena menguruskan penempatan beliau untuk membuat rawatan hemodialisis susulan 3 kali seminggu, untuk selama-lamanya. Tu yang hantar borang tadi tuh….. Maka begitulah corak kehidupan baru bapa mertuaku yang memerlukan mesin membuang toksik dalam badan (darah) setelah buah pinggang beliau sudah 100% tak berfungsi lagi (Allah dah tarik satu nikmat besar tu kiranya). :) hemo2Nenek saya dan nenek mertuaku kat kampung masih steady lagi layan kebun dan pelbagai aktiviti fizikal yang lain…. Sebab apa? maka dah tentulah sebab utama menjaga dan mengawal pengambilan makanan supaya kita tak membebankan ginjal kita menapis toksik…. hmm… pengajaran buat saya nih…. Apa-apa pon sudilah kiranya doa-doakan bapa mertuaku supaya berada dalam keadaan kesihatan yang stabil dan lebih sihat, tq….. Jap lagi saya nak gerak balik ke HTAR. Selamat meneruskan ibadah puasa yang berpahala…..

Saturday
Sep 8,2007

Dah lama dah nak post pasal info nih. Info ni saya baca kat intech star dulu. Saya sangat tertarik mengenai satu topic yang membincangkan pasal satu website yang suram, gelap lagi menyayat hati…. Website tu adalah opposite kepada myspace.com… sapa tak kenal kan web social tuh? Web tu opposite dengan myspace dari aspek hidup dan mati. Kalu myspace, membernya adalah orang hidup, tapi web tu lebih kepada member myspace yang dah mati. Nama web tuh, mydeadspace.com… ganaz tak? Hu hu :) Ahli yang join mds tuh, stail dah tau die mungkin nak/ akan mati, pegi perang ke, sakit ke, jadi diorang pon macam tinggalkan pesan atau wasiat good bye gitu. Ada pulak yang saja-saja letak pesan, alih-alih tak lama kemudian mati kena bunuh lah, accident lah, maksudnya mati yang tak disangka oleh simati tu lah. Jadi family atau rakan simati tu pon melawatlah simati tu punye mds dan letak komen, macam mendoakan gitu, ho ho… :) Nampaknya bukan sahaja ada perniagaan online, carik jodoh online, tv online, etc, malah pusara online pon ada, perghh! Pada saya bagus jugak ada web macam ginih, ianya akan mengingatkan kita akan kematian. Bukan kah Rasullullah sendiri mengingati mati sehingga 70 kali sehari? Dan orang yang selalu ingat mati adalah orang yang bijak? Oleh itu jadikan lah tabiat ingat mati itu sebagai satu amalan atau rutin bagi membentuk pemikiran yang positif untuk menjana tindakan positif demi mencari keredhoan Allah….. Wassalam….

Projek Mensyukuri Nikmat!

Tuesday
Aug 28,2007

Saya tertarik dengan post bro AffuanRamzai di bawah tajuk “Adakah Korang Kufur Nikmat?”. So, post kali ni saya nak balas lah post beliau dengan cuba nak menyenaraikan nikmat-nikmat pemberian Allah Subhanahu wa Ta’ala… Sebenarnya adalah mustahil kalau nak senaraikan sumer nikmat secara detail…. bak kata hukamak (atau hadis, saya pon tak sure lah), yang maksudnya lebih kurang,

“Jika sumer ranting pokok didunia ini dijadikan pena, dan seluruh air dilautan dijadikan dakwat untuk menulis segala nikmat pemberian Allah kepada hambanya, maka pena dan dakwat yang digunakan masih lagi jauh tak mencukupi untuk menyenaraikan keseluruhan nikmat pemberian Allah! SubhanAllah, AllahuAkbar, AlhamduLillah!”

Kenapa nak cuba buat penyenaraian ini? Sebab nak jadikan ia sebagai PERINGATAN. Banyak bentuk peringatan yang leh kita buat dari memikirkan nikmat-nikmat Allah nih. Salah satu daripadanya ialah pemberi semangat dikala gundah dan sedih. Contoh la kan, kalau kita bersedih di atas kehilangan handphone misalnya, maka tak perlu lah sedih giler sampai meratapi melampau-lampau atau baran tak tentu pasal. Tak perlu berduka cita atas kehilangan satu nikmat yang ciput itu walhal kita leh bersyukur sebab nikmat yang lain tak ditarik, macam kesihatan, ahli keluarga, makan, minum, pakai dan banyak lagi! so, kalau satu nikmat ditarik (diuji) takkan lah kita nak mengeluh lagi, seperti firman Allah dalam surah ar-Rahman yang banyak diulang-ulang; “Nikmat mana lagi yang hendak kau dustakan” (kalau tak salah lah. kalau silap, tolong tegur ek!)
.
Bila kita sering mengingati nikmat Allah, maka kita akan rasa lebih bersyukur dan berterima kasih. Jadi untuk menzahirkan rasa terima kasih kita pada Allah, kita pon menggunakan nikmat itu ke jalan yang sepatutnya dengan niat nak dapat keredhoan dari Allah…. Seperti yang kita tau,

“Jika kita mensyukuri nikmat pemberian Allah, maka Allah akan tambahkan lagi nikmat itu!”

.
Korang rasa apa lagi hikmah atau bentuk peringatan yang leh kita dapat kalau selalu memikirkan dan mensyukuri nikmat Allah? hmmm….
.
Yosshhh! Baiklah, inilah die senarai saya setakat nih…. Peringatan ini sebenarnya dikhususkan untuk mengingati diri saya khususnya dan pembaca budiman amnya… kalau sudi, kongsikan jugalah senarai nikmat saudara/i di sini atau di blog saudara/i (ni boleh dikira TAG jugak nih, ho ho). Saya baru tulis setakat nih, tu pon dah semput, hu hu…. (more…)

Apa Tujuan Hidup Kita!?

Thursday
Aug 23,2007

Sebelum pegi kepada tajuk di atas, saya nak mengadu sket. Ada sedikit ujian dari hari besday saya lah. Macam ni, time malam besday, 21hb Ogos tu kan, wife saya belanja makan kat Hilton, pastu saya pegi bagi Danish makan ais krim, satu mangkuk…. Sekali die punye suka, sambil main ais krim tu sambil makan sampai habis geng! Sekali semalam pagi die dah start demam lah, dan malam tadi sian sangat kat die merengek2 tak tido lena. Saya ngan wife pon follow la tak tido lena. Tapi saya ada hikmat boleh tido lena dalam masa sekejap sahaja (sekejap bangun, sekejap tido lena), tak macam wife saya yang lambat nak lena tido, jadi serupa die tak tido lah. :) So time pagi ni, berat jugak la kepala saya nak turun keja. Wife memang tak leh nak keja la dah, EL (emergency leave) terus! Saya tak leh MC, ada patient dari Bintulu nak datang pagi nih (jauh dari kuching dalam 3 jam lebih jalan darat). Tapi saya try balik afternoon lah. Patient afternoon tu saya nak cancelkan. So, pengajarannya apa? makan biar berpada-pada! ada pengajaran lain? hu hu….
________________________________________________________________________________

Jadi dari tajuk di atas sebenarnya saya tertarik mendengar tazkirah sorang ustaz ni kat IKIM time saya dalam perjalanan nak pergi kerja. Kepada sapa-sapa yang kadang-kadang terasa dirinya lost dalam kehidupan tu, maka kembalilah kepada tujuan hidup kita…. Apa tujuan hidup kita? Jawapannya ada di dalam surah AL-FATIHAH yang makna secara literalnya adalah ‘pembukaan’…. Selain surah itu merupakan pembukaan kitab suci al-Quran, ia juga membawa salah satu erti kepada pembukaan kepada kehidupan kita. Bila ada pembukaan, mesti ada pengakhiran. Maka ibu segala surah ini telah pon memberi kita makna dan tujuan hidup kita di muka bumi Allah ini….. Pelajari lah lagi al-Fatihah dan hayati maknanya apabila kita menuturkan di dalam solat kita….. :) Jadi, begitulah apa yang saya faham dari tazkirah ringkas ustaz tadi. Slot kat IKIM tu menceritakan rahsia al-Fatihah yang seterusnya bersambung pada sesi akan datang, minggu depan kot…. Akhir kata, mari kita tingkatkan iman, ilmu dan amal kita untuk memerdekakan diri ini dari hati dan akal kita dijajah syaitonirrojim….

Kemalangan Sifar Sepanjang Hayat!

Tuesday
Aug 7,2007

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Merujuk kepada penulisan saya terdahulu yang bertajuk ‘Isu Kemalangan Sejagat’, maka tibalah masanya untuk saya menyatakan pendirian dan nilai yang saya pegang berdasarkan tajuk itu. Sebenarnya nak tulis dari minggu lepas lagi, tapi disebabkan ada masalah yang tak leh dielak (sila rujuk post saya yang lepas), maka tertangguhlah hingga ke hari ini, yeah! :) Pada 10 tahun dahulu, saya buat kerja part time kat petronas Tanjung Karang sementara tunggu result permohonan masuk IPT. Kerja sebulan jek dengan 2, 3 orang pekerja bangle (kira senior saya la tu, ho ho). Masa tu saya punya nilai masih berpegang pada teori ‘Isu Kemalangan Sejagat’ tuh. Pada suatu hari, sedang saya sedap layan rehat kat dalam ruang kedai yang ber’air-cond’, datanglah seorang pelanggan tua tapi agak rock lah, dengan pakaian yang rugged dan bermotor besar dan berjanggut (ikut sunnah nih). Pakcik ni pulak ramah orangnya, ntah macam mana terboraklah saya sekejap dengan beliau. Borak punya borak, tercetus la pulak topik ‘Isu Kemalangan Sejagat’ tuh dalam kepala saya lalu saya ujarkan teori tu kepada beliau. :) Lalu beliau pon dengan machonya menyangkal teori itu! Saya amat terkejut. Dari perbualan dan info yang saya dapat, pakcik tu lebih banyak bawak motorsikal dari kereta, sudah tentu peratus kemalangan lebih tinggi, tetapi dia masih lagi menyangkal teori itu. Bila saya tanya kenapa, dengan ringkas beliau menjawab yang beliau tak pernah terlibat walau sekali dalam kemalangan sejak beliau berkenderaan!!! MasyaAllah! time tu berderu darah saya dengar jawapan pakcik tu yang penuh bersahaja. Lantas dengan perasaan ingin tahu, saya tanya lagi kepada pakcik tu akan rahsia apa yang dipegangnya sehingga tidak pernah mengalami kemalangan sepanjang berkenderaan sejak dari muda. :) Lalu inilah jawapannya, “BAGI ORANG JALAN DULU, SABAR, ITU AJE” itu sahaja ayat pertamanya. Kata-kata yang cukup pendek tapi amat terkesan ke dalam sanubari saya. Kemudian perbincangan diteruskan, dan antara point susulan yang menarik ialah, tak kira betapa laju anda bawak, betapa cepatnya anda nak sampai ke tempat dituju, tapi orang lain mesti diutamakan dulu, macam bagi potong ke, bagi laluan ke, dsb. :) So, dari situ saya amik kesimpulan, bila berada atas jalan, bertimbang rasa dan hormati orang lain.

“Bukan kena bayar pon kalau angkat tangan!!!”

Dan dari masa ke masa, nilai baru yang saya pegang ini bertembah kukuh dengan nilai yang sudah lama diajarkan oleh Islam. Oleh itu, sebagai kesimpulan unggul, seseorang itu BOLEH sangat elak daripada menempuh kemalangan jalanraya dengan mematuhi SEMUA syarat yang saya senaraikan di bawah;
# Baca doa naik kenderaan
# Jangan mengantuk (saya penah masuk longkang kat faderal highway sebab mengantuk, lepas tu kiss bumper keta orang, hu hu)
# Bertimbang rasa dan hormati orang lain. :D Kalau ketiga-tiga syarat dah dilakukan, tapi masih kena gak lagi accident, tu bukan hukum alam, tapi hukum karma (he he) ataupon sekadar ujian pengukur keimanan. Tapi apa-apa pon kalau saya buat 3 syarat tu, memang setakat ni tak penah malang lagi lah, hatta tayar pancit time on the way sekalipon tak penah! Syukur….! Think Again!

Isu Kemalangan Sejagat!

Tuesday
Jul 24,2007

Kira-kira 10 tahun dahulu sudah lama saya berpegang teguh (yakin sangat) terhadap konsep ini; “SEMUA orang yang berkenderaan bermotor PASTI / kompom (dah hukum alam) akan mengalami kemalangan di jalan raya!”. Kalu accident tu tak besar, kecik mesti ada. Kalau kemalangan yang anda alami tu tak termasuk statistic kemalangan jalan raya, sekurang-kurangnye mesti akan terkemek sana lah, terlanggar bumper keta orang sikit lah, tersenggol side mirror sampai patah lah, malang reverse kereta masuk longkanglah, macam-macam lah. :(

Kalau pon kita pemandu berhemat macam mana sekali pon mesti akan accident jugak, sebab lambat laun, suatu hari nanti pemandu tak berhemat atau mat rempit yang lain akan kiss jua bumper kereta anda. Kalau kita tanya orang yang berkenderaan, mesti masing-masing mempunyai pengalaman / citer pernah terlibat dengan kemalangan, siap ada pengalaman ngeri lagi tuh. Saya sendiri pon dah banyak kali terlibat dalam kemalangan. Anda bagaimana, mesti pernah jugak kan? Kalau ada jugak yang tak pernah tu, KOMPOM next time mesti merasa jua akhirnye, ha ha, jahat tak?… So, macam mana? Fikirkan dan renungkan konsep ‘hukum alam’ ini…. Anda setuju dengan saya? :(

Saya sarankan, cubalah anda sendiri buat kajian santai. Cuba interview kenalan anda. Daripada 10 orang yang anda tanya, berapa orang yang penah terlibat dalam kemalangan berkenderaan nih. Sebenarnya post saya pada kali ini semata-mata nak ajak anda berfikir mengenai isu yang saya timbulkan ini. DAN sebenarnya saya akan mengulas isu ini kelak (paling lewat minggu depan, paling awal esok lah) dari perspektif saya sekarang, 10 tahun kemudian. Adakah paradigma saya masih macam 10 tahun dulu or what? Apa perspektif pembaca budiman tentang hal ini, cuba kasi komen dulu, mari la bergadoh! Ha ha….

Trivia 15 sen: If you visit Kensington Gardens in the UK, you’ll find a statue of Peter Pan.

(peter pan yang band indon tu ke? ho ho)