Musnaz.com dan dunia forex

An excellent way to help you with your self-assessment is to keep a trading journal. It will help you to analyze your thought processes after the trade, and identify your strengths and weaknesses in your trading. Understanding your personality is one thing, but understanding it while you trade is a totally different story. A trading journal allows you to review your wining and losing trades and pinpoint specific reasons on why you won or lose.

Archive for the ‘Pesonaku’ Category

Apa komen anda?

Wednesday
May 7,2008

kepada otai-otai dslr sekalian macam beck, mael, nickmenza dan lain-lain (orang yang tak ahli dslr pon leh je please komen)… leh tak komen sket (sket je. panjang-panjang takot aku tak paham pulak) pasal gambar ni dari pelbagai aspek macam nama kaedah penggambaran ke, sudut ke… apa saja lah. Aku ialah buta kualiti gambar. Sedikit maklumat dan info dari pihak tuan, amatlah aku hargai. Terima kasih

Ini lah gambar yang aku maksudkan itu.
seni D

dan ini
k.k 188

Segala komen ikhlas korang sumer amatlah aku hargai. tq tq

Musnaz Kembali Akhirnya!

Friday
Feb 22,2008

Syukur AlhamduLillah… Tak sia-sia pagi tadi aku carik XML yang aku export dari musnaz.scukz.com dulu kat libry. Akhirnya jumpa jugak. Mujur orang libry atau orang lain tak delete fail ciput tu.

 Sekarang aku nak tanya sket kepada orang yang celik IT di luar sana. Sekarang nih aku berniat nak pakai hosting free yang 512Mb tu kat www.pro24.ws . Aku dah register dah satu kali jadi www.musnaz.pro24.ws . So, macam mana layan blog wordpress aku ni pakai hosting yang tu? boleh kan? tapi macam mana?

 Terima kasih.

Thursday
Jan 31,2008

Syukur…. scukz kembali pulih… biasak la tu kan… air laut juga ada pasang surutnye… “air pasang dalam… surut pukol 5… nyonya bangun pagi… siram pokok bunga… pokok bunga melor…. la la la….” Tergendala pulak nak update blog ni… Idea pon ntah ke mana larinya.. Tu la.. bila ada idea, taknak catit… Baiklah, di post kali ini aku senaraikan update terkini Musnaz!

Aku beli Domain www.Musnaz.com!
Yee… aku dah beli domain nama tu…. lepas ni aku nak adjust sket kat kepala blog ni dari musnaz dot net ke musnaz dot com, he he… aku beli kat wizurai RM28 untuk tahun pertama… tahun seterusnya RM30… Ok la kan… Jadi, niat aku beli domain nih sebab nak bagi senang taip, he he…. bila klik je musnaz.com tu, nanti musnaz.scukz.com yang kuar… kalau klik musnaz.scukz.com, maka musnaz.scukz.com jugak la yang kuar, ho ho… tapi aku tak tau macam mana nak buat, dah tanya dah kat wizurai, dia ajar… tapi masih blur lah, ringkas sangat pengajaran tu, hu hu… tak pe, slow-slow, nanti tanya khai pulak. Tak tau lah samada scukz benarkan atau idak…

Afiq Dzulfaqar, anak ke-2 kami!
Umor die 5hb dua nih, genap lah 3 bulan. Ari tu baru je die pandai mengereng ke kanan…. comel jek tengok. Aiseh, rugi plak tak snap, kalau tak leh upload.. kelak lah, kalau ada rezki, hu hu. Yang Danish pulak, anak 1st kami, 5hb ni jugak genap umor die 2 taun… budget nak kasi hadiah tricycle…. ari tu dah usha, die nangis berguling atas lantai nak bawak balik. Kasi die pandu uji sekejap, die pegi ronda keliling floor tuh…

Cadangan untuk nickmenza!
Kesian aku kat member x-tanjung karang aku nih (yang skang keje kat sabah), opis die takde tenet dah… tapi dengan semangat online dan kejiranan beliau, makan die pegi layan wi-fi kat hotel sebelah opis die…. tapi masa terhad, kerja mesti diutamakan… cian…. Jadi aku tanya die, die ada hp 3G ke tak? dia jawab tak de, wife die adalah… tak pe, tak pe, aku cakap. Biar aku cadangkan kat ko dalam blog aku… Haa.. ini lah cadangannya…. Lee, aku cadangkan ko beli prepaid celcom 3G RM10 je. Orang kedai yang jual prepaid tu akan registerkan ko, sekejap jek. Lepas tu call celcom helpline ‘1111′ mintak die setupkan internet setting kat tepon ko. Tepon tak 3G pon tak pe, asalkan leh layan GPRS dan leh bukak paparan tenet. Lepas tu ko subscribelah RM8 selama 24 jam. Try la sekali dua… rasa-rasa leh blah, ko convert prepaid tu ke postpaid dan leh la layan RM68 selama sebulan, yeah!

Keputusan menamatkan langganan dan pengumpulan Komik remaja a.k.a KREKO!
Semenjak berkenalan dengan onemanga.com nih… aku rasa dah tak berbaloi dah nak beli dan kumpul kreko lagi… penat-penat pegi beli dan labur duit, tup tup, onemanga ada sumer manga… kalau nak baca sumer dah tahap infiniti dah bagi aku tuh, hu hu… walaupon setelah hampir 7 taun bersama kreko, tapi kali ini adalah ucapan perpisahan aku pada kreko buat kali pertama dan terakhir… bye kreko… see u at kedai buku dan majalah saja… aku dah tak beli dah, selak-selak jek, hu hu….

Aku si Penggila Manga!

Thursday
Jan 24,2008

Pada suatu hari yang hening, time aku dok buntang mata search nak baca manga online… Tiba-tiba terserempak aku dengan OneManga.com nih! Pergh! giler heaven koleksi manga kat situ! Simple, mudah di layari dan sangat BUFFET! Kenyang…. hu hu…

Feel layan manga dengan anime ni lain syok die tau. Pada pendapat aku, rugi kalau sapa-sapa hanya layan manga atau anime sahaja… Anime ni best macam tengok mana-mana movie yang lain lah, sound effect, aksi pergerakan…. tapi kalau nak dibandingkan dengan layan manga yang hitam putih dan lukisan yang berserabut tinggi tu (sebahagian manga), layan manga lebih high dan penuh konsentrasi. Mana-mana part yang kita syok tengok tu, kita tenung lama-lama, hayati setiap stroke lukisan yang dipaparkan. Aku sangat kagum dengan kedetailan lukisan yang dicurahkan oleh pelukis. Kalau dalam anime, die dah simplifykan… Dan yang terakhir, membayangkan sendiri pergerakan manga itu jika dianimekan! Maka hasilnya, fungsi otak kanan kita akan terjana dan rangsangan sel-sel di otak pon berlaku dengan lebih pesat. Di samping itu, aku juga suka makan buah manga, manga madu!

* hentai-hentai, aku tak layan ok!

Heath Ledger Mati!

Wednesday
Jan 23,2008

Pergh! terkejut aku tu geng… Mamat ni aku minat gak lakonan macho die…. Dah la sebaya ngan aku pulak tu. Tup tup, mati pulak semalam kat die punye soho apartment overdose telan pil anti-anxiety.. Ni kira pil nak kurangkan kemurungan la kan?

Sebab die layan overdose tension pasal apa tu aku tak sure, tapi aku yakin ada kena mengena dengan filem yang die baru berlakon yang jadi kowboy gay tuh… Agaknya tension dengan laser mulut orang kot…

* Takotnye lah kalau mati bukan dalam Islam nih…. isk isk

1st Time Guna Maxis Instant Messaging!

Tuesday
Jan 22,2008

MIM ni lebih dikenali sebagai M-messenger. Digi pon layan mender nih, die jv ngan maxis. Ni ala-ala YM gitu…. tapi takkan nak cakap MM kan, macam tak biasa lagi pulak. Ok, meh aku citer sket pasal MM nih. Malam tadi aku try install pakai *100# dan pilih option nombor 4, kemudian 1, kalau aku tak silap. Install die free jek. Layan feel die memang macam YM… tapi nak layan MM ni kena pakai tepon 3G lah. Kadar bayaran die berpatutan aku rasa…

Mula-mula aku try layan MM ngan orang (member) yang tak pakai MM. Orang tu akan dapat sms macam biasa jek cuma ada sedikit keluarbiasaannya ialah, sender kepada sms tu (iaitu aku) nombor teponnya ada bertambah 4 angka di depan, iaitu 2336. Maka orang yang dapat sms tu munkin tak perasan tu aku yang bagi sebab nama aku tak kuar tapi nombor pelik, contoh; 23360129405827. Kalau member aku tu nak reply sms kat nombor pelik tu, tak dapat, die jadi masuk wap portal. Gitulah.

Lepas aku perkenalkan diri dan layan chat beberapa round, aku pon check balik baki kredit hp aku… Tak berganjak siot. Giler best die punya pakej, RM1 untuk layan chat selama 5 hari. Aku pikir ni dah kira unlimited message la nih. Rupanya jangkaan aku meleset. Bila kita beli RM1 untuk layan MM selama 5 hari, sebenarnya kita beli 100 token. 1 token untuk satu kali message. Ni kira, 1 sen per message lah…. Pakej yang lagi satu RM5, 500 token, 30 hari.

Apa-apa pon aku baru je try dan belajar, tak try betul-betul lagi chat dengan orang yang pakai MM ni jugak. Cuba la jengok info real dari maxis pasal m-messenger nih kat sini.

1st Time Guna Yahoo! Go!

Monday
Jan 21,2008

Alang-alang aku dah pakai hp 3G nih, aku try la install Yahoo! Go 2.0 kat dalam application hp aku nih! Yang 3.0 macam dalam gambar hiasan kat atas tu pon ada tapi model w880i belum seswai lagi. Layan install pakai GPRS tu je geng… Alhamdulillah, tak la mahal sangat, tak sampai singget kalau tak silap. Sekali try, memang pergh! sodap giler mata memandang layan browse kat Yahoo! Go tuh. Dan yang super specialnye esp. untuk yang layan pakai GPRS atau kb berbayar nih, die punya charge murah jek, sebab die dah adjust khas untuk hp, maka kb tu pon dikecilkan lah (tu pada pendapat aku sendiri lah, he he). Walau pon lihat gambar-gambar, tetap charge murah. Setiap kali guna, aku check balik baki hp… hmm, tak la cekik darah giler…. yang paling syok sangat, terus leh tengok email, tak payah nak log in lagi dah. Flickr pon 1st time aku layan sebab ada icon flickr dalam Yahoo! Go tuh… selamber je upload gambar dari hp ke akaun flickr aku, yeah! Memang puas hati!

Update pasal kisah problem susuan Afiq!
Hari Sabtu lepas pegi pasaraya, cari susu lembu (kot) yang khas untuk budak yang alah nih. Aku pon beli lah. Try kat Afiq, die minum 1 aun pon tak sampai. Yang die minum pon dia ada luahkan balik. Minum stail nangis-nangis pulak tu, tunjuk protes die la tu. Maka hari ni pon hari Isnin lah… patutnye kena antar Afiq pegi nursery kan? Tak jadi hantar! Aku suroh wife aku cuti lagi satu hari ni, last.

Sebabnya aku nak pegi kat nursery tu, nak story dulu problem Afiq. Diorang dengar steady jek, dan cakap, “tak pe, kita leh bagi die minum pakai sudu….” ceh… tu je ke, penyelesaian die…. ada betulnya jugak teknik tuh…. tak terpikir pulak. Fuh, baru lega sket hati ini… Esok memang nak hantar Afiq. Wife aku tu dah lama sangat cuti, 2 bulan lebih, dah menggeletar dah die nak keje tuh, he he…. Kita tengok lah macam mana performance Afiq esok! Semoga sukses, sukses, sukses!!! Amin….

P.s: psst. jengok2 la (kasi komen, he he) akaun flickr aku tu…. Ada gambar Danish ngan Afiq tido time kitorang pegi shopping. Danish tido dalam troli, he he

Kisah Mobile Broadbandku!

Tuesday
Jan 15,2008

Aku la ni tengah layan update blog musnaz nih dengan ‘celcom 3g wap’ yang mobile broadband, yeah! Ari tu aku penah tanya pasal jadikan hp sebagai modem layan tenet kat laptop. Thanx Mael (dan rakan2 lain), kasi info baik punya! Hah! ini lah die yang aku tengah layan nih! Bunyi macam la kool, tapi agak meruntun dan merana jiwa dan raga melayannya…. Selalu layan online kat tempat keje pakai connection hapa ntah yang kalau aku check speed kat ikon ‘dua bijik komputer bertindih kat penjuru bawah kanan skrin komputer’ adalah 100 Mbps kan? Laju kan? Yang aku layan ni speed die cume 10 Mbps jek! Macam 9 - 10 kali ganda slow la nak download satu-satu paparan page tenet nih, adeh!

Biasanya layan tenet, sekali klik, hanya beberapa kerlipan mata jek, page dah tersembol kuar. Yang aku pakai nih, kalau klik satu kali, leh layan tido beberapa round, (saja je nak exergerate - betul ke aku eja nih) baru la nak muncul, tu pon silap-silap kena refresh lagi…. maka menunggu lah lagi…. Tapi, apa-apa pon, kesyukuran tu masih menebal di hatiku…. maklumlah, layan tenet kat umah lain feel die berbanding tempat keja kan, kan?

Dalam perenggan nih, nak kasi info sket macam mana aku leh terjebak dengan broadband mobile nih. Mula-mula beli hp 3g, aku beli SE W880i… 3g jek, bukan 3.5g, kalau 3.5g ada laju sket kot. Pastu aku beli prepaid 3g celcom, maxis takdek, ceh! Fyi, dengan prepaid celcom nih, kita leh layan tenet hanya dengan RM8 sehari, unlimited data. Lepas digabungkan hp dan sim card tuh, aku call celcom center, mintak depa ajar macam mana nak settingkan hp tu supaya leh layan tenet di hp dan di laptop, maknanya jadikan hp tu sebagai modem lah. So aku call center tu pakai nombor maxis dengan hp lain, dan standby w880i ber’celcom’ itu di tangan yang lagi satu, supaya time call, straight leh picit w880i tuh untuk set up. Macam segan je kan, call center celcom pakai maxis, hu hu… tapi caj die murah la gak, 30 sen seminit, leh la borak lama. Tapi aku nak jimat lagi, aku call pakai iTalk lah, 25 sen seminit.

Dah, tu je… lepas tu lenjan lah tenet dengan kelajuan sepantas kura. Dimaklumkan bahawa kepantasan maximum ‘broadband daily’ ini; iaitu guna prepaid 3g, RM8 hanyalah 3 ratus lebih kbps jek1 Samalah dengan pakej yang unlimited untuk sebulan berharga RM68 tuh, tapi kena convert prepaid ke postpaid lah. Kalau nak betul-betul layan tenet laju dengan kepantasan maksimum 3.6Mbps! maka terpaksalah guna hp 3.5g pastu layan postpaid die dan amik pakej yang RM120 sebulan. Amacam, ada berani? Botak palo pakcik! Adeh.

P.s: pakai hp prepaid dan postpaid ada kelebihan masing-masing kan…. tapi dengan adanya iTalk (dan happy), aku rasa prepaid dah mengatasi postpaid dari segi kelebihan itu… tak gitu? hu hu

Musnaz Kembali Lagi!

Monday
Jan 14,2008

Setelah at least 3 minggu bercuti (yaa, 3 minggu…) bapak cuti lama giler! Sekali hari ni nak datang balik kerja, giler liat time bangun tido…. 1st day kerja hari ni dah kena pegi outstation, lagi la liat… adeh… tapi apa-apa pon, aku amat bersyukur, time keja ni la dapat balik lenjan online, ho ho… okeh, aku chow sin chi dulu…. nanti baru update blog baik punya…. :-P

Hari sgt genap umur danish 1;1…

Saturday
Jan 5,2008

Hari sgt genap umur danish 1;11 y/o dan afiq 0;2 y/o! Yeah