Musnaz.com dan dunia forex

An excellent way to help you with your self-assessment is to keep a trading journal. It will help you to analyze your thought processes after the trade, and identify your strengths and weaknesses in your trading. Understanding your personality is one thing, but understanding it while you trade is a totally different story. A trading journal allows you to review your wining and losing trades and pinpoint specific reasons on why you won or lose.

Archive for the ‘Pesonaku’ Category

Update Terkiniku…!

Tuesday
Dec 11,2007

Assalamualaikum…. salam sejahtera buat sumer bloggers dan pembaca budiman… Fuh lama dah tak update blog… Gago lah katakan (tiada alasan untuk mengupdate blog sebenarnya, hu hu). Kepada blog Musnaz yang tersayang, sori sangat, lama tak ’sapu sawang’, hu hu… Baik! Marilah kembali bersemangat! Yosh! Yattateh! Ganbate! Chiayok! Banzai……..! Di sini aku nak update beberapa perkara tentang beberapa perkara (boleh?)

Perpisahan Memeritkan…. Sungguh!
La ni aku online kat Mega Hotel, Miri… Layan wifi kat bilik 215. Sorang-sorang. Kesunyian. Berjauhan ngan wife, Danish dan Afiq terchenta…. Yang buat sadis lagi. Aku terpaksa meninggalkan mereka selama 2 hari 1 malam solid demi tugas kepada negara tercinta. Wife aku masih dalam pantang woooo! Takde sedara mara pulak yang leh tolong jaga pulak tuh! Adeh deh! Takpe Ummi… esok abang balik ye…. Doakan abang selamat pulang.

Play2win.com.my
Kat website yang di bawah kelolaan mobile88 dot com tu aku tengah pulun layan tournenment tetris. Giler-giler punye mencabar! Bukan mencabar dari segi kesusahan game tuh, tapi sangat mencabar dari aspek nak jadi top scorer…. Main bersungguh dan semangat kesukanan tak hengat, markah dah tinggi, kelajuan jari merotate blok-blok tetris tu dah macam kelajuan cahaya. Dah sampai level 17 dengan score 122 riban lebih tapi sekali tengok carta, hampa giler. Bukan dapat top scorer, top ten pon bau-bau bacang jek….. Adeh!

Soalan pasal hp 3G
Ada satu soalan nih, dah lama bermain dibenak fikiranku yang benak pasal IT nih. Soalannya gini… sebelum tu, tolong sapa-sapa yang berilmu dan berinfo tuh beri jawapan ek. Dah ramai orang aku tanya, tapi tiada jawapan sahih yang dapat diberikan. Begini soalannya; Kalau kita pakai mana-mana hp 3G yang dah disubscribe 3Gnya, leh tak kita hubungkan je ngan laptop, pastu layan tenet kat laptop tu? Boleh ke tak boleh? simple je kan soalannye, tapi berserabot perabot kepala memikirnya…. Kalau tak leh, malas lah nak beli hp 3G, giler kecik screen nak layan tenet. Tiada kepuasan di situ (aku rasa lah, hu hu)

Apa lagi nak update ye… hmm… oh, sabtu ni kami sefamily nak balik semenanjung, cuti 3 minggu, yeah! time tu tak tau lah dapat update blog ke tak! hu hu…. tak pe, twitter ada, he he

Ps: Gago tu dalam bahasa Melayu Sarawak bermaksud bz. You know bz? sibuk, sibuk lah!
Pps: Dari Kuching ke Miri naik flite sejam woo… jauh tuh!

Time solat, kita berbisik pada…

Saturday
Dec 8,2007

Time solat, kita berbisik pada ALLAH dgn bacaan Fatihah. Secara tak langsung, ALLAH juga ‘berbisik’ pd kita dgn Kalam2Nya. Itulah ‘munajat’

Ambigram Pertamaku….!

Tuesday
Dec 4,2007

Seperti yang dijanjikan, aku nak tunjuk kat korang ambigram yang pertama berjaya (kot) dalam hidup aku…. Tu nama anak sulong aku, Danish, yeah! bro awangpurba, azrul, meh la tengok, ho ho…. nak buat pakai softwar photoshop illustrator tak reti, ha ha….. any comment? he

Hari ni, meraikan ulang tahun …

Monday
Nov 26,2007

Hari ni, meraikan ulang tahun ke-3 pernikan aku ngan wife. Sambutan sempoi jek, tapi penuh makna… Semoga berpanjangan & hepi sokmo, amin

Apa khabar wahai blogku musnaz…

Sunday
Nov 25,2007

Apa khabar wahai blogku musnaz? Sori sgt, lama ku x menyentuhmu… Dah berabad lamanya ku rasa… Bersabarlah blogku, I’LL BE BACK! ;)

Hari ni baru betol nak g regis…

Tuesday
Nov 13,2007

Hari ni baru betol nak g register afiq. Hai, bila la nak dpt ngadap tenet dan update blogku nih! nasib ada twiter buat ’sapu sawang’ haha :(

Cuba bygkan rumah kediaman kat…

Sunday
Nov 11,2007

Cuba bygkan rumah kediaman kat m’sia yg langsung x de kipas mahupon aircond… Rasa2, boleh survive tak? hu hu :-P

Hai, anak aku yg 1st nih. Oran…

Friday
Nov 9,2007

Hai, anak aku yg 1st nih. Orang mkn nasik masuk perut, die makan nasik masuk dlm poket baju melayu! Afiq layan foto kat umah je! Yeah :D

X jd g register lah. Afiq kena…

Thursday
Nov 8,2007

X jd g register lah. Afiq kena masuk ward. Jaundice daa… Kena layan foto dulu. Kita hanya merancang, ALLAH lah yg tentukan.

Hari nak register kelahiran Af…

Thursday
Nov 8,2007

Hari nak register kelahiran Afiq kat JPN ngan kat Klinik berhampiran. Nanti sy citer rutin sy semasa sy cuti pantang, yeah!