An excellent way to help you with your self-assessment is to keep a trading journal. It will help you to analyze your thought processes after the trade, and identify your strengths and weaknesses in your trading. Understanding your personality is one thing, but understanding it while you trade is a totally different story. A trading journal allows you to review your wining and losing trades and pinpoint specific reasons on why you won or lose.
Raya taun ni, adalah sambutan raya yang super bersejarah buat saya dan isteri. Sebab, ni lah 1st time seumur hidup kami beraya 100% berjauhan dari family kandung! Kami telah ditakdirkan untuk beraya di kuching disebabkan wife saya dah tak dibenarkan lagi naik flite (kalau ada private jet lain cerita lah kan) sebab baby dalam kandungan sudah berumur 36 minggu sekurang-kurangnye…. Alasan yang tak leh dielakkan. Ada gak kitorang terpikir nak balik naik pengangkutan laut, tapi ntah berapa hari la pulak makan masanya….
Walaupon sedih dan sayu tapi jauh di sudut kami agak tak sabar jugak nak merasa beraya di kuching Sarawak nih! Ni saya akan senaraikan kelainan yang kami perasan beraya di kuching sarawak ‘tok (ni)’;
-malam raya 1 syawal, orang masjid round kampung ke kampung naik kereta sambil takbir raya pakai mike dan speaker.
- yang tak bestnye malam raya, orang main mercun agak lama dan kuat macam chinese new year! tapi kat sarawak ni, sumer perayaan besar memang macam gitu sambutannya.
- Raya pertama dah boley pegi beraya rumah member dalam pukul 10 ke atas gitu. Berbeza di tempat saya, biasanya raya pertama untuk family terdekat, raya ke-2 untuk family terjauh, dan raya ketiga ke atas barulah open untuk sahabat handai.
- orang lelaki layan baju melayu complete siap bersampin songket sampai syawal ke-7! Ni memang unik.
- Dulu, diorang pon ada ‘baraan’…. tau tak baraan tu apa? mungkin lain tempat lain vocab die tapi baraan ni ialah ahli kampung sepakat, kumpul ramai-ramai layan beraya dari rumah ke rumah yang ambil bahagian. Biasanya orang surau atau masjid yang anjurkan. Kat kampung saya, sungai sireh, tanjung karang, selangor, memang acara wajib tiap tahun. Biasanya raya ke-2 diorang buat. Kat Sarawak pon ada baraan nih. diorang gelar baraan tu ialah ‘melangga’ (melanggar meja). Tapi baraan depa dah hampir pupus kata salah seorang tua yang saya interview. Hanya wujud di kampung-kampung tertentu jek.
- juadah utama kuih, kek lapis! dan minuman utama adalah minuman bergas! ‘air lemenet’ diorang panggil. Sebelum raya tu, diorang siap borong dari pasaraya sampai penuh lah satu kereta. Sungguh!
Begitulah sedikit sebanyak info yang dapat saya kongsikan. Yang penting dapat jugak lah saya merasa beraya diperantauan… Ianya agak fun, tapi harap-harap inilah pengalaman pertama dan terakhir beraya di perantauan! Macam mana best pon beraya tempat orang, beraya tempat sendiri jauh lebih best!
Ini satu artikel/ kajian yang saya dapat melalui email! Bacalah fakta di bawah! Dan SubhanAllah, Islam itu memang syumul (perfect!)
Oleh Ibrahim Abdullah
.
SEORANG Profesor Fizik di Amerika Syarikat membuat kajian mengenai keistimewaan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Kajian itu mendapati, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beribadat atau berehat, sudah tentu banyak tenaga diguna pakaikan.
.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu selepas menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda Profesor itu, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
.
Hasil kajian mendapati, sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas diperlukan oleh tubuh kita. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.
.
Katanya, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan berasa segar dan sihat selepas berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas positif dan negatif yang hampir seimbang.
.
Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas supaya keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.
.
Seterusnya, selepas sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.
.
Solat berjemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh.
.
Situasi yang sama turut berlaku pada sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.
.
Seperti Zuhur, empat rakaat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.
.
Timbul persoalan di fikiran Profesor itu mengenai Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
.
Kajian lanjut, didapati ada keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat dalam Isyak. Kita sedia menunaikan tahajjud pada sepertiga malam. Ringkasnya, Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamulllail) .
.
Dalam kajiannya, Profesor itu mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.
.
Beliau berasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk Islam.
Selamat hari Jumaat sumer! Sesi trivia kali ni saya nak citer sket satu info pasal sarawak nih. Bukan apa, kalu member saya berkunjung ke Sarawak (esp. kuching) je, saya mesti citer sket pasal nih.
Ringkas jek. Info ni pasal NOMBOR PLAT KENDERAAN di Sarawak nih! Okeh, begini kisahnya…. kalau plat di Semenanjung, ianya dikelaskan ikut negeri kan? Perlis, R…. Selangor, B….. Kedah, K dan seterusnya…. Di Sarawak pulak nombor platnya ialah Q….. yes, Q…. tapi uniknya di sini, selepas huruf Q itu, adalah disusuli dengan kod (huruf) mengikut BAHAGIAN! okeh, saya cuba senaraikan….. kepada sarawakian tuh, kalau info saya tersilap atau ada update terbaru, sila la sound ek! tq….
- Limbang, QL (contoh; QLA321)
- Miri, QM
- Sibu, QS
- Kapit, QP
- Sri Aman, QB
- Bintulu, QT
- Sarikei, QR
- Samarahan, QC
- Kuching, QK tapi, sebab QK die dah habis, sampai QKY9999 maka diorang terpaksa lupuskan identiti K depa kepada A…. sekarang dah QAJ….. plat kancil saya QAB 3309, he he
- Dan lagi satu untuk teksi, QH! ho ho….
- Oh ada lagi lah…. QSG… tu untuk kenderaan state government sarawak…. yang plat otai penah saya nampak ialah QSG 1A…. siap ada A kat belakang tuh, saya pon tak tau apa maksudnya!
Plat yang saya citer ni plat sekarang lah. Kalau dulu, huruf Q tu langsung tak de, die main letak huruf ‘bahagian’ jek. Tapi bila terkompius dengan plat semenanjung, baru die letak Q tapi huruf Q tu kat belakang nombor, macam KA 2145 Q…. Lepas tu baru la macam sekarang nih. Ni belum lagi citer plat sarawak yang dulu-dulu punye, saya pon tak berapa pasti. Contoh macam 6DA 1 Q, 7DA 2 Q…. macam tu lah…. ![]()
okey lah, sampai di sini dulu…. dari semasa ke semasa saya bagi info santai sarawak yang lain ek! yeah! Dan sebagai oley-oley pada kali ini, saya nak share satu surat rasmi yang mungkin korang leh gunakan kelak, ho ho…. ni saya dapat melalui email, pastu saya post kat forum terunggul dunia, scukz.com….. kepada wife saya, saya ucapkan, “ummi… ni hanya jokes ok! jangan la amik hati… hu hu”. Ok korang sumer…. sila amik iktibar… hu hu
Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
.
Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.
.
31 April 2006
.
Puan,
.
PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI
.
Perkara di atas adalah di rujuk.
.
2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa
ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3
kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang
akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura
binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan
komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika
kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita.
Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.
.
3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama
saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis,
terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye
rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya
dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan
kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.
.
4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini
hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat
menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah
besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar.
Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi
drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain
kebahagiaan kita ini.
.
5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan
ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki
sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di
perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja
yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan
akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan
bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan
lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja
pihak ketiga. Menguntungkan bukan?
.
6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan
terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan
permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat
berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap
permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari
pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan
bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan
perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.
.
7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah
senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi
kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang
sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma
bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan
membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan
penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.
.
8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat
mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat
melaksanakan program ini dengan jayanya.
.
Sekian, Terima Kasih.
.
“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”
.
Yang Ikhlas Memohon,
.
Suami bin Lelaki
.
.
.
.
Nota :
.
En Suami bin Lelaki telah menarik kembali permohonan ini setelah
Puan Isteri binti Perempuan bertanyakan “Nak suruh saya tandatangan
dimana? Guna pisau boleh bang..?”.
.
Kini anda berpeluang untuk hantarkan surat yang sedia didraf ini
kepada isteri anda pula. Caranya, cuma tukarkan nama dan alamat
pengirim dan penerima. Kalau anda berani cubalah…. ahaks!
Seperti yang telah dijanjikan, hari ni saya nak kasi jawapannya, yeah! http://sci2.esa.int/specialevents/lifeinuniverse/index.html link tu ialah orang eropah yang tengah sibuk nak kompomkan samada terdapatnya hidupan di system suria atau kosmos ini. Korang pulak macam mana, adakah korang rasa adanya hidupan selain di bumi or what? Haa… persoalan ini telah terjawab sejak 14.28 kurun yang lalu…. sebenarnya. jawapannya dah terulis dalam Quran!
:).
Cuba check surah as-Syurak ayat 29. Allah berfirman;
“Dan antara tanda (kekuasaan Allah) ialah penciptaan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata (daabbah) yang bertebaran pada kedua-keduanya. Dia maha berkuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendakinya.”

So, macam mana? Dah terbukti bukan? Ayat ini dijelaskan lagi oleh tokoh-tokoh ilmuan islam.
Hamka (Pengarang Tafsir al-Azhar) ; Hamka mentafsirkan daabbah sebagai segala yang hidup, merangkak, merayap dan berjalan dengan kaki. Bagi Hamka, ayat ini menunjukkan wujudnya hidupan di luar bumi. Beliau berkata, “Binatang yang melata bukan wujud di bumi sahaja, tetapi ia juga wujud di langit. Tegasnya (ia wujud) di bintang-bintang lain”.
Said Hawa (Pengarang al-Asas fi al-Tafsir) mempunyai dua pandangan; 1) Beliau tidak menafikan ayat ini mungkin mengisyaratkan mengenai wujudnya hidupan di kosmos. 2) Di bumi ada hidupan manusia, jin dan haiwan. Manakala di langit, ada para malaikat yang bertebaran.
Kesimpulannya, Islam tidak menolak kemungkinan wujudnya hidupan di luar bumi. Pasal alien, ET tu sumer saya lebih yakin tu membohong je sumer tu, tapi kalau betul-betul la wujud, mungkin jugak ianya jin kot, yang mana seperti yang kita tahu, teknologi jin adalah sangat lebih jauh dari teknologi manusia! Tak pon setan yang saja nak kasi huru-hara. Kalau nak diikutkan ayat syurak 29 tuh, hidupan di luar bumi hanyalah daabbah, makhluk yang melata sahaja.
So bagi saya, apa-apa pon, Allah dah iktiraf manusia, saya, awak dan korang sebagai sebaik-baik makhluk dan yang paling mulia. So, taatlah perintah Allah dan contohi Rasulullah, kompom kita akan lebih mulia dari malaikat. Tapi sebaliknya, kalu ingkar, buat onar dan kerosakkan kat muka bumi Allah ini, kompom jadi lebih hina dari haiwan, Na’uzubillah!
*Moh kita ke outer space!
Tau tak refleksologi tu apa? hmm, mengikut apa yang saya faham, menatang tuh adalah salah satu dari ilmu perubatan china. Ala-ala layan titik akuapuntur gitu, kalu tak silap lah. Titik akuapuntur ni juga dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi. Dalam badan kita ada dalam 700 kawasan aktif bio nih. 66 daripadanya memberi kesan positif SEGERA sekiranya dirangsang . Ok, jom kita tengok, apa faedah kalau kita rangsang kawasan aktif bio kat muka, kaki kanan dan kaki kiri!
Usap muka berfaedah untuk memberi kekuatan baru (recharge) dekat usus, perut, pundi kencing, sistem peranakan serta saraf!
Bila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid dan kawasan pinggang!
Bila kaki kiri dibasuh dan digosok pulak, sistem saraf akan mengelokkan kelenjar pituitari dan kawasan otak yang kawal sistem endokrin.
_______________________________________________________________________
So? macam mana? senang tak nak buat refleksologi nih? apa? tak reti? apa susah, WUDHUK kan ada…. ALLAH dan sediakan khas untuk kita demi kesejahteraan kesihatan kita. Wudhuk yang sempurna akan dapat menfaat refleksologi nih, jangan wudhuk main cincai jek, wudhuk lah macam RASULLULLAH wudhuk, sila rujuk dekat Ustazz-ustaz yang berdekatan ye….
Sebenarnya banyak lagi menfaat kesihatan mental dan fizikal kalau kita layan wudhuk dengan sempurna nih. Antaranya, ingat tak yang 66 kawasan aktif bio tu memberi kesan positif segera apabila dirangsang? haa… kalau nak tau, 61 daripadanya berada di kawasan wudhuk utama orang-orang Islam! Yang lagi 5 tu berada di kawasan antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwudhuk! Tu tak termasuk lagi kawasan selain 66 tuh. Tu ha, yang kat telinga tuh, kat situ jek dah ada berapa kawasan aktif bio dah tuh!

Faedah lain berwudhuk nih;
- Menggosok (dengan cara yang betul) kedua belah telinga adalah salah satu pergerakan BRAIN GYM untuk merangsang korelasi (kerjasama) antara otak kanan dan otak kiri bagi mencapai keseimbangan mind, body and emotion!
- Berwudhuk mencegah KANSER! Salah satu punca kanser adalah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berleluasa. So, wudhuk dapat membersihkan anggota utama badan daripada kesan pencemaran ini.
- Masukkan air dalam hidung, mencuci rongga hidung daripada kuman dan kotoran yang melekat pada bulu hidung.
- Berkumur membersihkan mulut daripada sisa-sisa makanan.
- Pembersihan tangan merupakan satu-satunya langkah yang penting untuk mencegah merebaknya kuman-kuman, esp dari terkena cirit birit dan radang paru-paru (pneumonia).
So, apa tunggu lagi, mari tanam azam, tak nak tinggal solat di samping mengamalkan pengambilan wudhuk dengan sempurna. Time para sahabat dulu, mereka sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk!
P/s: kalau nak tau faedah bersolat dari aspek kesihatan, cuba layan post nih, Trivia Hidayah!
Assalamualaikum, selamat sejahtera dan selamat hari Isnin, he he…. hari ni tak sabar saya nak kongsi satu fakta menarik untuk kita! yeah! Sila amik iktibar….
Fakta - otak kita layan 3% dari keseluruhan berat badan (yang obes tu tak sure la pulak saya, he he) tapi otak perlukan 25% oksigen yang terdapat dalam badan. So kalau nak dapat oksigen, jantung kena pam baik punye bagi aliran darah (yang mengandungi oksigen) ke otak. Tu nak lawan graviti lagi tu, maklum lah nak mendaki naik ke atas la katakan. So, oksigen sangatlah penting nak bagi otak ‘jalan’ (cerdas). Oleh itu, kalau kite buat aksi terbalik, badan kat atas, kepala kat bawah, maka mudah la sket darah nak gi ke otak, betul ke? hu hu. Mesti la betul kan faktor melawan graviti dah tak de, malah siap tertarik oleh graviti lagi la ada, ho ho.
______________________________________________________________________________
Kajian/ pendapat yang menyokong :
1) Peter Russell (pengarang The Brain Book) cakap, “Otak manusia beroperasi 7% lebih cepat dan 14% lebih tepat dalam keadaan kepala mereka di bawah”
2) Win Wenger (pengarang How To Increase Your Intelligence) bagitau, aktiviti yang membalikkan badan dari atas ke bawah meningkatkan kadar oksigen di otak sekali gus, secara fizikalnya, meningkatkan kemampuan otak itu memfokus.
3) Posisi King of Yoga (ni kira posisi yoga yang paling power la ni) adalah posisi meletakkan kepala ke bumi dan diperingkat kemuncaknya meluruskan badan supaya kakinya berada di atas (tapi tak sumer orang boleh buat kan…. saya pon tak leh, hu hu)
______________________________________________________________________________
Kesimpulan - apa yang kita leh simpulkan? buat yoga? jaga kesihatan? cerdaskan otak? Tak payah lah korang susah2 fikir tu sumer…. buat je solat 5 waktu tu….. tambah dengan solat sunat lagi bagus….. Allah dah tetapkan solat tu berfaedah untuk kita bukan menyusahkan….. sumer orang leh solat….. Solat tu menyihatkan tau dak? Mana taknya, cuba fikir (dan kaitkan dengan fakta dan penemuan di atas), time kita sujud, bukan kah kepala kita kat bawah dan jantung kita berada ‘di atas’ (lebih tinggi)…. haa….. perfect kan? Nak tambah perfect lagi, perbuatan ni adalah dalam keadaan sederhana jek, sumer orang leh buat. Tak payah nak nyusahkan diri buat king of yoga tuh, ho ho….. Lepas tu pulak, banyak lagi faedah kesihatan yang leh kita dapat apabila bersolat…. THINK AGAIN!
:D
p.s: saya pernah terdengar dulu kalau tak silap lah, satu kajian di barat kot, pasal oksigen dan otak ni jugak lah, yang mana, time waktu biasa (bukan time solat) ada satu tempat di dalam otak (satu saluran darah kot) tidak beroksigen atau pon, darah tak mengalir melaluinye. Tapi bila time sujud dalam solat, saluran tu ‘terisi’ darah (oksigen) atau darah mengalir melaluinya. SUBHANALLAH…… Lebih kurang macam tu lah trivianya, saya dah tak berapa ingat dah, sapa leh bagi tau yang detail punye?
Renung-renungkan…… dan….. selamat beramal……. he he
Quotes 15 sen: “Don’t be afraid of the space between your dreams & reality. If you can dream it, You can make it so.” - Belva Davis.
Ooo… saya kembali memblogging selepas dua hari bercuti hujung minggu, ho ho… Hari ni saya nak citer satu trivia yang menarik minat saya bertajuk ‘teknologi cetus sindrom kelupaan’… agak menarik gak fakta baru yang diperoleh dari pengkaji dari Kolej Trinity, Dublin (Dublin tu kat mana ek? kat Ireland kan? he). Nama prof psikologi tu ialah Ian Robertson (mesti psiko mamat tuh, ha ha).
Korang ada masalah nak ingat nombor tepon rumah atau tarikh lahir family korang tak? kalu ada, sah la korang mengalami sindrom kelupaan! yoshhh!
Fenomenanya begini… teknologi yang semakin caggih menyebabkan tahap kebergantungan terhadap teknologi untuk menguruskan sesuatu hal meningkat. Lebih2 lagi dalam hal ingat mengingat nih. Mana taknye, sumer nombor tepon family dan kenalan, kita save kat hp yang leh save beribu2 nombor tuh… pastu tarikh harijadi pulak kita pakai reminder, kat hp pon leh buat, melalui email reminder pon boley, buat senarai tugas, temujanji dan mcm2 lagilah kan.
Kesannye, bila dah terlampau bergantung pada hi-tech nih, maka daya ingatan dan hafalan kita pon leh jadi menurun! Nak ingat benda basic dan senang pon leh jadi susah (sbnrnye mula-mula tu malas, lama-lama hambek obat, jadi pelupa terus - na’uzubillah).
Trivianye, Hasil kajian si mamat psiko, Ian Robertson tu mendapati;
1. 25% subjek tak hengat no. tepon rumah diorang! (apa punya orang lah diorang nih, ho ho - sebenarnye, saya pon tak ingat gak, tp tu disebabkan saya tak pakai no. tu… cuma simpan je, nak wat masuk contest jutawan merdeka TM la katakan, ha ha)
2. Lebih 50% dari subjek hanya mampu ingat birthdate family atau kawan tak lebih dari tiga (fuh! nasib baik saya dapat ingat empat, ho ho)
3. Golongan berumur lebih 50 tahun didapati mampu mengingati no. tepon dan birthdate lebih baik berbanding mereka yang berusia 30 tahun.
Jadi begitulah halnye yang berlaku zaman sekarang nih…. terlampau bergantung sangat kpd tekno (tak terkecuali saya, hu hu… cume tak sampai tahap kronik kot)…. Saya nasihatkan kepada diri saya sendiri dan pembaca yang nak terima, latih2 la jugak memori kita…. banyakkan lah hafalan ayat Quran (mampu ke saya nak buat tuh, isk isk) kalu tak mampu, guna iTalk pon dapat membantu saya rasa…. mana taknye, kalu guna servis tuh, bila kita nak call orang, kita mesti taip no. tepon depa…. haaa… amacam? ada berani? ha ha…. (btw, kalu nak tau detail dalam 95% complete pasal iTalk pada level pengguna nih, pegi lepak scukz.com dan masuk topik nih, saya ada citer kat situ; KLIK SINI…tp jangan lupa register bagi yang belum, senang dan pantas jek)
Akhir kata, kalu korang hanya boleh memilih antara dua option nih…. option mana yang korang akan pilih? “korang leh bebas di atas muka bumi ni tapi tak boleh langsung guna internet” atau “korang lagi rela duk dalam penjara tp leh online 24 jam?” hu hu…. (Mesti ada jugak orang yang susah nak pilih ni kan? ha ha) Renung2kan… dan… Selamat Beramal…. hik hik
quotes 15 sen: “Treasure the love you receive above all. It will survive long after your gold & good health have vanished.” - Og Mandino
macam iklan aktifkan Hotlink je kan? hoho ![]()
Ilmu ni saya dapat dari email…. member mrsm saya yang forward kalu tak silap (nak check email tengok nama die, malas pulak, ha ha)….. sangat menfaat untuk mendidik generasi muda… thus menjadikan wawasan 2020 satu kenyataan yang menjagkaui batas kecemerlangan…… chewah, ewah, ewah….
Mamat yang penulis asal ni macam orang utara jek…. Baiklah, sila lah upgrade pengetahuan anda…. bagi sapa yang bujang, leh cuba kat adik-adik atau sebarkan kat mak, makcik2 kita, yeah! Mahal woo info nih! Kalu tak caya cuba baca!
Artikel untuk parent and parent to be..
Subject: Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida…
Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2
thn pergi kelas Shichida…yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih
anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih
efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah
penggunaannya. Kelas ni mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat UITM, tapi boss aku ni
atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu
cuma setengah kerat aje…dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar
aku dan staff melayu yg lain.Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru
seminggu aku buat kat anak aku…dah nampak keberkesanannya.1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh
hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak
soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak
kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas
hati…kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur,
ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada
dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun
pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia,
dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun
awal….sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu
je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan
pendek-pendek..buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila
kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat
otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk
tu…kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar…potonglah gambar kat
mana-mana dsb. (more…)