Musnaz.com dan dunia forex

An excellent way to help you with your self-assessment is to keep a trading journal. It will help you to analyze your thought processes after the trade, and identify your strengths and weaknesses in your trading. Understanding your personality is one thing, but understanding it while you trade is a totally different story. A trading journal allows you to review your wining and losing trades and pinpoint specific reasons on why you won or lose.

Ikan Dori Fusion!

Wednesday
Aug 15,2007

Semalam balik keja, tak tau nak dinner apa. Saya cadangkan makan nasik ayam jek. Wife saya buat muka sambil berkata “Asyik makan ayam je, bosan lah!”. Lalu dengan kebijaksanaannya idea beliau tercetus lalu mengajak saya pegi ‘choice super mall’ di Semariang dan membeli lauk untuk buat dinner! yeah! :)
Dinner itu tak lain tak bukan adalah seperti tajuk dan gambar tertera! Ikan dori tu diperap sekejap dalam perahan lemon, sikit sos garlic nando’s, black paper, olive oil dan garam. Pastu letak dalam microwave buat quick start 5 minit jek, siap! Pastu beliau sediakan salad. Bayam yang dicelur (buat lapik dori tuh), pastu gaulkan timun jepun, salad dan tomato dengan olive oil dan perahan lemon, siap! :) He he, dan saya pulak menyediakan zat karbo, iaitu kentang micro, hu hu… kentang gaul dengan black paper, olive oil dan garam, pastu quick start 7 minit. Minit yang ke-4 saya boh telur sebijik! Siap! ha ha…. maka setelah wife saya susun, jadilah ia Ikan Dori Fusion. Fusion tu sebab, makanan tu dah western dah, tapi ada sentuhan sos garlic nando’s tu yang memfusionkan hidangan tuh, chewaahhh! Dia punye sedap, sangat terharu! oh…..

quotes 15 sen: Daripada limau nipis yang masam (keadaan negatif), jadikanlah ia segelas air minuman yang sedap (tukarkan kepada menfaat - positif)

Insider Blogging Secrets!

Tuesday
Aug 14,2007

Tak ada apa secret saya rasa dalam berblog ni kot? ho ho…. acah je, banyak lagi ilmu yang saya tak tau…. maklumlah, 8hb ogos itu hari baru genap sebulan saya berblog (terlupa pulak nak menyambut ulang bulan pertama saya berblog, hu hu). Tapi apa-apa pon nak share satu tips dan info yang mungkin berguna untuk bloggers newbie khususnya dan blogger otai umumnya lah kan! ho ho…. Insider Blogging Secret. Tips-tips ebook aplication ini akan menjurus kepada penjanaan duit gak lah, he he…. saya tengok seimbas gitu-gitu je, tak study betul-betul lagi, he he. ok lah, selamat sedut!

SEDUT INSIDER BLOGGING SECRETS!

Trivia 15 sen: Ice cream is believed to have originated in Persia, originating as a pudding with rosewater and virmicelli. *rosewater ngan virmicelli tu mender? nak kena tengok kamus nih

:-P

Ada Hidupan Di Luar Bumi!!!?

  • Filed under: Trivias
Monday
Aug 13,2007

Seperti yang telah dijanjikan, hari ni saya nak kasi jawapannya, yeah! http://sci2.esa.int/specialevents/lifeinuniverse/index.html link tu ialah orang eropah yang tengah sibuk nak kompomkan samada terdapatnya hidupan di system suria atau kosmos ini. Korang pulak macam mana, adakah korang rasa adanya hidupan selain di bumi or what? Haa… persoalan ini telah terjawab sejak 14.28 kurun yang lalu…. sebenarnya. jawapannya dah terulis dalam Quran!
:).

Cuba check surah as-Syurak ayat 29. Allah berfirman;

“Dan antara tanda (kekuasaan Allah) ialah penciptaan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata (daabbah) yang bertebaran pada kedua-keduanya. Dia maha berkuasa mengumpulkan semuanya apabila dikehendakinya.”

:)
So, macam mana? Dah terbukti bukan? Ayat ini dijelaskan lagi oleh tokoh-tokoh ilmuan islam. :) Hamka (Pengarang Tafsir al-Azhar) ; Hamka mentafsirkan daabbah sebagai segala yang hidup, merangkak, merayap dan berjalan dengan kaki. Bagi Hamka, ayat ini menunjukkan wujudnya hidupan di luar bumi. Beliau berkata, “Binatang yang melata bukan wujud di bumi sahaja, tetapi ia juga wujud di langit. Tegasnya (ia wujud) di bintang-bintang lain”. :) Said Hawa (Pengarang al-Asas fi al-Tafsir) mempunyai dua pandangan; 1) Beliau tidak menafikan ayat ini mungkin mengisyaratkan mengenai wujudnya hidupan di kosmos. 2) Di bumi ada hidupan manusia, jin dan haiwan. Manakala di langit, ada para malaikat yang bertebaran. :) Kesimpulannya, Islam tidak menolak kemungkinan wujudnya hidupan di luar bumi. Pasal alien, ET tu sumer saya lebih yakin tu membohong je sumer tu, tapi kalau betul-betul la wujud, mungkin jugak ianya jin kot, yang mana seperti yang kita tahu, teknologi jin adalah sangat lebih jauh dari teknologi manusia! Tak pon setan yang saja nak kasi huru-hara. Kalau nak diikutkan ayat syurak 29 tuh, hidupan di luar bumi hanyalah daabbah, makhluk yang melata sahaja. :) So bagi saya, apa-apa pon, Allah dah iktiraf manusia, saya, awak dan korang sebagai sebaik-baik makhluk dan yang paling mulia. So, taatlah perintah Allah dan contohi Rasulullah, kompom kita akan lebih mulia dari malaikat. Tapi sebaliknya, kalu ingkar, buat onar dan kerosakkan kat muka bumi Allah ini, kompom jadi lebih hina dari haiwan, Na’uzubillah! :) *Moh kita ke outer space!

Korang rasa la kan, ada tak HI…

Sunday
Aug 12,2007

Korang rasa la kan, ada tak HIDUPAN lain kat luar bumi ni (sistem suria/ angkasaraya)? komen la jawapan korang! Esok kita diskas, tq,he :-P

Fyi, mydeathspace.com ialah ut…

Saturday
Aug 11,2007

Fyi, mydeathspace.com ialah utk ahli myspace.com yg dah mati! Ni kira PUSARA online gitu! :) "Org yg slalu ingat mati = Org yg bijak!"

3 Dalam 1 Kembali!

Friday
Aug 10,2007

Yeah! ini adalah post kedua saya pada hari ini dan merupakan post terakhir untuk minggu nih. Hmmm, tp sabtu ahad nih saya boleh gak la nak post, pakai twitter! ho ho, tp 140 character jek lah, isk isk :( .
Oh, dah lama rasanya saya tak share e-bacaan kat korang sumer, hu hu…. kali ni nak share satu ebooks dan 2 emags. Sumernye pdf format. Yang rich dad teens ni sapa tak tau kan, penulis die Robert Kiosaki. Ni buku ni masih dijual kat kedai buku lagi tau, puluh-puluh ringgit harga die nih, ho ho. Buku ni mengajar kita bagaimana nak manage duit sampai jadi kayo! Yang emags lagi dua tu macam biasalah yang lepas-lepas punye isu lah, mana la tau kan, masih berguna, try je la usha. Saya pon tak penah baca pon emags tuh, tak minat, ho ho! Ok lah, renung-renungkan….. dan…. selamat menyedut! :-P ____________________________________________________________________________


SEDUT RICH DAD TEENS
_____________________________________________________________________________


SEDUT COMPUTER GAMING WORLD ISSUE 258 JAN 06
_____________________________________________________________________________


SEDUT DIGITAL MAGAZINE MAC 06

Ayam Halia & Sardin Telor Chees!

Friday
Aug 10,2007

Ho ho, kali ni ada dua menu, sebab menu yang pertama Ayam Halia tuh, patutnya nak buat lunch ngan dinner, tapi sebab best dan tak tahan, kitorang belasah sampai licin time lunch tu jugak, ho ho. Buatnya sangat simple dengan bantuan microwave, he he. Buboh halia, air, letak origano sket (tu jadi harum bau die tuh) dan lain-lain (he he, tak sure) pastu layan microwave quick start (berapa minit ek? lupa lak!) Lepas tu pulak, ayam tu tadi cicah pulak ngan cili sos Linggam! Pergh! macam kena pulak rasa dia, cocok banget! wakaka! oh, ya, sayur ialah sayur kangkung! :-P ______________________________________________________________________

Okeh, kemudian layan dinner pulak, Masak sardin ngan telor chees. Telor tu time goreng bukan main sodap lagi bau die, tapi bila time makan, tak de beza mana pon cuma tekstur telur tu ada kenyal sket la saya rasa….. hu hu. Sardin pulak dah lama tak makan, sekali skala belasah, sampai licin mangkuk sardin tu saya kerjakan (Amaran! sardin tak elok makan selalu, masalah kesihatan untuk jangkapanjang!)

1st Time Saya Di Tag!

Thursday
Aug 9,2007

Demi memenuhi tuntutan netsosial maka dengan gembiranya saya pon layan lah tag yang bertajuk ‘Only 5 things….’ Bagus jugak la saya rasa mende nih, sebab ia menerangkan serba sedikit tentang x-tra info diri empunya blog yang di tag tuh, ho ho. Saya di tag oleh cik dragonfly! Here we goes….. (oh, nampaknya ini adalah post yang ketiga untuk hari ini, ho ho…. ni kira 1st time gak nih!) :) 5 things found in my bag
Ni lebih kepada bag laptop la ye, selain dari tu saya tak dek (tak selalu pakai).
Resit beli laptop (masih ada woo), Buku ‘Air’ oleh Dr. Nordin, thumbdrive, slip gaji dengan tanah liat! ;) 5 things found in my wallet
Jap, tengok wallet jap…..Hmmm ada gambar danish berukuran passport, muka saya macam samseng kat dalam lesen memandu, Maybank card (penting giler nih), list arahan sms MyMode dalam kertas A4 saya lipat-lipat dengan sim card second nombor hp saya (dah lama dah tak pakai) :D 5 favorite things in my room
Hmmm, ni room saya ni saya kongsi ngan wife saya tau! Ok, quran, baby court danish, bathroom, standing fan dengan sejadah, he he :-P 5 things i’ve always wanted to do
Bagus soalan nih. 1) Bungee Jumping! 2) Pegi bershopping kat Low Yatt 3) Main kat taman tema berjaya time square 4) Pegi reunion scukz - isk, isk, macam tak dapek yo 5) Melancong ke sabah ngan danish dan wife terchenta! :D 5 things i’m currently into
apa lagi, layan blog la….. pastu layan scukz….. minggu ni pegi keja sorang2 sebab wife MC dok umah (tu yang syok balik lunch makan tuh!), oh, sudah tentu layan MyMode dan yang terakhir sekali saya ni tengah berazam nak solat awal waktu (satu terapi utk saya yang procrastinator nih, hu hu) :-P 5 people im going to tag
sapa ek? hmmm…. ni 1st time nak tag orang nih, tiada paksaan dalam melayan tag, ho ho…. haaa, nak tag diorang ni lah! 1) Affuan Ramzai 2) Skeniox 3) Azwar 4) kid dan 5) john chow, ha ha, mimpilah! :D

Jom Layan Refleksologi Hari-hari!

  • Filed under: Trivias
Thursday
Aug 9,2007

Tau tak refleksologi tu apa? hmm, mengikut apa yang saya faham, menatang tuh adalah salah satu dari ilmu perubatan china. Ala-ala layan titik akuapuntur gitu, kalu tak silap lah. Titik akuapuntur ni juga dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi. Dalam badan kita ada dalam 700 kawasan aktif bio nih. 66 daripadanya memberi kesan positif SEGERA sekiranya dirangsang . Ok, jom kita tengok, apa faedah kalau kita rangsang kawasan aktif bio kat muka, kaki kanan dan kaki kiri! :) Usap muka berfaedah untuk memberi kekuatan baru (recharge) dekat usus, perut, pundi kencing, sistem peranakan serta saraf! :D Bila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid dan kawasan pinggang! :D Bila kaki kiri dibasuh dan digosok pulak, sistem saraf akan mengelokkan kelenjar pituitari dan kawasan otak yang kawal sistem endokrin.
_______________________________________________________________________

So? macam mana? senang tak nak buat refleksologi nih? apa? tak reti? apa susah, WUDHUK kan ada…. ALLAH dan sediakan khas untuk kita demi kesejahteraan kesihatan kita. Wudhuk yang sempurna akan dapat menfaat refleksologi nih, jangan wudhuk main cincai jek, wudhuk lah macam RASULLULLAH wudhuk, sila rujuk dekat Ustazz-ustaz yang berdekatan ye…. :) Sebenarnya banyak lagi menfaat kesihatan mental dan fizikal kalau kita layan wudhuk dengan sempurna nih. Antaranya, ingat tak yang 66 kawasan aktif bio tu memberi kesan positif segera apabila dirangsang? haa… kalau nak tau, 61 daripadanya berada di kawasan wudhuk utama orang-orang Islam! Yang lagi 5 tu berada di kawasan antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwudhuk! Tu tak termasuk lagi kawasan selain 66 tuh. Tu ha, yang kat telinga tuh, kat situ jek dah ada berapa kawasan aktif bio dah tuh! :D
Faedah lain berwudhuk nih;
- Menggosok (dengan cara yang betul) kedua belah telinga adalah salah satu pergerakan BRAIN GYM untuk merangsang korelasi (kerjasama) antara otak kanan dan otak kiri bagi mencapai keseimbangan mind, body and emotion!
- Berwudhuk mencegah KANSER! Salah satu punca kanser adalah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berleluasa. So, wudhuk dapat membersihkan anggota utama badan daripada kesan pencemaran ini.
- Masukkan air dalam hidung, mencuci rongga hidung daripada kuman dan kotoran yang melekat pada bulu hidung.
- Berkumur membersihkan mulut daripada sisa-sisa makanan.
- Pembersihan tangan merupakan satu-satunya langkah yang penting untuk mencegah merebaknya kuman-kuman, esp dari terkena cirit birit dan radang paru-paru (pneumonia).
:D So, apa tunggu lagi, mari tanam azam, tak nak tinggal solat di samping mengamalkan pengambilan wudhuk dengan sempurna. Time para sahabat dulu, mereka sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk!

P/s: kalau nak tau faedah bersolat dari aspek kesihatan, cuba layan post nih, Trivia Hidayah!

Instant Sambal Udang!

Thursday
Aug 9,2007

Lunch dengan dinner makan udang masak sambal segera (not bad gak la rasa die, ada rasa belacan sket, hu hu). Sayur, buat sayur campur kobis ngan carrot sket jek. Tp time dinner konon nak adjust sket sayur tu kasi letak bunga lily (bunga lily ni sedap, tapi kalu letak banyak pahit), tapi bunga lily tu dah berapa bulan tak guna, dah color itam dah.
Adik ipar tak tau, die letak je seperti yang disuruh wife saya. Sekali kuah sayur jadi itam daa…. langsung tak makan, ganti dengan telur dadar chees jek, hu hu :D