An excellent way to help you with your self-assessment is to keep a trading journal. It will help you to analyze your thought processes after the trade, and identify your strengths and weaknesses in your trading. Understanding your personality is one thing, but understanding it while you trade is a totally different story. A trading journal allows you to review your wining and losing trades and pinpoint specific reasons on why you won or lose.
Bismillah! Test, test, 123! Dgn ini sy merasmikan twitter dlm dlm wp scukz sy, yeah! Tq sgt kat BOB, adooi founder yg ajar! Arigatok!
![]()
Yang saya quote ayat tu ialah ayat yang guna dari service twitter! Guna sms, send kat twitter, then die upload kat blog nih, best kan? he he… Baru belajar pagi tadi kat adooi dot com . Ikut jek step by step die. Twitter ni leh di buat kat sidebar, tp saya saja jek nak wat kat main post, leh la korang komen, hehe. Tapi yang tak bestnye hanya leh taip up to 140 character jek, isk isk… tak pe lah, buat je 140 tu dulu, pastu edit balik macam saya buat sekarang nih, he he. Syukur…. ![]()
Nak jengok twitter saya? tak payah lah, masih kosong lagi, he he www.twitter.com/musnaz ![]()
by the way, ni nilai blog saya sekarang (terjumpa menatang nih kat blog palie), esok lusa, tak tau lah, ho ho (main-main je ni kan? kalu betul, saya nak jual sekarang! ha ha)

My blog is worth $11,855.34.
How much is your blog worth?
Ha, ni saya sempat try blog otai pulak, he he…. nak buat set point untuk saya kejar, chewah! ![]()
Mael = $68,309.34
Alang = $72,261.12
Khai = $12,984.42 - ish, pelik jugak figure nih, hu hu
Saifulsham = $98,229.96
John Chow = $3,082,388.40 - hambek obat!
Shuth = $54,760.38
Dr. Irfan = $71,132.04
dah la tuh, malas la pulak nak letak banyak-banyak…. nanti ada masa terluang buat lagi, he he ![]()
Bismillah. Di kesempatan adik ipar saya stay kat kuching sampai sabtu nih, pastu wife pulak sambung MC lagi semalam sampai Jumaat, maka dapor di rumah berasap kembali! Syukur Alhamdulillah! Walaupon keberasapan ini takkan lama, tapi WTH, saya akan nikmatinya sebaik mungkin! Oleh itu pada lunch semalam, adik ipar saya masak spaghetti sampai bawak ke malam (setelah di brief dan pantau oleh wife saya)
Dan malamnya time dinner, saya ada sediakan hidangan sampingan, kentang kecik black papper and chess chees layan pakai microwave, sonang yo…. Mula-mula masak 3 minit, boleh makan tapi keras sket, so, saya tambah lagi 2 minit, ada la lembut sket je, boleh lah. Susah pulak kentang ni nak lembut agaknya, tak macam kentang belanda! Hmm, mungkin sebab kentang tu dah sebulan tak berusik agaknya, jadi ia semakin mengering, agaknya lah…. Kuah spegh tu top up lagi time dinner, nak kasi lebih, simpan, buat sarapan pagi tadi, cicah roti, huhu…. Alhamdulillah…..
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Merujuk kepada penulisan saya terdahulu yang bertajuk ‘Isu Kemalangan Sejagat’, maka tibalah masanya untuk saya menyatakan pendirian dan nilai yang saya pegang berdasarkan tajuk itu. Sebenarnya nak tulis dari minggu lepas lagi, tapi disebabkan ada masalah yang tak leh dielak (sila rujuk post saya yang lepas), maka tertangguhlah hingga ke hari ini, yeah!
Pada 10 tahun dahulu, saya buat kerja part time kat petronas Tanjung Karang sementara tunggu result permohonan masuk IPT. Kerja sebulan jek dengan 2, 3 orang pekerja bangle (kira senior saya la tu, ho ho). Masa tu saya punya nilai masih berpegang pada teori ‘Isu Kemalangan Sejagat’ tuh. Pada suatu hari, sedang saya sedap layan rehat kat dalam ruang kedai yang ber’air-cond’, datanglah seorang pelanggan tua tapi agak rock lah, dengan pakaian yang rugged dan bermotor besar dan berjanggut (ikut sunnah nih). Pakcik ni pulak ramah orangnya, ntah macam mana terboraklah saya sekejap dengan beliau. Borak punya borak, tercetus la pulak topik ‘Isu Kemalangan Sejagat’ tuh dalam kepala saya lalu saya ujarkan teori tu kepada beliau.
Lalu beliau pon dengan machonya menyangkal teori itu! Saya amat terkejut. Dari perbualan dan info yang saya dapat, pakcik tu lebih banyak bawak motorsikal dari kereta, sudah tentu peratus kemalangan lebih tinggi, tetapi dia masih lagi menyangkal teori itu. Bila saya tanya kenapa, dengan ringkas beliau menjawab yang beliau tak pernah terlibat walau sekali dalam kemalangan sejak beliau berkenderaan!!! MasyaAllah! time tu berderu darah saya dengar jawapan pakcik tu yang penuh bersahaja. Lantas dengan perasaan ingin tahu, saya tanya lagi kepada pakcik tu akan rahsia apa yang dipegangnya sehingga tidak pernah mengalami kemalangan sepanjang berkenderaan sejak dari muda.
Lalu inilah jawapannya, “BAGI ORANG JALAN DULU, SABAR, ITU AJE” itu sahaja ayat pertamanya. Kata-kata yang cukup pendek tapi amat terkesan ke dalam sanubari saya. Kemudian perbincangan diteruskan, dan antara point susulan yang menarik ialah, tak kira betapa laju anda bawak, betapa cepatnya anda nak sampai ke tempat dituju, tapi orang lain mesti diutamakan dulu, macam bagi potong ke, bagi laluan ke, dsb.
So, dari situ saya amik kesimpulan, bila berada atas jalan, bertimbang rasa dan hormati orang lain.
“Bukan kena bayar pon kalau angkat tangan!!!”
Dan dari masa ke masa, nilai baru yang saya pegang ini bertembah kukuh dengan nilai yang sudah lama diajarkan oleh Islam. Oleh itu, sebagai kesimpulan unggul, seseorang itu BOLEH sangat elak daripada menempuh kemalangan jalanraya dengan mematuhi SEMUA syarat yang saya senaraikan di bawah;
# Baca doa naik kenderaan
# Jangan mengantuk (saya penah masuk longkang kat faderal highway sebab mengantuk, lepas tu kiss bumper keta orang, hu hu)
# Bertimbang rasa dan hormati orang lain.
Kalau ketiga-tiga syarat dah dilakukan, tapi masih kena gak lagi accident, tu bukan hukum alam, tapi hukum karma (he he) ataupon sekadar ujian pengukur keimanan. Tapi apa-apa pon kalau saya buat 3 syarat tu, memang setakat ni tak penah malang lagi lah, hatta tayar pancit time on the way sekalipon tak penah! Syukur….! Think Again!
Fuh, rasanya dah berkurun tak update blog nih, gian, gian, ha ha :D. Hari ni nak share e-comics lah! Tapi sebelum tu saya nak citer sket ending kisah wife saya (dan saya) masuk ward tempoh hari, hu hu. Time hari jumaat tu, kitorang dah pening dah! Kalau sabtu ahad dok ward, macam mana nak jaga danish!? takkan nak susahkan jiran jaga danish lagi, diorang mungkin nak balik kampung tuh! Last-last nekad import adik ipar dari kampung…. spontan je beli tiket (kakak ipar belikan - utang) pastu die terus shoot ke kuching. So jumaat malam sabtu tu, danish tido dgn makcik die kat umah, hu hu….. Dan alhamdulillah, esok tengah hari wife saya di dischargekan (leh kuar hospital) walaupon tak sembuh lagi 100% tapi die leh manage ubat sendiri kat rumah dan diberi MC seminggu! syukur, ho ho…. yang saya ni sambung balik la kerja hari nih, hu hu, yeah! Tamat la kisah telenovela saya selama 4 episod, ho ho…
______________________________________________________________________________
Ok lah, jadi sebagai pembukaan minggu baru blog saya, saya hidangkan satu komic DC kalu tak silap, citer alternative, star trek jumpa x-men! saya pon tak baca lagi tapi muka surat die sumer colored, colorful. Sekurang-kurangnya ada 38 muka surat gitu. Mb die pon tak besar mana, dalam 6Mb lebih. Okeh la ye, selamat menyedut! DOWNLOAD STAR TREK JUMPA XMEN
macam biasa malam ni tido lagi kat ward, tapi yang bestnye ada wifi, lenjan sket lah, hu hu
Semalam sampai mana saya stop kisah mini adventure saya? oh, Part bawak balik danish dan pass kat jiran tu, tido satu malam. Lepas tu saya mandi, pegi kedai makan malam, singgah surau, semayang maghrib then terus shoot ke female medical ward…. masuk-masuk je specialist mata, Dr. Chieng dan isteri dah ada kat dalam bilik lawat wife saya. Siap bawak buah tangan air guava dengan biskut chees, sumer tu saya belasah, ho ho.
Malam tu saya tido temankan wife saya lah. Mintak lagi extra selimut, pastu bentang kat lantai, pastu kat situ lah buat semayang isyak dengan jadi ‘katil’ saya. Disebabkan kepenatan, tido nikmatnya masyaAllah, best tak hengat!
Bangun pagi layan solat subuh, pastu dapat pulak sms dari jiran saya tu cakap danish demam! Mang hai! seram giler dengar! takkan problem yang sama kot! oh tidak! Lalu saya bergegas pulang, amik danish, mandikan, sarapankan, then bawak die pegi A & E (accident and emergency unit). Register sumer, pastu M.A (medical assistant) tengok, pastu M.O (medical officer) tengok, die soh buat x-ray, pastu pead M.O tengok (doktor kanak-kanak). Nasib baik beliau cakap ok, tapi perlu dipantau. Nasib baik danish bagi kerjasama yang amat baik. sumer proses tu termasuk proses menunggu, dari pagi sampai tengah hari. Pastu antar danish balik ke nursery dan saya pon patah balik ke hospital. Solat zohor jap pastu naik libry jap, update blog jap. ni lah hasilnye. nak cepat nih. pasni beli lunch pastu temankan wife. pastu amik danish lagi prosesnya macam semalam! chow!
Hari ni tak sempat lagi nak update blog dengan penuh keghairahan (passion!). Sebab… sebabnya ingat tak kes semalam yang wife saya E.L (emergency leave) tuh? sbb demam batuk tuh? Haaa…. hari ni saya pulak M.C! bukan sebab demam, tapi sebab nak jaga wife saya yang sedang berada dalam ward female medical sekarang nih!
Pagi tadi beliau follow saya ke hospital, nak pegi Staff Clinic nak buat pemeriksaan lah, sekali kena diagnose Pneumonia lah! bukan asma lagi dah tapi Pneumonia. Tak tau pneumonia tu apa? Senang cakap, jangkitan paru-paru la geng! Hadoi…. bahaya tuh! Tak sangka pulak beliau yang dah batuk berpanjangan selama dua minggu boley sampai ke tahap ni. Kitorang ingat batuk biasa jek!
So kesimpulannya, kalu dah batuk berpanjangan tuh, jangan dibiarkan. Take action, jumpa doktor (walaupon wife saya tu doktor, tapi mesti kena jumpa doktor (yang khusus) jugak, he he)
Ok lah, doakan beliau cepat sembuh ye (biasa kalau kat hukm, kes mcm ni, seminggu kena tahan kat wad, hadoi). Lepas ni saya nak call patients saya, nak cancel, esok dan lusa saya kena amik cuti. Lepas call nak jengok beliau kejap kat wad sebelum amik baby danish kat nursery pastu hantar danish pegi tido malam nih kat rumah jiran. Tak pe, mesti ada hikmahnya sumer nih!
Wassalam…. (sehingga berjumpa lagi. Tak tau lah esok dapat update blog ni ke tak, hu hu
Oh hari ni, wife saya demam selsema dan batuk lah. Sian beliau! batuk stail lama tuh…. sebenarnya satu family batuk dan selsema ni, tapi saya dan Danish macam semakin improve. Pagi tadi pulak wife saya makin teruk pulak, mungkin sebab semalam dia kerja all out tak hengat, tu yang effect tuh. Beliau terpaksa amik EL (emergency leave) hari ni…. bagus lah, biar berehat. Tapi die sms, tak dapat berehat pon, batuk dan sumbat hidung sangat tidak merehatkan! Hadoi lah!
______________________________________________________________________________
So, sesi free gift pada hari ini, malas pulak nak letak gambar, nanti lah, kalu rajin, saya letak kemudian. Tapi apa-apa pon, bahan bacaan yang dipaparkan pada hari ni sangatlah menfaat saya rasa. yang readest digest tu je yang pdf, yang dua lagi tu ‘winrar zip archive’. Kena extract dulu lah. pastu yang 597 letter tu pulak sebenarnya adalah 2 in 1! ho ho. So selamat sedut! P/s: kalau tak berjaya download bagi tau saya, nak senang saya transfer file pakai YM jek. id YM saya ialah; ahmadmustaffa79
—————————————————————————————–
Ni tips untuk berjaya dalam netbiz!
DOWNLOAD 1001 NEWBIE FRIENDLY TIPS
______________________________________________________________________________
Readest digest ni, tak leh nak cakap apa lagi lah kan akan kualitasnya, ho ho.
DOWNLOAD READEST DIGEST 09.09.06
______________________________________________________________________________
Kat sini ada sebanyak 597 contoh surat rasmi yang macam-macam! bagus gak untuk budak-budak yang nak amik peksa english STPM kot. Lepas tu dalam zip tu ada
The Ultimate Idea-Inducing,
Creativity-Enhancing,
Sample Headline Collection
Over 600 Samples Of Published Headlines Inside
DOWNLOAD 597 LETTERS
Assalamualaikum, selamat sejahtera dan selamat hari Isnin, he he…. hari ni tak sabar saya nak kongsi satu fakta menarik untuk kita! yeah! Sila amik iktibar….
Fakta - otak kita layan 3% dari keseluruhan berat badan (yang obes tu tak sure la pulak saya, he he) tapi otak perlukan 25% oksigen yang terdapat dalam badan. So kalau nak dapat oksigen, jantung kena pam baik punye bagi aliran darah (yang mengandungi oksigen) ke otak. Tu nak lawan graviti lagi tu, maklum lah nak mendaki naik ke atas la katakan. So, oksigen sangatlah penting nak bagi otak ‘jalan’ (cerdas). Oleh itu, kalau kite buat aksi terbalik, badan kat atas, kepala kat bawah, maka mudah la sket darah nak gi ke otak, betul ke? hu hu. Mesti la betul kan faktor melawan graviti dah tak de, malah siap tertarik oleh graviti lagi la ada, ho ho.
______________________________________________________________________________
Kajian/ pendapat yang menyokong :
1) Peter Russell (pengarang The Brain Book) cakap, “Otak manusia beroperasi 7% lebih cepat dan 14% lebih tepat dalam keadaan kepala mereka di bawah”
2) Win Wenger (pengarang How To Increase Your Intelligence) bagitau, aktiviti yang membalikkan badan dari atas ke bawah meningkatkan kadar oksigen di otak sekali gus, secara fizikalnya, meningkatkan kemampuan otak itu memfokus.
3) Posisi King of Yoga (ni kira posisi yoga yang paling power la ni) adalah posisi meletakkan kepala ke bumi dan diperingkat kemuncaknya meluruskan badan supaya kakinya berada di atas (tapi tak sumer orang boleh buat kan…. saya pon tak leh, hu hu)
______________________________________________________________________________
Kesimpulan - apa yang kita leh simpulkan? buat yoga? jaga kesihatan? cerdaskan otak? Tak payah lah korang susah2 fikir tu sumer…. buat je solat 5 waktu tu….. tambah dengan solat sunat lagi bagus….. Allah dah tetapkan solat tu berfaedah untuk kita bukan menyusahkan….. sumer orang leh solat….. Solat tu menyihatkan tau dak? Mana taknya, cuba fikir (dan kaitkan dengan fakta dan penemuan di atas), time kita sujud, bukan kah kepala kita kat bawah dan jantung kita berada ‘di atas’ (lebih tinggi)…. haa….. perfect kan? Nak tambah perfect lagi, perbuatan ni adalah dalam keadaan sederhana jek, sumer orang leh buat. Tak payah nak nyusahkan diri buat king of yoga tuh, ho ho….. Lepas tu pulak, banyak lagi faedah kesihatan yang leh kita dapat apabila bersolat…. THINK AGAIN!
:D
p.s: saya pernah terdengar dulu kalau tak silap lah, satu kajian di barat kot, pasal oksigen dan otak ni jugak lah, yang mana, time waktu biasa (bukan time solat) ada satu tempat di dalam otak (satu saluran darah kot) tidak beroksigen atau pon, darah tak mengalir melaluinye. Tapi bila time sujud dalam solat, saluran tu ‘terisi’ darah (oksigen) atau darah mengalir melaluinya. SUBHANALLAH…… Lebih kurang macam tu lah trivianya, saya dah tak berapa ingat dah, sapa leh bagi tau yang detail punye?
Renung-renungkan…… dan….. selamat beramal……. he he
Quotes 15 sen: “Don’t be afraid of the space between your dreams & reality. If you can dream it, You can make it so.” - Belva Davis.
Ho ho… terkejut tak? terkejut tak? saya dapat online time weekend? ha ha…. ni saya singgah ke CC jap, lepas buat kerja (rahsia kerajaan) sket, ho ho…. ok lah, saya tak leh lama nih! saya nak share lagi 3 buah ebook berformat pdf.file, yeah!!! Sedut!

ebooks bruce lee! Martial Arts - Bruce Lee’s Strength Training! 64.1kb. pdf ni ada la gambar sket-sket… tu pon kaler itam putih jek. Tak pe la kan daripada tak dek langsung! ho ho… So, selamat membina kekuatan badan ye…. DOWNLOAD BRUCE LEE
________________________________________________________________________________

ebooks mari membaca! - Helping Your Child Learn To Read! 172kb. Bagus gak la bahan bacaan nih, at least kita ada sedikit idea macam mana nak galakkan anak-anak kita membaca! bagi yang belum ada anak tu, sila nikah cepat dan dapat anak cepat ye…. hepikan lah kedua orang tua mu, yea yeah! DOWNLOAD MARI MEMBACA
________________________________________________________________________________

ebooks digital camera! - Earn Money From Your Digital Camera! 453kb. Yang ni mungkin ada tips berguna nak mencantekkan lagi tangkapan gambar korang dan sehubungan dengan itu leh tarik duit kalu bijak! saya nak tujukan ebooks ni buat warga DFJJ! saya nak letak logo DFJJ tu kat sidebar saya, tapi tak reti ler! DOWNLOAD DIGITAL CAMERA
________________________________________________________________________________
trivia 15 sen: korang tau tak yang Langit dicipta 10 billion tahun dahulu, manakala Bumi dicipta 4.5 billion tahun dahulu? lepas tu baru atmosphere diciptakan (yg tu tak sure plak saya bila, hu hu)