Musnaz.com dan dunia forex

An excellent way to help you with your self-assessment is to keep a trading journal. It will help you to analyze your thought processes after the trade, and identify your strengths and weaknesses in your trading. Understanding your personality is one thing, but understanding it while you trade is a totally different story. A trading journal allows you to review your wining and losing trades and pinpoint specific reasons on why you won or lose.

Khidmatku Yg Tak Seberapa Ini!

Friday
Jul 27,2007

Salam you all! Dan selamat hari Jumaat, penghulu segala hari! Jadi hari ni saya nak buat satu pengumuman lah! Berkenaan dengan tajuk di atas, saya nak bukak satu lagi Kategori baru hari ini iaitu Kategori ‘Soal Musnaz’. Ini ala-ala ‘ask yahoo!’ la konon tapi versi blog musnaz dan ianya adalah SPESIFIK untuk soalan-soalan yang berkaitan dengan perkembangan (NORMAL) mental dan fizikal bagi seseorang yang baru lahir hingga lah ke umur 6 tahun…. :D
Nak soal apa? soal je lah macam-macam, baik dari jaga baby, makan & minum, pakaian, toilet trained, sosial, perangai dan tingkahlaku, rangsangan dan macam-macam lah yang korang nak tanya. Saya sedia menjawabnye dan jadikanlah jawapan saya tu sebagai pendapat kedua korang (2nd opinion). Maksudnye kalau pendapat dan cadangan saya korang try tapi tak menjadi, sila jangan saman saya, tq, he he. :D Kenapa saya wujudkan slot ini? Sebab saya ni kan kerja sebagai speech therapist. Mesti ramai yang blur dan tak penah dengar pon pasal bidang nih. Saya bagi brief info sket ye. Bidang ni berurusan dengan pesakit / klien kanak-kanak dan dewasa yang mengalami masalah dalam pertuturan (pelat ke, sengau ke, gagap ke, etc), bahasa (bukan kurang bahasa/ajar ye, ho ho), suara (boley jadi cikgu akademi fantasia woo! jgn memain, he) dan penelanan. Contoh pesakit / klien kanak-kanak macam lambat bercakap ke, autistik ke, kanak-kanak khas ke, etc. Dan contoh pesakit / klien dewasa macam orang yang kena stroke ke, accident pastu peti suara die rosak ke, etc. Jadi speech therapist diperlukan untuk cuba mendapatkan kemajuan yang optima dari beberapa kali sesi terapi, tak pakai ubat punye! ok lah, cukup lah intro. :D
Jadi, slot ini diwujudkan sebab, perkembangan kanak-kanak adalah sebahagian dari bidang pembelajaran saya dan saya suka lah nak share ilmu dan info pasal kanak-kanak ni. Kiter citer pasal perkembangan yang normal lah. Kalau yang tak normal tuh, ha, sila lah jumpa doktor dan dapatkan temujanji untuk berjumpa dengan speech therapist yang berdekatan (biasanya setiap hospital besar ada) untuk evaluasi yang khusus. Kalau nak citer kat blog tak dapat lah kan, sbb tu kiter citer yang dalam lingkungan normal je (walaupon istilah ‘normal’ ni adalah subjektif sebenarnye) :D
So, faham tak ni, apakah syarat dan terma nak gunakan khidmat saya di dalam kategori nih? he he…. Target pengunjung yang bertanya soalan-soalan macam ini sudah tentu mereka yang sudah mempunyai anak lah. Ataupon nak tolong tanyakan bagi pihak mak die ke, makcik die ke, pon boleh lah. Hmm, rata-rata pengunjung ke blog saya ini adalah remaja dan masih belum berkahwin lagi….. tak pe, saya boleh tunggu korang kawin dulu, dan lepas tu dapat anak, then boleh lah tanya saya kat sini berkenaan tips asas nak jaga anak, he he….. So, doakanlah saya dan blog ini panjang umur dan murah rezki, supaya boleh terus menabur bakti, amin….. :D Sebagai penutup, dengan ini saya MERASMIKAN pembukaan slot khidmat, “SOAL MUSNAZ”, Alhamdulillah…. :D Akhir kata, sampai di sini sahaja saya memblogging utk minggu ke-3 ini. Kita jumpa lagi minggu hadapan (weekend nak lepak rehat!) insyaAllah…. bye 4 now!

______________________________________________________________________________

Selingan 15 sen: Nak tau tak, malam tadi kan… saya dapat sms dari orang yang saya tak kenali (019xxx3678) ajak saya buat projek! sms nye ‘berbunyi’ begini; “Projek 2007, jutawan melalui POS MALAYSIA, wang akan datang bertali arus, tanpa henti dan kita cepat kaya. Sms nama dan alamat anda.” - Hallamak! amacam skim cepat kaya stail ini? menarik tak? ho ho

3 Dalam 1!

Thursday
Jul 26,2007

Hari ni nak kongsi sekali 3 bahan bacaan untuk korang! 2 ebooks dan 1 enovel, yeah! harap-harap, kalau tak berguna banyak untuk korang, dapat faedah sikit darinye pon dah kira ok la tu! ebooks web traffic dengan 5000 resipi tu dah dicompress pakai winRAR zip. so sapa yang takde software winrar tu, download la dulu kat mana-mana ek. Tulis jek winrar kat mana-mana search engine, pastu belambak la kuar offer download. Apa-apa pon, selamat menyedut!!! :D

Ebook yang ni cute jek, tak banyak sangat bahan bacaan die, tp padat dan tips yang diberi mungkin sesuai dengan korang yang nak tarik seramai mungkin pelawat.
DOWNLOAD WEB TRAFFIC
________________________________________________________________________________


Resipi ni ditulis dalam bentuk notepad dengan microsoft word. Takde gambar pon, setakat tulisan jek. Ni lebih berguna kepada chef-chef yang nak cari atau menginovatifkan idea diorang lah. pastu, resipi-resipi ni kena pandai pilih la, sebab ada resipi yang tak halal, tp dalam 90% halal lah!
DOWNLOAD 5000 RESIPI

________________________________________________________________________________


Ni novel karangan Sidney Sheldon, sapa tak kenal kan…. enovel ni dalam bentuk pdf. file
DOWNLOAD SIDNEY SHELDON - A Stranger In The Mirror tajuknye!

________________________________________________________________________________

trivia 15 sen: Not only does it have a huge population,China has 16 borders that are shared with other countries!

- pergh! negara kita share borders dengan berapa negara? hu hu

Niat Jadi Blogger!

Wednesday
Jul 25,2007

Setiap amalan bermula dengan niat. Niat mestilah diperbaharui / diingati dari masa ke masa supaya tak menyimpang. Niat yang baik berpahala, manakala berniat buruk membawa kehampehan. True or not? Sebenarnye, semasa saya meronda-ronda usha blog orang (bloghopping), saya terjumpa satu post yang ditulis oleh ___________ menanyakan umum berkenaan, apakah sebab (niat) seseorang itu memblogging. Kiranya, post ni saya buat ‘trackback’ lah daripada post beliau tuh. Tapi tu lah, carik2 balik penulis tu tak jumpa pulak…. saya terjumpa penulis tu dari setelah lawat blog MohdIsmail lah…. :)
Cetus pemikiran dan penulisan kreatif – Kalau nak diikutkan rutin harian, pergi kerja balik kerja, letih, tido. Time weekend lepak rumah atau merayau di shopping complex. At least dengan membloging, otak saya ni ada la diasah sikit, sebab sentiasa memikirkan apa isu atau topic yang nak dipublish seterusnya. Adakah ianya menarik minat saya dan pembaca? Sekurang-kurangnya tajuk itu menarik minat saya lah, jadi terserlah kepada kreativiti saya untuk menarik pula minat pembaca dengan gaya pengolahan bahasa dan penulisan. Oleh itu kesan sampingan dari minat membloging ini, saya juga mesti kena rajin membaca supaya dapat meluaskan skop pengetahuan saya, jadi dapat menjadikan penulisan saya lebih bertenaga. :)
Arkib diri – Saya memilih blog sebagai medium untuk mendokumentasikan nilai, pendapat, coretan diri dan melihat kemajuan mengatasi cabaran…. Mungkin di masa akan datang, nilai dan pendapat saya tidak lagi sama seperti sekarang, who knows…. Dan ini menarik bagi saya untuk melihat perkembangan diri saya sendiri dari masa ke masa. Jangan menguncup sudah! Na’uzubillah… Oleh itu, ini merupakan satu cabaran bagi saya untuk menzahirkan ‘today is better than yesterday’. Dan cabaran yang syok untuk di atasi dari masa ke masa ialah cabaran menarik seramai mungkin pengunjung (atau pengunjung setia) ke blog saya, yeah! :)
Memberi dan menerima – saya beri/kongsi info/cerita, lalu saya dapatlah terima komen, he he….. Harapan saya ialah pemberian saya itu bermenfaat kepada pembaca, setidak-tidaknya membuatkan pembaca berfikir atau tersenyum. Kalau kita nak orang beri kita senyuman, kita mestilah senyum dulu. Kalau nak orang beri kita pelempang, kita mestilah lempang orang dulu, he he…. dan kalau kita nak orang lawat dan komen blog kita, kita lawat dan komen blog orang dulu, ho ho :)
Kawan baru – Berkawan biar beribu…. Kalau setakat nak kira kawan + kenalan di dunia realiti, tak sampai seribu saya rasa…. Tapi kalau ditambah lagi dengan kawan + kenalan di dunia maya, sangat tak mustahil boleh capai seribu, malah lebih! Dan dari beribu kawan + kenalan tadi, tak mustahil kita boleh dapat beberapa sahabat! Berkawan biar beribu, berkasih biar empat, beristeri biar satu, yang lain buat sparepart! Setuju ke tak pantun tu? Saya tak setuju! Ha ha :)
Ajar dan belajar – dengan membloging, saya telah banyak belajar ilmu IT asas bagi seorang blogger. Nanti bila saya dah otai (insyaAllah) saya pulak ajar mereka yang nak belajar. Pengaliran ilmu yang berterusan pon berlaku. :)
Hobi dan minat – tak dinafikan lagi, membloging sudah jadi hobi utama saya sekarang. Harapnye berpanjangan lah hobi nih….. saya baru jadi blogger yang serius tak sampai sebulan pon…. Saya nak tengok, kalau saya istiqomah, lepas setahun, apa yang saya kecapi? Mungkin popularity, mungkin ramai kawan dan mungkin jugak pendapatan sampingan! Mungkin semua tu tak dapat, dan mungkin dapat lebih dari semua tuh! Tapi apa-apa pon, yang paling penting ialah kepuasan mengusahakan sesuatu yang diminati….. :)
Jihad ekonomi – Sebenarnya, inilah niat paling utama saya. Saya membloging sebab nak jadikan minat saya nih medium untuk cari rakan niaga / business partners* seramai yang mungkin untuk menambahkan status ekonomi kita supaya kita dapat beribadah kepada Allah dengan keadaan yang aman & selesa. Susulan itu, saya akan dapat lebih berbakti untuk memartabatkan agama, bangsa melayu dan negara! Amin…. (*sila study business presentation di sidebar di bawah tajuk ‘special web’ atau KLIK SINI)

Jadi, begitulah kisahnye niat saya nih. Jujur dan ikhlas, tak de selindung-selindung punye…. Wassalam… komen, komen, ha ha…. tq

jokes 15 sen: What do you call a balding rabbit - A receding hare-line

*alamak, saya macam tak paham jek lawak nih, tp ni mesti ada kaitan ngan kebotakkan nih…. sapa leh explain ek? hu hu

Isu Kemalangan Sejagat!

Tuesday
Jul 24,2007

Kira-kira 10 tahun dahulu sudah lama saya berpegang teguh (yakin sangat) terhadap konsep ini; “SEMUA orang yang berkenderaan bermotor PASTI / kompom (dah hukum alam) akan mengalami kemalangan di jalan raya!”. Kalu accident tu tak besar, kecik mesti ada. Kalau kemalangan yang anda alami tu tak termasuk statistic kemalangan jalan raya, sekurang-kurangnye mesti akan terkemek sana lah, terlanggar bumper keta orang sikit lah, tersenggol side mirror sampai patah lah, malang reverse kereta masuk longkanglah, macam-macam lah. :(

Kalau pon kita pemandu berhemat macam mana sekali pon mesti akan accident jugak, sebab lambat laun, suatu hari nanti pemandu tak berhemat atau mat rempit yang lain akan kiss jua bumper kereta anda. Kalau kita tanya orang yang berkenderaan, mesti masing-masing mempunyai pengalaman / citer pernah terlibat dengan kemalangan, siap ada pengalaman ngeri lagi tuh. Saya sendiri pon dah banyak kali terlibat dalam kemalangan. Anda bagaimana, mesti pernah jugak kan? Kalau ada jugak yang tak pernah tu, KOMPOM next time mesti merasa jua akhirnye, ha ha, jahat tak?… So, macam mana? Fikirkan dan renungkan konsep ‘hukum alam’ ini…. Anda setuju dengan saya? :(

Saya sarankan, cubalah anda sendiri buat kajian santai. Cuba interview kenalan anda. Daripada 10 orang yang anda tanya, berapa orang yang penah terlibat dalam kemalangan berkenderaan nih. Sebenarnya post saya pada kali ini semata-mata nak ajak anda berfikir mengenai isu yang saya timbulkan ini. DAN sebenarnya saya akan mengulas isu ini kelak (paling lewat minggu depan, paling awal esok lah) dari perspektif saya sekarang, 10 tahun kemudian. Adakah paradigma saya masih macam 10 tahun dulu or what? Apa perspektif pembaca budiman tentang hal ini, cuba kasi komen dulu, mari la bergadoh! Ha ha….

Trivia 15 sen: If you visit Kensington Gardens in the UK, you’ll find a statue of Peter Pan.

(peter pan yang band indon tu ke? ho ho)

Rentikanlah Merokok Tu!

Monday
Jul 23,2007

Sebagai menyokong penulisan MohdIsmail di bawah tajuk ‘Merokok Tidak Kool! maka saya pon terpanggillah untuk buat trackback sket, dan nak share tips (ebooks) untuk mereka yang ada niat nak berhenti tuh…. rentikanlah merokok ek!

DOWNLOAD SINI Ni pdf file nih, so selesa sket nak baca!

quotes 15 sen: “Merokok membahayakan kesihatan” - kerajaan Malaysia

Pernah Giler PingPong!

Monday
Jul 23,2007

Selamat hari Isnin kepada pengunjung budiman sumer! Ho ho… Maka, seperti yang dijanjikan pada jumaat lepas, hari ni saya nak citer serba ringkas sejarah penglibatanku dalam dunia perpingpongan inih! Tidaklah saya terlibat dan hebat jika tidak kerana mereka (yang akan disebutkan nama mereka kelak) yang mencetus dan membarakan minat saya ini. Sebab tu saya suka nak letak dalam kategori ‘friend 4 eva’ demi untuk menghargai penglibatan mereka dalam mempermajukan skill ping pong saya ini. Tamat intro, ewah! (kepada nZra dan peminat volleyball yang lain, tunggu…. Akan sampai gilirannya jua untuk distorykan, he) :) Mula berkenalan time akhir darjah 6. Lepas dari UPSR, kitorang ada amik periksa yang tak kurang hebat dari UPSR tu, iaitu peksa SRA (sijil rendah agama). Lepas je exam SRA tuh, masing-masing la bawak permainan masing-masing, ada yang main hembus batang aiskrim lah, main empayarlah (guna buku math kotak kecik), main bola pakai buah khuldi dan pintu kelas jadi gol lah (kalau tak salah la, main hentam kasi nama je nih…. Ala, buah kaler hijau bentuk macam epal tapi tak leh makan tu… yang kalu dah kering tekstur die keras dan berongga tuh… ala…. buah apa tuh?) dan macam-macam lagi termasuk main lencana sekolah yang besi tuh! Oh, main ‘gasing’ pakai pisau lipat pon ada (diperkenalkan oleh syamsul atau musrsyidul! Ha ha) :) Akan tetapi, ada sorang mamat nih (Azli nama die) lain dari budak yang lain, beliau ni bawak satu permainan yang asing bagi sumer. Beliau cuma bawak sebijik bola ping pong dan tak tau lah macam mana, beliau boleh pulak menghasut orang lain (mursyidul kot) main sama ngan beliau hanya dengan kelengkapan bertablekan sebuah meja kelas, bernetkan sebijik bekas pensel dan (ni yang paling sedih) berbetkan hanya dengan tapak tangan sahaja tu geng! Believe it or not!? Ha ha… Pada mulanya saya tengok macam hampeh jek permainan tuh, tapi tidak lama kemudian ramai pulak yang mengerumuni mereka berdua dan siap take turn lagi nak mencuba, termasuk saya. Sekali cuba, terus jatuh cinta! Maka, dihari-hari yang seterusnye, permainan ping pong yang sebegitu (daif) pon diteruskan dan digilai. :) Tidak berapa lama kemudian, sedikit kemajuan dicapai dari aspek kelengkapan bermain, kami tidak lagi guna satu table, malah dua! Dan kami tidak lagi guna tapak tangan malah guna bekas pensil atau buku buat bet! Tetapi itu sumer tidak lama sebab kami mahukan lebih dari itu! Maka, dengan inisiatif saya, saya telah korbankan meja makan (stail lonjong tu bentuknya) mak saya untuk dijadikan meja ping pong dan kayu buangan jadi net. Time tu korbankan duit belanja sekolah buat beli bet ping pong yang paling asas dibumi, stail kayu leper dengan span kuning tuh, ‘ketak’, ‘ketuk’ bunyi die. Grip sifar!. Tapi buat pertama kalinye, kami rasa high macam nak wakil Negara dah semangatnye…. sumer kisah permulaan yang saya citer tadi time darjah 6 lepas exam…. Time tu member yang semangat main seingat saya lah kan, ialah, Azli, Afza tgv, Skepong, Mursyidul, (penah terjumpa mamat ni bagi khutbah jumaat! Jadi imam masjid woooo! Subhanallah!) Raja, kalau tak silap, Najib dan saya lah!


:) Zaman kegemilangan ping pong diteruskan hingga ke sekolah menengah. Walaupon bersekolah asing-asing, tapi, bila kelapangan cuti sekolah, kami akan berkumpul main di ground floor flat polis tanjung karang nun. Alat kelengkapan sumer dah betul-betul lengkap dan semenggah dah. Masa tu Azli la yang paling champion dengan ‘serangan mendadak’ smash beliau, Afza pula dengan serangan kejam ‘menipu’nya (serangan helah esp. time servis). Dan ada jugak sorang mamat nih, syamsul, kuat ‘chop’ mamat nih! Dan saya? Saya biasa-biasa je, hu hu….HUSSAH! (sekali sekala jeritan berbunyi ‘hussah!’ kedengaran kalau smash berjaya memperoleh mata! he…. Kami akan main dari awal pagi sampai tengah hari. Sambil-sambil tu beli aiskrim batang 10 sen pelbagai perisa kat rumah makcik taman sri jaya. Lama kelamaan dari ramai-ramai yang minat ping pong, semakin lama semakin berkurang ahli yang maintain main (termasuklah syamsul, skepong, nurfaizal, fadli, razif si abang musa dan amy, anak polis officer) sehinggalah tinggal kami bertiga…. (saya, afza dan azli). Kemahiran kami hampir setara pada waktu itu. Kadang-kadang saya champion, kadang2 Afza dan begitu juga Azli (tapi agaknye saya yang lebih champion kot, ho ho). Siapa yang menang pada hari tersebut dia digelar champion dan dinobatkan ‘piala tengkorak’ (piala maya je….) Fyi, saya dan Azli pegang bet cara ‘pegang pen’ dan Afza cara ‘hand shake’. :) Tapi bila dah masuk Universtiti masing-masing, dah jarang dah main bersama. Azli pulak dah pindah ke kajang…. Ehmm, saya pon dah tak ingat lagi kali terakhir main ping pong ngan budak berdua nih. Ngan Azli dah tak ingat dah, time form five kot. Dan dengan Afza kalau tak salah saya, time Universiti, saya sanggup cari tempat penginapan UTM die kat Brickfield tuh sampai tersesat jalan, semata-mata nak beradu tenaga! “Betul ke Zah time tuh last kita lawan? Dan time tu aku champion kan? Ha ha” Tapi apa-apa pon, kami, masing-masing, time di Universiti pon masih meneruskan legacy kechampionan kami dalam arena ping pong nih, “betul tak Zah, Lee?” Ho ho (perasan). :) Dan sekarang nih, saya rasa dah berapa lama dah tak sentuh bet ping pong. Mungkin kali terakhir saya main, 2 tahun lepas kot. Tapi saya yakin, skill dan bakat sentiasa terpendam. Bila-bila masa je boleh digilap dan diserlahkan kembali, chewaaahhhh, ho ho (terbakar tak? Terbakar tak? He he) :) Nampaknye, saya nak stopkan citer ping pong sampai sini je lah. Saya nak citer ringkas je sebenarnya…. Zaman kegemilangan ping pong di mrsm balik pulau dan UKM kL tu…. Tak pe lah dulu…. KIV untuk citer, he he, tapi dikesempatan post nih, saya nak sebut gak lah nama yang terlibat sepanjang hidup ping pong saya (samttaj – shahfared, suhaimi, nazri moin, anis. Mrsm bp – pond, chinoex, acai, hadi. UKM kL – Amer, Miji, Lim, Ai Ling) Fuh, tu la yang teringat. Kiranya, saya dah cover secara am sudah memadai…. Kalau ada tersilap fakta, sila betulkan ye geng! Segala sumbangan anda sumer dalam membentuk keperibadian ping pong saya, saya ucapkan jutaan terima kasih, dengan ucapan “kalau berani jom turun, layan best of five!” Miss you all! Tq. (p/s: sila komen, tq! Ha ha)

quotes 15 sen: “Jika terlalu memandang wang, anda tidak akan ke mana-mana. Wang hanya mengarahkan ke haluan hidup yang kosong tanpa apa-apa makna” - JLo

p/s: ada trackback telah dibuat oleh si Azli!

20072007!

Friday
Jul 20,2007

Wah, ni first time dalam seumur hidup saya tulis blog sampai 2 kali satu hari nih, ha ha….. tak pe, hari ni special sket sebab tarikh pada hari ni… baru saya perasan…. si Azli yang perasankan saya masa kitorang layan conference YM ngan Afza jugak. FYI, dua2 mamat tu adalah rakan setanjung karang saya. Walaupon tarikh hari ni tak sespecial 070707, tp 20072007 tu kira ok apa, ho ho…. pastu si Afza ni pulak budget nak nikah taun depan 080808….. amin….. saya doakan rezki tarikh nikahnye itu la hendaknye…. ;) :) Oh, lagi satu nak buat satu pengumuman sedih :( , saya akan berhenti membloging selama dua hari di atas sebab-sebab yang tertentu, hu hu…. jadi saya akan sambung balik update blog saya (insyaAllah) pada hari Isnin ni nanti dengan satu tajuk yang sudah pon di request oleh Afza, he he ;) tungguuu….. baiklah selamat berhujung minggu….

trivia 15 sen: sit is considered the most common trick that the average pet dog is able to perform

Daku Yang Terkial-kial #2!

Friday
Jul 20,2007

Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Ilahi kerana diberi

nyawa, nafas dan peluang untuk saya mempublish lagi post saya

untuk hari ini. :) Setelah hampir 2 minggu saya jadi seorang newbie blogger yang

agak serius la jugak (sebab tak nak sia-siakan wordpress

300Mb yang free nih - disedekahkan oleh khai_luct), saya amat

bersyukur kerana nikmat yang Allah berikan kepada saya dalam

dunia pemblogan ini…. iaitu ilmu memblog dan rakan-rakan

(termasuk sifu2). :) Daripada blog wp default, kepada themes bunga kemboja (ni cik

dragon yang bagi tau, saya tak sure pon tu bunga apa), themes

tu pon khai yang tolong letakkan (saya masih tak tau nak

tukar themes macam mana), dapat jugak saya adjust sikit2 kat

sidebar tuh macam letak shoutbox, mybloglog, IM-online,

sitemeter, technorati (walaupon baru setakat register jek,

detail die haram tak tau) pastu letak iklan sket (buat

hiasan, he he). Ni sumer hasil ilmu asas yang diajar dan

dipelajari menggunakan software ftp, syukur. :) Lepas ni saya target nak belajar macam mana nak letak kat

sidebar tu, “pengkomen tertinggi” pulak, sebab saya nak lebih

menghargai pengunjung dan rakan2 blogger yang lain. Macam

mana nak buat ek? he he. Kalu tukar themes tu, mungkin nanti

-nanti lah, sebab saya masih sukakan themes yang agak redup

mata memandang nih, he. :) Dari aspek rakan-rakan pulak, nampaknye bertambah dari masa

ke masa…. syok dapat rakan-rakan maya yang baru nih….

sumer sporting dan baik-baik budi pekerti belaka… kira-kira

90% rakan online saya tak penah jumpa pon dan peratusan tu

saya rasa semakin meningkat… sifu utama, khai dan roku pon

saya tak penah jumpa lagi…. walau pon rakan-rakan online ni

berbentuk maya, tapi saya yakin, mereka juga adalah manusia

yang sebenar macam saya, he he….. rakan-rakan online ni,

saya istilahkan sendiri dengan maksud jika salah satu dari

berikut berlaku; a)tukar link b)mengkomen post saya c)jerit

kat shoutbox d)kalau saya bagi komen kat blog bloggers yang

lain, diorang respon, he… :) Saya pon dah mula rajin membloghopping (bak kata nZra)

keblog-blog blogger lain dan masyaAllah, blog mereka hebat2

belaka designnye dan mempunyai pengaruh kuat masing-

masing…. hmm, apa pon saya ada perasaan positif, yang suatu

hari nanti, saya juga boleh sehebat mereka atau lebih lagi

(kalu istiqomah la kan, insyaAllah…. amin) :) Setakat nih dua blogger paling otai dalam kepala otak saya

ialah khai dan mohdIsmail (baru jumpa semalam blog die, terus

kagum). Lepas tu, blogger yang dalam blogroll saya tu sumer

power mower belaka, post masing-masing dah berlambak dah,

hits ke blog mereka pon banyak sampai tak hengat…..

Sayugia, kepada sapa-sapa yang nak berkenalan ngan super

newbie blogger, maka sayalah orangnye, he…. nak berkenalan?

jom tukar link, he he…. :) Jadi setakat inilah analisis ringkas santai terhadap

perkembangan diri saya yang sangat baru dalam dunia

pemblogan. Akhir kata, majulah blog untuk negara, bukan

merosakkan negara! :D

Trivia 15 sen: I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty

uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the

hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde

Uinervtisy, it dseno’t mtaetr in waht oerdr the ltteres in a

wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat

ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses

and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae

the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the

wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot

slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it. - he

he, menarik tak? ni saya cedok dari forum scukz. Kat forum

tu, saya jugak yang post mende nih…. saya dapat dari member

friednster forward kat saya :)

Calvin And Hobbes!

Thursday
Jul 19,2007

Selamat hari khamis sumer! ;) Hari ni saya nak share lagi bahan bacaan yang lebih santai, e-mags, Calvin And Hobbes Koleksi 1985-1986…. tu koleksi 2 tahun tu geng! Sapa tak kenal mamat Calvin yang genius berangan tuh, hehe…..

:) Saya bukannye apa, saja je nak cantekkan statistik post saya. Cuba tengok kat ‘categories’ sebelah tuh, sebelum post ini di publish, sumer kategori ada (2) post, kecuali ‘free gift’… tu yang saya nak completekan jadi dua, supaya nampak cantek sket, ha ha…. psiko tak? ho ho :D Menatang nih, saiz die dalam 10.7Mb lah, so, diharap bersabar la ye time menyedut tuh…. pegi la sedut teh ke, kopi ke dulu sementara menunggu file siap didownload. Lepas download tuh, test bukak dan baca dulu, kalu corrupt (na’uzubillah)…. jangan putus asa, cuba lagi, YAKIN BOLEH!

:) DOWNLOAD SINI EK!

Baiklah, sekian sahaja untuk hari ni, Renung-renungkan….. dan…. Selamat Menyedut….. :)

Trivia 15 sen: When Russians talk about ‘Khitai’ - they are referring to China

ReadersDigest July 2006!

Wednesday
Jul 18,2007

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…. saya ni sebenarnye ada banyak koleksi ebooks, enovels, emag dan ecomics (tapi yang dulu-dulu punye lah… apa-apa pon mungkin masih berguna lagi buat kita)….. dari semasa ke semasa, saya nak kongsi la sumer tu (kalau mampu la, :D) dengan korang sumer…. dapat pahala kan? he he…. ;) Saya upload ‘barang’ yang nak dikongsi tu sumer pakai divshare…. ok ke hah? ok la kot, ho ho…. Baiklah, untuk free gifts sulong ini, saya nak bagi emags, readest digest keluaran 7 July 2006….. Banyak info berguna tuh! ok lah, Selamat Menyedut ye….. (nanti, bila dah publish, saya nak try download, berjaya atau tidak, hu hu) :D P/s: kalu nak request pon boley, mana la tau, saya ada ke, leh saya upload kat sini ;)

DOWNLOAD SINI

p/s: saya ada cuba download tadi…. berjaya donwload, tp tak dapat bukak la…. pdf tu ‘cakap’, “There was an error opening this document,. The file is damage and could not be repaired” :( Alamak! apasal hah? saya nak kena upload @ download lagi sekali ke macam mana ek? tp apa-apa pon kalu korang nak jugak, saya leh transfer file jek melalui YM… id saya; ahmadmustaffa79…… isk isk :( nanti saya try upload balik lah) :) Okeh! yea yeaahhhh!!! dah berjaya download….. saya cuba download lagi sekali boley pulak…. he he…. maknenye tak de masalah la nih…. ;)