Musnaz.com dan dunia forex

An excellent way to help you with your self-assessment is to keep a trading journal. It will help you to analyze your thought processes after the trade, and identify your strengths and weaknesses in your trading. Understanding your personality is one thing, but understanding it while you trade is a totally different story. A trading journal allows you to review your wining and losing trades and pinpoint specific reasons on why you won or lose.

Penah Giler Chess!

Tuesday
Jul 17,2007

Intro
Ada 3 jenis sukan dunia yang penah saya minat giler! Chess (sampai tahap wakil mrsm bp), ping pong dan volleyball (wakil mrsm bp jugak dan kamsis TDI, Ukm). Oh! tambah lagi satu sukan lah, snooker… tp tak penah wakil apa-apa lah, ha ha… sumer sukan tersebut saya dah bersara dah, tp bisa/sengat mungkin masih ada lagi kot, he he…. :) Hari ni saya nak fokus citer chess je. Nak citer kronologi penglibatan saya dan personaliti yang terlibat dalam mencetus dan memarakkan semangat chess saya. Ni citer zaman muda-muda dulu la… sekarang ni dah berapa tahun dah tak main chess, skill dah berkarat habih dah, hu hu…
:D Start
Mula belajar main time darjah 4, adik bongsu mak saya, PAMAN ANJE yang ajar. Then, rasa best, bawak game tu ke kelas 4 merah nak memperkenalkan lah kononnye, rupenye ada sorang mamat ni, HERMAN dah terer main. Akhirnye sumer budak lelaki kelas tu main chess. Sebab tak mampu beli, siap bentuk buah chess dari tanah liat! Selang beberapa purnama, saya dah leh belasah dah HERMAN tuh, he he… kalu tak silap lah, hu hu. ;) Time darjah 6, join PAKCIK-PAKCIK BOMBA main chess time petang-petang…ada menang, ada kalah… kadang-kadang pakcik MAN KUNYIT hospital datang rumah sebelum kuar ngan bapak saya, die sempat layan saya main. Dan sahabat yang selalu jadi sparring partner saya ialah member sekelas saya, RAJA SHAHRUL HELMI. Kitorang siap pegi libry tu… carik buku chess, konon nak menambah ilmu lah… saya eksyen baca je, hapah tak paham! :D Dan taun tu jugaklah, dah tak ingat dah macam mana leh terjoin, kitorang layan tournenment chess kat MPSA, shah alam tajaan pati ayam brand. Tiga hari rasanya game tu. Sebab malam pertama kitorang setinggan kat masjid shah alam yang huge tuh… kitorang tido mintak izin pak gad. Time subuh, terkejut dengar azan subuh kuat giler! Mandi, amik wudhu’ pastu sembahyang… pastu siap pelik lagi tu, “apasal la orang kat sini tak semayang jemaah!? sia-sia masjid besar…” kitorang pon semayang lah jemaah berdua… tak lama lepas tu, iqomah dilaungkan, baru diorang masuk sof dan nak semayang subuh berjemaah… bile tanya orang rupenye yang sebelum tu semayang sunat qobliah daaa…. baru tau, hu hu… x pe, kitorang masih kecik lagi… he :) Time tournenment, kitorang bukan hebat pon… saya ‘goyang’ tak hengat, rasanya saya ni budak belasahan jek…. tp apa-apa pon, ada jugaklah beberapa game yang saya menang! Di situ, saya berkenalan ngan sorang musuh yang dah kalahkan saya, SHAHRIZAL namanya, budak darjah 5 time tu kalu tak silap. Lalu die pon offer kitorang tido kat rumah die. Memang best! one nite stand, ha ha…. dan yang bestnye ,dua tahun kemudian, die masuk sekolah menengah (samttaj) yang sama ngan saya, yeah! Dah takdir pertemuan…. ;) Time form 1, walaupon tak sesekolah ngan si RAJA tuh, tp, kitorang tetap lagi layan tournentment chess kat mpsa tuh… sama jugak mcm taun lepas, malam pertama tido masjid, then main game pon tahap average je, berkenalan ngan musuh dan tido pulak dirumah musuh tu setelah dioffer. Nama musuh tuh pulak SHARIZAN! macam nak sama je ngan citer di atas kan? Tapi tu lah kisah benar…. tp SHARIZAN tu sebaya saya (dan RAJA)…. dan nak tambah menarik lagi… time form 4, mrsm bp, saya dan SHARIZAN masuk sama maktab! nasib baik tak sama kelas, Dah takdir pertemuan… ha ha…. [kat maktab nama die jadi CHINOEX! mamat ni genius mengira woo (math, fizik dll)... petua die senang je, main chess dari muda!!! Die skang nih budak PTD... saya doakan die jadi PM lah nanti hendaknye! AMIN...] :) P/s: saya agak goosebumb (meremang bulu tengkok) sebenarnye semasa menulis (menaip) nih, sebab saya pon baru perasan akan kesamaan dua kisah tuh…. ala-ala deejavu gitu, Subhanallah! :D Tambah sket lagi rempah citer, time 2nd tournentment tuh, saya terdengar yang bakal lawan saya adalah pemain terengganu. Saya pon goyang lalu tewas… walaupon di awal perlawanan nampaknya seperti saya menguasai permainan… Dan selang beberapa tahun kemudian di UKM kL tahun pertama, guess what!? mamat tuh, BOYA (bukan nama sebenar, tu nama glamor die kat sana. Nama sebenar die KAMARUL ARIFFIN kalu tak silap, he) Bila 1st time nampak muka mamat ni, saya rasa macam penah lihat, tp di mana ya? oo, rupanya di mpsa dulu… setelah saya soal siasat die, maka benarlah…. die ingat tournenment tuh, tp tak ingat saya, huhu (mentang2 saya kalah ditangan die). Satu soalan lagi saya tanya dia samada dia penah wakil terengganu atau mana2 negeri main chess ke…. dia jawab “Tak lah!” adeh…. sia-sia jek saya goyang time tuh! :) Penutup
Begitulah kisah chess saya… yang mana melalot tuh, sabar je la ek! ho ho…. Salah dan silap kata taip harap dimaafi…

“slow and steady wins the race!” - Azwar YM saya semalam…. he he

Jadi Pelupa Sebab Teknologi?

  • Filed under: Trivias
Monday
Jul 16,2007

Ooo… saya kembali memblogging selepas dua hari bercuti hujung minggu, ho ho… Hari ni saya nak citer satu trivia yang menarik minat saya bertajuk ‘teknologi cetus sindrom kelupaan’… agak menarik gak fakta baru yang diperoleh dari pengkaji dari Kolej Trinity, Dublin (Dublin tu kat mana ek? kat Ireland kan? he). Nama prof psikologi tu ialah Ian Robertson (mesti psiko mamat tuh, ha ha). :D Korang ada masalah nak ingat nombor tepon rumah atau tarikh lahir family korang tak? kalu ada, sah la korang mengalami sindrom kelupaan! yoshhh! :D Fenomenanya begini… teknologi yang semakin caggih menyebabkan tahap kebergantungan terhadap teknologi untuk menguruskan sesuatu hal meningkat. Lebih2 lagi dalam hal ingat mengingat nih. Mana taknye, sumer nombor tepon family dan kenalan, kita save kat hp yang leh save beribu2 nombor tuh… pastu tarikh harijadi pulak kita pakai reminder, kat hp pon leh buat, melalui email reminder pon boley, buat senarai tugas, temujanji dan mcm2 lagilah kan. :D Kesannye, bila dah terlampau bergantung pada hi-tech nih, maka daya ingatan dan hafalan kita pon leh jadi menurun! Nak ingat benda basic dan senang pon leh jadi susah (sbnrnye mula-mula tu malas, lama-lama hambek obat, jadi pelupa terus - na’uzubillah). :D Trivianye, Hasil kajian si mamat psiko, Ian Robertson tu mendapati;
1. 25% subjek tak hengat no. tepon rumah diorang! (apa punya orang lah diorang nih, ho ho - sebenarnye, saya pon tak ingat gak, tp tu disebabkan saya tak pakai no. tu… cuma simpan je, nak wat masuk contest jutawan merdeka TM la katakan, ha ha)
2. Lebih 50% dari subjek hanya mampu ingat birthdate family atau kawan tak lebih dari tiga (fuh! nasib baik saya dapat ingat empat, ho ho)
3. Golongan berumur lebih 50 tahun didapati mampu mengingati no. tepon dan birthdate lebih baik berbanding mereka yang berusia 30 tahun. :D Jadi begitulah halnye yang berlaku zaman sekarang nih…. terlampau bergantung sangat kpd tekno (tak terkecuali saya, hu hu… cume tak sampai tahap kronik kot)…. Saya nasihatkan kepada diri saya sendiri dan pembaca yang nak terima, latih2 la jugak memori kita…. banyakkan lah hafalan ayat Quran (mampu ke saya nak buat tuh, isk isk) kalu tak mampu, guna iTalk pon dapat membantu saya rasa…. mana taknye, kalu guna servis tuh, bila kita nak call orang, kita mesti taip no. tepon depa…. haaa… amacam? ada berani? ha ha…. (btw, kalu nak tau detail dalam 95% complete pasal iTalk pada level pengguna nih, pegi lepak scukz.com dan masuk topik nih, saya ada citer kat situ; KLIK SINI…tp jangan lupa register bagi yang belum, senang dan pantas jek) :D Akhir kata, kalu korang hanya boleh memilih antara dua option nih…. option mana yang korang akan pilih? “korang leh bebas di atas muka bumi ni tapi tak boleh langsung guna internet” atau “korang lagi rela duk dalam penjara tp leh online 24 jam?” hu hu…. (Mesti ada jugak orang yang susah nak pilih ni kan? ha ha) Renung2kan… dan… Selamat Beramal…. hik hik ;)

quotes 15 sen: “Treasure the love you receive above all. It will survive long after your gold & good health have vanished.” - Og Mandino

Aktifkan Otak Kananmu!

  • Filed under: Trivias
Friday
Jul 13,2007

macam iklan aktifkan Hotlink je kan? hoho :D
Ilmu ni saya dapat dari email…. member mrsm saya yang forward kalu tak silap (nak check email tengok nama die, malas pulak, ha ha)….. sangat menfaat untuk mendidik generasi muda… thus menjadikan wawasan 2020 satu kenyataan yang menjagkaui batas kecemerlangan…… chewah, ewah, ewah…. ;) Mamat yang penulis asal ni macam orang utara jek…. Baiklah, sila lah upgrade pengetahuan anda…. bagi sapa yang bujang, leh cuba kat adik-adik atau sebarkan kat mak, makcik2 kita, yeah! Mahal woo info nih! Kalu tak caya cuba baca!

Artikel untuk parent and parent to be..

Subject: Otak Kanan - Teknik Jepun Shichida…

Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia antaq anak die 2
thn pergi kelas Shichida…yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih
anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih
efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah
penggunaannya. Kelas ni mahal,kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat UITM, tapi boss aku ni
atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu
cuma setengah kerat aje…dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar
aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru
seminggu aku buat kat anak aku…dah nampak keberkesanannya.

1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh
hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak
soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak
kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas
hati…kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur,
ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada
dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun
pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia,
dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun
awal….sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad. :) 2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu
je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan
pendek-pendek..buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila
kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat
otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk
tu…kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar…potonglah gambar kat
mana-mana dsb.
Read the rest of this entry »

Thank You Scukerz!

Thursday
Jul 12,2007

Fuh! Semalam merupakan hari yang sangat progress bagi saya dalam dunia IT khususnye bidang pemblogan! Mana taknye, semalam Allah telah bagi saya rezki satu ilmu nak touch up blog ini guna software ftp…. sebelum blog ini wujud, tak pernah terlintas pon akan frasa ’sofware ftp’ nih! :D
Allah Ta’ala telah menjodohkan pertemuan saya dengan sorang mamat nih utk kesekian kalinye dekat YM semalam. Berkat tak putus asa saya nak tau macam mana nak mentouch-up blog dan hasil dari beberapa soalan bodo saya kepada beliau, maka pintu hatinye telah dibuka untuk mengajar saya dengan super detail! Saya tak pastilah apa perasaannye ketika itu… adakah terlalu menyampah dengan soalan-soalan sampah yang saya ajukan? maka untuk meng’get rid of this guy’ beliau pon mengajar saya ngan detail, takot nanti kena tanya lagi?, ha ha…. ;P acah je, saya tak penah terpikir pon begitu at the first place…. saya ni positive thinker (sampai tahap procrastinator dah, adeh!), dah tentulah beliau tolong saya sebab terharu dengan kesungguhan saya, he he…. apa-apa pon saya yakin beliau ikhlas… syukur….

Tidak lupa juga, kepada seorang mamat nih, rokudaime namanya (bukan nama sebenar)…. sebenarnye beliaulah orang pertama yang saya rujuk kalu saya pening ngan IT nih… apa saja kemusykilan dan soalan sampah yang saya nakkan jawapannye dengan kadar segera, saya tanya beliau…. dan beliau memang sabar orangnye melayan kerenah saya (maklumlah, beliau ini seorang mamat yang jiwang, ha ha)… dan ada satu ketika tu, beliau sampai tak sempat nak bantu saya sebab pegi outstation katanya…. tak tau lah, tu mungkin taktik je, nak menjauhkan diri dari saya, agaknye beliau pon menyampah jugak ngan soalan2-soalan bodo saya…. (acah je roku! gurau jek, aku tau ko ikhlas… jangan merajok pulak! ha ha)

Apa-apa pon, tujuan post ini dipublish adalah untuk merakamkan setinggi-tinggi terima kasih saya kepada dua scukerz di atas yang sedikit sebanyak telah meng’transform’kan saya (autobots…! roll out! cek cok cek cek) dari seorang yang buta IT kepada rabun IT…. saya akan belajar lagi slow2 utk jadi celik IT pulak! Tidak lupa juga saya merakamkan jutaan terima kasih kpd scukerz yang lain (nama spt tertera di blogroll belah kanan saudara/i) dan member sekampung yang tak putus-putus (harap2nye lah) memberi komen dan galakkan. Oh, ribuan terima kasih jugak kpd pengunjung-pengunjung yang sekadar lalu, singgah dan pandang sebelah mata je blog newbie ini tanpa memberi komen, tq, tq… isk isk… ;) ;)

Dengan ini, saya mengishtiharkan mamat yang ajar saya cara asas nak guna software ftp itu adalah sifu blog saya yang pertama! Untuk pengetahuan pembaca budiman sekalian, mamat ini jugak lah yang merupakan mamat yang bagi saya uruskan blog wp nih, ala… founder disebuah forum tersohor tu…. hu hu… kalu tak kenal gak, bukan nak kata lah. DAN En. Rokudaime, saya ishtiharkan beliau merupakan sifu kedua saya (sifu simpanan!) ho ho (tapi apa-apa hal aku tanya ko dulu ek? tq)

Sekian, Terima kasih sumer! Majulah blog utk Negara! (Bukan guna blog utk meruntuhkan negara! Hampeh!)

Trivia 15 sen: Asal perkataan ‘hampeh’ ni sebenarnye dari perkataan ‘hampas’ yang diloghat kenegeriankan, yang bermaksud, tak membawa faedah atau “tak de maknenye!”, maklumlah, macam hampas kelapa tu kan. Lepas perah je kelapa parut, hampas terus dibuang… kita dah tak guna lagi (biasanye lah kan)…. tp ayam makan jugak hampas nih, hmmm….

ehem, ehem…. ada lagi sket tambahan… ni saya edit time petang… yang karangan kat atas tu time pagi tadi…. bukan apa, saya dah dapat sifu ketiga! tp lebih kepada IT. sifu ni ajar saya macam mana nak hack window xp yang tak ori jadi ORI! ha ha…. thanx to mr.cheghap… blognye baru saya letak kat blogroll saya…. memang best! jimat RM300 ha ha!!! :P
Technorati Profile

Wife Saya Masak!

Wednesday
Jul 11,2007

Hari ni terdetik pulak nak citer pasal satu tajuk di bawah ‘blogroll’ di sidebar di sebelah kanan saudara saudari sekalian… ‘Masakan Wife Saya’ yeah….

Pada suatu ketika tidak lama dahulu… time beliau tidak berasa loya kepada bau masakan, beliau amat kerap pergi ke dapur dan memasak dinner selepas balik dari kerja… time tu tugas saya jaga Danish (anak pertama kami, yang 2nd on the way) dan tolong sikit-sikit la kat dapur macam masak nasik ke, kupas bawang ke, kentang ke, potong sayur sikit ke, kupas bawang ke… (eh, dah sebut ye? nampak sangat tak berapa nak tolong , he he). ;)

Walaupon bagi sesetengah orang dan wife saya, masak ni tak susah sebenarnye tapi ada pakai tenaga la jugak sikit; nak sediakan bahan masakan, nak hidang masakan, nak kemas lagi… tapi sumer tu telah dapat dibalas ngan kerjasama kami dan reward yang paling utama ialah masakan beliau BEST SANGAT! Kalau nak diikutkan statistik, dari 25 masakan beliau, sekurang kurangnye 24 masakan beliau stail 5 star punye! Dan ini juga boleh memberi faktor kenaikan berat badan saya menjadi linear dengan masa, he he… tapi saya sedikit sebanyak dapat memalarkan graf kenaikan berat saya dengan mengambil sikit je nasik, tapi lauk kasi bedal habis…. kira ok la strategi tu kan, he he…

Fuh, masa makanan dihidangkan memang syok berbaur geram! Kompon terliur lah dibuatnye (insyaAllah)… dan time tu lah saya snap satu kali amik gambar makanan tu nak kasi upload dalam blog friendster saya. ;)
Tapi sejak beliau di dalam fasa memengandungkan anak kami yang kedua ini, seperti juga semasa memengandungkan anak pertama, beliau mengalami fenomena di mana beliau akan sangat berasa loya dengan bau masakan! Maka dengan itu, dapur di rumah tidak la lagi ‘berasap’ seperti 2, 3 bulan dahulu, isk isk… makan stail tapau yo lah…. apo nak buek…. hu hu… tapi tak pe… insyaAllah saat-saat sedap seperti dahulu akan kembali lagi setelah habis pantang kelak, amin…

Ada yang part terakhir tu, wife saya nak masak, tapi apakan daya tak mampu… maka time tu la saya diberi taklimat baik punye, macam mana nak masak… mee hailam kot time tuh. Siap bagi tunjuk buku resipi lagi… ;)
Apa-apa pon, try la klik kat link tu dan saksikanlah sendiri menu masakan wife saya yang saya abadikan dalam blog itu…

jokes 15 sen: Which animal is a hypochondriac? Toads - they know they can croak anytime (apo bondo hypochondriac tu? nanti lah saya check kamus, ho ho) :D

Daku Yang Terkial-kial!

Tuesday
Jul 10,2007

Pagi tadi dengan masa yang terhad, sebelum nak mulakan kerja, he he :) saya nak try la kasi touch up sket blog wp saya nih. Konon nak kasi letak yang MyBlogLog tu kat side bar saya nih…. jenuh nak gi study widget lah, macam mana nak install sidebar widget lah… tapi jammed lah otak, nak kejar masa lagi…. jadi saya tak berapa nak organize dalam explore, study dan amali nih, hu hu…. macam mana ek nak letak menatang tu kat sidebar saya? ho ho…. Tak pe… banyak masa lagi… no rush… tak lama lagi pandai la tuh ;0

Trivia 15 sen : The city of Reno, in Nevada, gets its name from the Spanish word for Rindeer ;)

Pengalaman Nak Jadi Abah!

Monday
Jul 9,2007

Seperti setahun beberapa bulan yang lalu (nak dekat 2 taun kot), pada hari ini saya bawak lagi wife saya pegi gynea clinic (klinik ibu mengandung)….. pakar gynea tu bawak wife saya pegi scan…. saya pon follow masuk dalam, nak usha gak, he he….. sebelum scan lagi saya dah tak sabar nak tau jantina baby kitorang tuh, ha ha :)
Scan punye scan, maka ternampak lah…., saya pon dah leh cam dah, nampak cantek punya…. yes!!! it’s a Boy!!! ha ha Alhamdulillah…. niat nak dapat boy untuk yang second ni tercapai jugak…. pastu nak budget kalu dikurniakan rezki, yang third nanti nak girl pulak, amin….

Kalu anak yang pertama, nama dia Azfar Danish (yang berjaya bijaksana)…. yang kedua ni (insyaAllah) nak jugak maintain A.D tuh… cadangang pertama kami ialah Azwar Daniel (pasangan ‘nama nabi’)…. emmm…. nama dah sedap dah tapi maknanya tu macam kureng la pulak…. apa makna daniel ek? ada sapa-sapa yang tau tak? pastu kalu ada cadangan lain untuk nama A.D amatlah dihargai…. leh post kat ‘komen’ di bawah ni ek, thanx, he he…..

quotes 15 sen: “Do not confuse motion & progress. A rocking horse keeps moving, but does not make any progress.” Alfred A. Montapert ;)

Permulaan Bagi Segalanya

Sunday
Jul 8,2007

*saja je kasi tajuk macam hapa…. tapi agak bermakna tu buat saya yang buta IT nih, hu hu…. (slow2 belajar kasi upgrade ilmu….)

Dah lama dah nak tulis/ post kat wordpress yang saya dapat dari scukz.com ni… tapi sayang-sayang pulak rasanya sebab kononnye nak cari dulu identiti lah, niche lah, penghususan bidang lah….. pastu pulak saya ni buta IT… nak hias2 blog nih, tak reti bebenorlah teman nak menggodeknye… kononnye nak belajar dulu la atau nak explore akaun wordpress saya kasi habeh, tapi apa pon tak buat, ceh!

Ada gak terpikir…. kalu nak cari punye cari, nak tunggu sampai bila baru dapat ye tak? sampai wp saya ni ‘bersawang’? ha ha…. saya ni dah la penggigit kuku… (sedang berusaha buang tabiat tu dan dah makin kurang pon) orang penggigit kuku ni pendirian die mudah goyah (dalam aspek2 yang tertentu lah)

So, apabila saya disedarkan oleh sorang hamba Allah ni untuk ’selamber’kan diri memulakan blog nih, maka dengan kadar segera (selang beberapa minit) saya pon tulis lah…. mamat ni YM ngan saya di pagi2 buta, area nak dekat kol 2 pagi tuu….. die ‘cakap’, bloggers yang tersohor pon 1st entry diorang tak la best mana pon, cume citer pasal diri jek…. dah lama-lama tu baru la post mereka meningkat maju dan menjadi lebih informatif….. mamat yang menyedarkan saya tu tak lain dan tak bukan ialah….. mamat khalid!!! acah je….. sapa lagi kalu bukan pengasas kepada web portal terhebat di alam maya pada ini….. iaitu….. En. Kareem….. acah je lagi sekali, ha ha…. (buat lawak sket utk diri sendiri nak kasi cergas sket mata tulis blog pagi2 buta time orang dok sibok buat qiamullail nih. yang saya nih sibok nak tulis 1st post…. fuh)

Apa lagi nak tulis ek?….. oh….. dah lah kot, 1st post tak leh tulis panjang2 sangat kan… nanti orang malas baca (padahal dah takdek idea dah, hu hu)

ok lah, sampai sini saja dulu, btw, gambar kat atas tulah gambar saya, wife dan our son (1 tahun 5 bulan)…. diambil kat bangunan kraf langkawi, yeah!

jokes 15 sen: Why should a woman marry an electrician? They know how to keep the spark going