An excellent way to help you with your self-assessment is to keep a trading journal. It will help you to analyze your thought processes after the trade, and identify your strengths and weaknesses in your trading. Understanding your personality is one thing, but understanding it while you trade is a totally different story. A trading journal allows you to review your wining and losing trades and pinpoint specific reasons on why you won or lose.
Pergh! terkejut aku tu geng… Mamat ni aku minat gak lakonan macho die…. Dah la sebaya ngan aku pulak tu. Tup tup, mati pulak semalam kat die punye soho apartment overdose telan pil anti-anxiety.. Ni kira pil nak kurangkan kemurungan la kan?
Sebab die layan overdose tension pasal apa tu aku tak sure, tapi aku yakin ada kena mengena dengan filem yang die baru berlakon yang jadi kowboy gay tuh… Agaknya tension dengan laser mulut orang kot…
* Takotnye lah kalau mati bukan dalam Islam nih…. isk isk
Hari ni merupakan hari yang mendebarkan buat aku dan wife pagi tadi, sebab ni 1st time nak anta Afiq gi nursery nih. Tengah hari tadi kitorang datang ke nursery tu, check performance afiq… Tengok-tengok, selamber jek die tido.. memang ada meragam sket, tapi dapat dikawal…. die dapat minum guna botol tapi mak jah (penjaga kat situ) amik inisiatif tukar puting botol tu dari silikon ke rubber, lembut sket, baru la Afiq nak minum… Laa… kitorang ingat die Afiq alah dengan rubber tu, tapi hari ni tak pulak.. tak pe lah, teruskan je lah guna….
Aku bayar pakai hari sebab kalau nak ikut bulan, rugi lah. Sehari RM25, hu hu… Semoga Afiq cekal dihari-hari mendatang.
MIM ni lebih dikenali sebagai M-messenger. Digi pon layan mender nih, die jv ngan maxis. Ni ala-ala YM gitu…. tapi takkan nak cakap MM kan, macam tak biasa lagi pulak. Ok, meh aku citer sket pasal MM nih. Malam tadi aku try install pakai *100# dan pilih option nombor 4, kemudian 1, kalau aku tak silap. Install die free jek. Layan feel die memang macam YM… tapi nak layan MM ni kena pakai tepon 3G lah. Kadar bayaran die berpatutan aku rasa…
Mula-mula aku try layan MM ngan orang (member) yang tak pakai MM. Orang tu akan dapat sms macam biasa jek cuma ada sedikit keluarbiasaannya ialah, sender kepada sms tu (iaitu aku) nombor teponnya ada bertambah 4 angka di depan, iaitu 2336. Maka orang yang dapat sms tu munkin tak perasan tu aku yang bagi sebab nama aku tak kuar tapi nombor pelik, contoh; 23360129405827. Kalau member aku tu nak reply sms kat nombor pelik tu, tak dapat, die jadi masuk wap portal. Gitulah.
Lepas aku perkenalkan diri dan layan chat beberapa round, aku pon check balik baki kredit hp aku… Tak berganjak siot. Giler best die punya pakej, RM1 untuk layan chat selama 5 hari. Aku pikir ni dah kira unlimited message la nih. Rupanya jangkaan aku meleset. Bila kita beli RM1 untuk layan MM selama 5 hari, sebenarnya kita beli 100 token. 1 token untuk satu kali message. Ni kira, 1 sen per message lah…. Pakej yang lagi satu RM5, 500 token, 30 hari.
Apa-apa pon aku baru je try dan belajar, tak try betul-betul lagi chat dengan orang yang pakai MM ni jugak. Cuba la jengok info real dari maxis pasal m-messenger nih kat sini.
Alang-alang aku dah pakai hp 3G nih, aku try la install Yahoo! Go 2.0 kat dalam application hp aku nih! Yang 3.0 macam dalam gambar hiasan kat atas tu pon ada tapi model w880i belum seswai lagi. Layan install pakai GPRS tu je geng… Alhamdulillah, tak la mahal sangat, tak sampai singget kalau tak silap. Sekali try, memang pergh! sodap giler mata memandang layan browse kat Yahoo! Go tuh. Dan yang super specialnye esp. untuk yang layan pakai GPRS atau kb berbayar nih, die punya charge murah jek, sebab die dah adjust khas untuk hp, maka kb tu pon dikecilkan lah (tu pada pendapat aku sendiri lah, he he). Walau pon lihat gambar-gambar, tetap charge murah. Setiap kali guna, aku check balik baki hp… hmm, tak la cekik darah giler…. yang paling syok sangat, terus leh tengok email, tak payah nak log in lagi dah. Flickr pon 1st time aku layan sebab ada icon flickr dalam Yahoo! Go tuh… selamber je upload gambar dari hp ke akaun flickr aku, yeah! Memang puas hati!
Update pasal kisah problem susuan Afiq!
Hari Sabtu lepas pegi pasaraya, cari susu lembu (kot) yang khas untuk budak yang alah nih. Aku pon beli lah. Try kat Afiq, die minum 1 aun pon tak sampai. Yang die minum pon dia ada luahkan balik. Minum stail nangis-nangis pulak tu, tunjuk protes die la tu. Maka hari ni pon hari Isnin lah… patutnye kena antar Afiq pegi nursery kan? Tak jadi hantar! Aku suroh wife aku cuti lagi satu hari ni, last.
Sebabnya aku nak pegi kat nursery tu, nak story dulu problem Afiq. Diorang dengar steady jek, dan cakap, “tak pe, kita leh bagi die minum pakai sudu….” ceh… tu je ke, penyelesaian die…. ada betulnya jugak teknik tuh…. tak terpikir pulak. Fuh, baru lega sket hati ini… Esok memang nak hantar Afiq. Wife aku tu dah lama sangat cuti, 2 bulan lebih, dah menggeletar dah die nak keje tuh, he he…. Kita tengok lah macam mana performance Afiq esok! Semoga sukses, sukses, sukses!!! Amin….
P.s: psst. jengok2 la (kasi komen, he he) akaun flickr aku tu…. Ada gambar Danish ngan Afiq tido time kitorang pegi shopping. Danish tido dalam troli, he he
Cabarannya ialah nak antar Afiq (2 bulan lebey) ke nursery apabila aku dan ummi die pegi keje Isnin ni. Bunyinye macam tak berapa mencabar sebab dah ramai sangat pon parents yang buat stail macam tu kan?
Tapi cabarannya ni, aku senaraikan ikut kronologi;
- Kitorang tak ajar die isap susu pakai botol (patutnye dalam masa lepas umur sebulan…) so, ummi die pon amik lagi cuti extra 1 minggu untuk train die pakai botol… sampai sekarang dapat la die isap siket-siket dalam 1 auns lebih je gitu. Tapi, ada cabaran yang seterusnya…
- Sekali bila die lepas layan susu 1 auns lebih tuh, die pegi layan alah (allergy) pulak dah, abih muka die merah dan berbintat2. Dia alah susu lembu…. maka kami pon memutuskan untuk die train pakai susu soya…. dan cabaran seterusnya bermula.
- Dia langsung menyampah dengan susu soya tu. Tak nak langsung! Adeh! Dan sekarang dia banned langsung botol susu tuh…. kalau letak je, die geleng kepala, protes!
-Dan ditambah lagi kesan dari berhari-hari berlatih tubi, die dah mula develop satu fenomena biasa bayi; kembung perut… layan minyak yuyi pon tak jalan… Lepas ni kitorang nak pakai ‘dentinox’ pulak untuk atasi kembung perut tuh, hmm…
Memang la jalan terbaik ialah perah susu ibu… tapi Afiq ni lelaki, setiap 2 jam die bantai menyusu, tak dan nak perah beb… so macam mana? Aku yang sebagai speech therapist ni pon dah buntu, hu hu…. masa cuma tinggal 2 hari lebih je ni sebelum nak antar ke nursery! Takkan wife aku nak sambung cuti lagi… Adeh…!
Maka plan kami ialah dengan terus menerus memaksa Afiq layan susu soya tu jugak…. Apa-apa pon keputusannya kelak aku story kat blog nih. Doakan sumernye berjalan lancar ek! Tq Tq ![]()
P.s: Susu ibu adalah susu terbaik di alam maya pada ini!
P.p.s: Baru 1st time layan mobile messenger, hu hu… giler ah! satu message layan RM0.15 tuu…. aku pakai hotlink… nak buat active 5 giler tak dapat! ![]()
Dah lama dah tak layan tag-tag nih! Dan the latest di tag oleh bro Hisham DAN bro dady_ekin pasal azam 2008! Layan jek! Yeah!
Azam tahun 2008/ 1429
Aku nak buat yang terbaik (ala-ala AF gitu)! Azam aku nak lebih rajin update blog, yeah! Memandangkan aku dah ada mobile broadband kelajuan kura tuh (ni azam yang dah tercapai).
Kenangan pahit tak leh lupa time 2007
Yang pahit tu banyak, tapi tak de satu pon yang tak leh lupa, sumer ingat jek, eh silap… kenangan pahit-pahit tu sumer aku dah lupa lah…. sumer ok dah, boleh tempuh. Life must go on (’go on’ ke, ‘goes on’ ek?)
Pengajaran dari tahun 2007
50 tahun merdeka, bila lagi nak ‘merdeka’kan diri nih? hu hu
Pencapaian paling bermakna pada 2007
Dapat baby boy yang ke-2 lah… Afiq Dzulfaqar bin Ahmad Mustaffa…. Nyawa tu beb!
Kalau ada pose menarik sila buboh kat sini.
Tak perlu buboh kat sini, korang cuba ushar muka depan forum scukz, muka aku terpampang dengan machonye (kot) tak hengat… hmm, tu kira pencapaian 2007 gak tuh, he he
Sebaran virus kepada 8 sahabat bertuah.
Aku harap, antibodi depa tak kuat, so diorang pon layan lah tag nih, hu hu….
Azli - Rjuna - Chics - Bayan - Palie - Chot - Lelabu - Setanmati
p.s: Balas dendam, layan post blog 2x sehari, hu hu
Aku la ni tengah layan update blog musnaz nih dengan ‘celcom 3g wap’ yang mobile broadband, yeah! Ari tu aku penah tanya pasal jadikan hp sebagai modem layan tenet kat laptop. Thanx Mael (dan rakan2 lain), kasi info baik punya! Hah! ini lah die yang aku tengah layan nih! Bunyi macam la kool, tapi agak meruntun dan merana jiwa dan raga melayannya…. Selalu layan online kat tempat keje pakai connection hapa ntah yang kalau aku check speed kat ikon ‘dua bijik komputer bertindih kat penjuru bawah kanan skrin komputer’ adalah 100 Mbps kan? Laju kan? Yang aku layan ni speed die cume 10 Mbps jek! Macam 9 - 10 kali ganda slow la nak download satu-satu paparan page tenet nih, adeh!
Biasanya layan tenet, sekali klik, hanya beberapa kerlipan mata jek, page dah tersembol kuar. Yang aku pakai nih, kalau klik satu kali, leh layan tido beberapa round, (saja je nak exergerate - betul ke aku eja nih) baru la nak muncul, tu pon silap-silap kena refresh lagi…. maka menunggu lah lagi…. Tapi, apa-apa pon, kesyukuran tu masih menebal di hatiku…. maklumlah, layan tenet kat umah lain feel die berbanding tempat keja kan, kan?
Dalam perenggan nih, nak kasi info sket macam mana aku leh terjebak dengan broadband mobile nih. Mula-mula beli hp 3g, aku beli SE W880i… 3g jek, bukan 3.5g, kalau 3.5g ada laju sket kot. Pastu aku beli prepaid 3g celcom, maxis takdek, ceh! Fyi, dengan prepaid celcom nih, kita leh layan tenet hanya dengan RM8 sehari, unlimited data. Lepas digabungkan hp dan sim card tuh, aku call celcom center, mintak depa ajar macam mana nak settingkan hp tu supaya leh layan tenet di hp dan di laptop, maknanya jadikan hp tu sebagai modem lah. So aku call center tu pakai nombor maxis dengan hp lain, dan standby w880i ber’celcom’ itu di tangan yang lagi satu, supaya time call, straight leh picit w880i tuh untuk set up. Macam segan je kan, call center celcom pakai maxis, hu hu… tapi caj die murah la gak, 30 sen seminit, leh la borak lama. Tapi aku nak jimat lagi, aku call pakai iTalk lah, 25 sen seminit.
Dah, tu je… lepas tu lenjan lah tenet dengan kelajuan sepantas kura. Dimaklumkan bahawa kepantasan maximum ‘broadband daily’ ini; iaitu guna prepaid 3g, RM8 hanyalah 3 ratus lebih kbps jek1 Samalah dengan pakej yang unlimited untuk sebulan berharga RM68 tuh, tapi kena convert prepaid ke postpaid lah. Kalau nak betul-betul layan tenet laju dengan kepantasan maksimum 3.6Mbps! maka terpaksalah guna hp 3.5g pastu layan postpaid die dan amik pakej yang RM120 sebulan. Amacam, ada berani? Botak palo pakcik! Adeh.
P.s: pakai hp prepaid dan postpaid ada kelebihan masing-masing kan…. tapi dengan adanya iTalk (dan happy), aku rasa prepaid dah mengatasi postpaid dari segi kelebihan itu… tak gitu? hu hu
Setelah at least 3 minggu bercuti (yaa, 3 minggu…) bapak cuti lama giler! Sekali hari ni nak datang balik kerja, giler liat time bangun tido…. 1st day kerja hari ni dah kena pegi outstation, lagi la liat… adeh… tapi apa-apa pon, aku amat bersyukur, time keja ni la dapat balik lenjan online, ho ho… okeh, aku chow sin chi dulu…. nanti baru update blog baik punya…. ![]()
Hari sgt genap umur danish 1;11 y/o dan afiq 0;2 y/o! Yeah
Hepi 2008! esok nak bwk anak mandi pool kt klcc, yeah!