Musnaz.com dan dunia forex

An excellent way to help you with your self-assessment is to keep a trading journal. It will help you to analyze your thought processes after the trade, and identify your strengths and weaknesses in your trading. Understanding your personality is one thing, but understanding it while you trade is a totally different story. A trading journal allows you to review your wining and losing trades and pinpoint specific reasons on why you won or lose.

Hai, anak aku yg 1st nih. Oran…

Friday
Nov 9,2007

Hai, anak aku yg 1st nih. Orang mkn nasik masuk perut, die makan nasik masuk dlm poket baju melayu! Afiq layan foto kat umah je! Yeah :D

X jd g register lah. Afiq kena…

Thursday
Nov 8,2007

X jd g register lah. Afiq kena masuk ward. Jaundice daa… Kena layan foto dulu. Kita hanya merancang, ALLAH lah yg tentukan.

Hari nak register kelahiran Af…

Thursday
Nov 8,2007

Hari nak register kelahiran Afiq kat JPN ngan kat Klinik berhampiran. Nanti sy citer rutin sy semasa sy cuti pantang, yeah!

Ini hari ke-3 sy jd bapak kpd …

Thursday
Nov 8,2007

Ini hari ke-3 sy jd bapak kpd 2 org anak! Bz nguruskannya dan maknya… Afiq Dzulfaqar namanya, he… Syukur…

Afiq, our 2nd boy, selamat lah…

Monday
Nov 5,2007

Afiq, our 2nd boy, selamat lahir 9.45pm tadi, 3.59kg, 53cm! Syukur selamat sumernye… Alhamdulillah… Maka danish ada rakan gusti, ho ho

Wednesday
Oct 31,2007

Betul.. tak percaya saya dah menang? ni buktinya, saya dapat email pagi tadi, he he….

Yahoo/MsnLottery
Incoperation
Baley House, Har Road
Sutton, Greater London
SM1 4te
United Kingdom

This is to inform you that you have won a prize money of(£500,000)
FIVE HUNDRED THOUSAND GREAT BRITAIN POUNDS STERLINGS for the month of OCTOBER 2007 Lottery promotion which is organized by YAHOO/MSN LOTTERY
INC & WINDOWS LIVE.YAHOO&MSN MICROSOFT WINDOWS, collects all the email addresses of the people that are active online, among the millions that subscribed to Yahoo and Hotmail we only select five people every Month as our winners through electronic balloting System without the winner
applying,we congratulate you for being one of the people selected.

PAYMENT OF PRIZE AND CLAIM
You are to contact your Claims Agent on or before your date of Claim,Winners Shall be paid in accordance with his/her Settlement Centre.

These are your identification numbers:
Batch number…………………YHM 09102XN
Reff number…………………..YHM35447XN
Winning number……………….YHM09788
You are therefore advised to send the following information to
Fudiciary manager.
Dr, Albert Gray
REMMITANCE DIRECTOR
YAHOO PROMOTIONS UK
Tel: # +44-70-4571-3373
FAX # +44-87-1247-6662
E-mail: agentalbertgray_001@yahoo.co.uk

1. Full name
2. Sex
3. Country
4. State
5. Contact Address
6. Telephone Number
7. Marital Status
8. Occupation
9. Age
10.Next Of Kin
11.Zip Code

Congratulations!! once again.
Yours in service,
(Public Relations Officer.BRITISH EMBASSY)

ni dapat email daripada notifi3610000@hotmail.com

so, sapa yang nak tolong uruskan saya amik wang hadiah nih? saya kasi komisyen RM400 000 kalau saya dapat wang hadiah tuh! ha ha ha….. :-P

Salam dan Sabar… Sebarkan!

Tuesday
Oct 30,2007

Hari ni saya nak berkongsi siket, ilmu atau pemikiran yang baru saya dapat dengan perkara lama nih…. dah 28 tahun saya hidup, la ni baru tau…. betul la kata orang, sampai mati pon, ilmu tak akan dapat penuh punye…. hari hari leh upgradekan diri dengan ilmu.

Ok. Sebagai intro, saya sangat bersyukur sebab saya memilih radio IKIM sebagai radio rasmi diri saya…. saya ni agak jahil dan lemah iman, sebab tu saya memilih radio ini sebagai santapan rohani saya. Walaupon pada permulaannya, saya sangat memaksakan diri untuk dengar siaran nih. Nak tak nak, iman lemah ke, ok ke, pasang jugak. Sumbat jugak. Lama kelamaan… AlhamduLillah…. saya mula meminati dan syok akan info-info dan tazkirah yang terkandung di dalamnya. Bagus sangat. Saya menyeru kepada rakan-rakan sumer… cubalah paksakan diri dengar IKIM, let say, dalam sebulan ke… lepas tu lihatlah sendiri perubahan pada diri korang sumer, insyaAllah… kita ni hidup tak lama geng! Mungkin esok kita meninggal dunia… mungkin jap lagi…. hmmm…..

Baik. Tamat intro. Berbalik kepada tajuk di atas, ni adalah ilmu baru yang saya dengar kat radio IKIM kat dalam tazkirah kol 7.30 pagi tadi, time on the way nak gi kerja. Salam dan sabar. Saya nak citer balik dari pendengaran dan asimilasi pemahaman yang saya dapat.

Salam

Mula-mula salam. Ala…salam… yang bagi assalamualaikum tuh… dah biasa kita dengar kan? tapi yang tak biasa saya dengar ialah, ini bukan sebarang doa yang sunat disebarkan, yang wajib dijawab. Ini satu doa yang besar. Maknanya ‘assalamualaikum’ bukan hanya setakat ’selamat sejahtera ke atas kamu’ malah jika dilihat perkataan ‘as-salam’ itu sendiri, ia adalah salah satu dari 99 nama Allah yang Maha Suci. Jadi kita mendokong nama itu baik-baik dan sebarkan di atas muka bumi ini.

Salam itu juga adalah salah satu nama syurga yang saya tak ingat nama penuh die. Nama dia macam ‘nama syurga’ darussalam… gitu…. Jadi tak lari jugak maksud salam itu ’syurgalah ke atas kamu’…. kita mendoakan orang muslim yang kita beri salam tu, masuk syurga. Seperti yang kita tahu, kalau nak masuk syurga, perangai mestilah macam ahli syurga dulu, baru layak. Di dalam syurga, ahli-ahlinya saling menyebarkan salam. MasyaAllah.

Sabar

Ni lagi satu perkataan yang lama dah saya dengar tapi hari baru dapat lagi satu ilmu pasalnya. as-Sobru (sabar) juga adalah salah satu dari 99 nama Allah. Allah maha Penyabar sifatnya. Sejahat mana sekalipon hambaNya buat dosa, Allah masih bagi masa yang banyak untuk saya bertaubat. Maka bertaubatlah selagi sempat.

Lepas tu, sabar ni sebenarnya adalah perkataan aktif, bukan pasif seperti yang saya paham selama nih. Apa maksud sebenar sabar? contoh: kalau ibu/ isteri/ adik perempuan kita diganggu jahat lelaki lain atau tak nak ikut suruhan dan perintah Allah? macam mana kita nak ’sabar’. Kalau sabar yang pasif (salah), kita hanya mendiamkan diri dengan sabar, dan mendoakan keampunan dan kesejahteraan mereka, lebih kurang gitu…. maka di sini bukan sabar… ini dah jatuh tahap dayus! Maka macam mana nak sabar dengan mereka?

Maka, sabar yang aktif ialah;
1. Menahan dari mengeluarkan sifat mazmumah (sifat setan/ jahat/ negatif) dari diri kita terhadap sesuatu situasi yang menimpa. Bukan dengan membunuh lelaki jahat itu atau mendera mereka (ibu, isteri, adik)
2. Berfikir dengan rasional akan tindakan yang terbaik - fikir strategi untuk menangani masalah itu.
3. Bertindak sewajarnya.
4. Tawakkal.

Apa lagi contoh lain sabar? hmmm…. apabila agama dihina? bukan hanya mendiamkan diri dengan sabar atau membuat amok dan rusuhan. Tetapi, menekadkan semangat, azam dan usaha untuk mempertahankan maruah agama dengan berusaha lebih lagi dari aspek ekonomi contohnya, atau berdakwah dengan lebih pesat lagi untuk menyedarkan orang2 yang tak paham pasal islam nih… gitulah….

Oh, ada contoh yang simple lagi pasal sabar nih. Contoh, ada orang (yang bukan penipu) minta wang derma seringgit dua dari kita. Kalau kita tak sabar, kita abaikan je. Kalau kita sabar, iaitu menahan dari mengeluarkan sifat mazmumah kedekut dari diri kita, kita pon hulurkanlah derma itu…. itu pon dikira sabar tuh.

Lagi… yang biasa jugak ialah menahan diri dari sifat malas. So, bersabar dari malas dengan merajinkan diri mengusahankan sesuatu.

Apabila negara nak diserang. Sabar. Dengan menahan diri dari sifat pengecut, lalu berusaha menentang anasir luar itu.

Sabar dengan penyakit yang menimpa. Selain redho, kita mesti lah menahan diri sifat putus asa lalu berusaha mencari penawarnya.

Haaa… maka itu lah sabar dan contoh-contohnya. Ia adalah satu perkataan aktif. Boleh juga dikatakan, orang yang sabar ini adalah orang yang mencari jalan untuk menghadapi atau mengubah dari satu keaadaan yang negatif kepada yang positif, atau keadaan yang baik kepada keadaan yang lebih baik. Besar la sebenarnya konsep sabar nih. Saya pon baru tau…. Nak kena belajar, fikir dan praktik lagi. Orang yang sabar bukan pengkaji atau pembaca sejarah, tetapi adalah orang yang mencipta sejarah!

P.s: tak penah dengar IKIM tu apa? cuba la layan search engine ‘radio IKIM’

Alumni MRSM BP!

Monday
Oct 29,2007

Fuh, hari ni bila bukak je dashboard musnaz.scukz nih ada pulak incoming link dari mrsmbp.blogspot.com …. Bukak-bukak je, satu blog murni yang cuba kumpulkan seramai mungkin ex-mrsm bp tak kira umur dan jantina…. memang menarik, leh la saya cuba usha-usha blog/ web/ fotopages depa, he he…. tapi, dari blog tersebut saya mengharapkan 3 bende je setakat nih;

1. Siapa towkey blog tersebut? tak dapat nak berkenalan la pulak.
2. Tak leh letak komen pulak kat blog tuh.
3. Ni request kecil-kecilan jek… kalau dapat, boh la shoutbox sekali, leh sembang satu kali, ho ho….
4. Ops, tambah lagi satu request, blog mrsmbp tu, buat kat wordpress la bro, cantek sikit… saya cadangkan buat kat blogmas. Mudah, sempoi, tapi cantek! yeah!

Oh, sedikit info diri saya berkaitan mrsm bp nih. Saya ex-mrsm bp yang lepak hanya 2 taun dari form 4 sampai form 5 (spm 1996). Budak kelas ‘i’, he he

Saya penah tertanya; apa akn j…

Sunday
Oct 28,2007

Saya penah tertanya; apa akn jadi kalu semua orang kat dunia ni jadi blogger ek? Hmmm… :-)

Web rarmi JAWA saya telah dira…

Saturday
Oct 27,2007

Web rarmi JAWA saya telah dirasmikan di musnazdotnetII. Yok mampir nang keney; http://musnaz.blogmas.com - ojo kesandong! ha ha :-P