Musnaz.com dan dunia forex

An excellent way to help you with your self-assessment is to keep a trading journal. It will help you to analyze your thought processes after the trade, and identify your strengths and weaknesses in your trading. Understanding your personality is one thing, but understanding it while you trade is a totally different story. A trading journal allows you to review your wining and losing trades and pinpoint specific reasons on why you won or lose.

Calvin and Hobbes - Yukon Ho!

Friday
Oct 26,2007

Selamat berpuasa enam!

Kali ni share koleksi komik calvin and hobbes yang lain pulak. Yokon Ho taun 1987-1988. Saiz die 11Mb lebih. So, apa laga… sedut….. macam biasa kalau nak request pakai YM pon leh, tapi mengikut keavailabilitian saya lah yek, he he…. YM id ; ahmadmustaffa79

SEDUTLAH DI SINI

Perihal Isteri Kesayanganku!

Thursday
Oct 25,2007

Beliau sekarang ni adalah pada tahap paling bz menguruslengkapkan permohonan untuk kemasukan melanjutkan pelajaran nak jadi specialist mata (oftalmologis). Yang mencabar lagi, beliau sekarang tengah sarat mengandung. Dah ‘term’ kata orang kampung, anytime boley ‘deliver’ atau melahirkan atau ‘bayien’ kata orang jawa.

Saya pon tak sampai hati tengok beliau berhempas pulas, lalu saya pon tolong la mana yang mampu macam jadi secretary ke, ofis boy ke, runner ke, gitu lah. Ada satu malam tu, saya tolong kasi idea buat ayat sikit untuk beliau buat karangan wajib permohonan ‘kenapa ingin memilih bidang ini?’ lebih kurang gitu lah tajuk die. Maka di sini saya kongsikan hasilnya… yang penting nak bagi tau di sini, karangan ini lahir dari hati yang betul-betul ikhlas…. harap-harap orang KKM (kementerian kesihatan malaysia) atau sesiapa sahaja yang menilai, akan dapat merasakan aura keikhlasan beliau, cewah! Karangan ni, jumlah perkataan mesti dalam 100 patah perkataan. Adik-adik yang nak amik UPSR tu, leh la jadikan karangan ni sebagai rujukan, he he

Pengalaman saya selama sekurang-kurangnya setahun di Jabatan Oftalmologi telah mencetuskan minat saya untuk melanjutkan pengajian di peringkat pasca siswazah.

Bagi saya bidang ini memberikan tahap kepuasan yang tinggi apabila pesakit berjaya dirawat. Contoh, pesakit katarak yang berjaya dibedah tanpa sebarang komplikasi.

Sokongan dan galakkan daripada pakar dan rakan setugas di Jabatan Oftalmologi menguatkan lagi semangat saya untuk memilih bidang ini.

Di samping memberi rawatan kepada pesakit, saya mempunyai hasrat untuk meningkatkan pengetahuan orang awam tentang penyakit-penyakit mata yang biasa dihidapi oleh masyarakat seperti diabetic retinopathy, glaukoma, katarak dan sebagainya.

Saya berharap agar saya akan menjadi salah seorang daripada barisan pakar oftalmologi yang menyumbang kepada masyarakat demi untuk mengurangkan kadar kebutaan di negara ini.

Macam tu lah…. jadi dalam post hari ini sebenarnya saya nak mohon jasa baik korang supaya mendoakan kelancaran dan kejayaan permohonan isteri saya dalam melanjutkan pelajaran beliau di peringkat master ini. Jasa baik dari pihak tuan, puan amat lah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang benar,

________________________
Musnazdotnet a.k.a Musnaz

yeah! ;-)

Satu Pertanyaan Super Ikhlas Dariku!

Wednesday
Oct 24,2007

Dah lama sangat saya tertanya-tanya tentang satu soalan nih…. la ni baru teringat nak post kat blog tanya korang…. soalannya ialah;

Pernah tak korang lihat/ nampak/ terserempak/ jumpa/ dapati polis atau jpj bila pandu kereta polis atau peronda die tu, diorang pakai SEAT BELT? pernah tak?

Jawapan saya, selama saya hidup dimuka bumi ni, saya rasa pernah nampak sekali jek…. rasanya lah… macam tak penah nampak pon yee…. hmmm…. korang pulak macam mana? Boleh buat research ni kan?

Pengalaman Beraya di Kuching!

  • Filed under: Trivias
Tuesday
Oct 23,2007

Raya taun ni, adalah sambutan raya yang super bersejarah buat saya dan isteri. Sebab, ni lah 1st time seumur hidup kami beraya 100% berjauhan dari family kandung! Kami telah ditakdirkan untuk beraya di kuching disebabkan wife saya dah tak dibenarkan lagi naik flite (kalau ada private jet lain cerita lah kan) sebab baby dalam kandungan sudah berumur 36 minggu sekurang-kurangnye…. Alasan yang tak leh dielakkan. Ada gak kitorang terpikir nak balik naik pengangkutan laut, tapi ntah berapa hari la pulak makan masanya….

Walaupon sedih dan sayu tapi jauh di sudut kami agak tak sabar jugak nak merasa beraya di kuching Sarawak nih! Ni saya akan senaraikan kelainan yang kami perasan beraya di kuching sarawak ‘tok (ni)’;

-malam raya 1 syawal, orang masjid round kampung ke kampung naik kereta sambil takbir raya pakai mike dan speaker.
- yang tak bestnye malam raya, orang main mercun agak lama dan kuat macam chinese new year! tapi kat sarawak ni, sumer perayaan besar memang macam gitu sambutannya.
- Raya pertama dah boley pegi beraya rumah member dalam pukul 10 ke atas gitu. Berbeza di tempat saya, biasanya raya pertama untuk family terdekat, raya ke-2 untuk family terjauh, dan raya ketiga ke atas barulah open untuk sahabat handai.
- orang lelaki layan baju melayu complete siap bersampin songket sampai syawal ke-7! Ni memang unik.
- Dulu, diorang pon ada ‘baraan’…. tau tak baraan tu apa? mungkin lain tempat lain vocab die tapi baraan ni ialah ahli kampung sepakat, kumpul ramai-ramai layan beraya dari rumah ke rumah yang ambil bahagian. Biasanya orang surau atau masjid yang anjurkan. Kat kampung saya, sungai sireh, tanjung karang, selangor, memang acara wajib tiap tahun. Biasanya raya ke-2 diorang buat. Kat Sarawak pon ada baraan nih. diorang gelar baraan tu ialah ‘melangga’ (melanggar meja). Tapi baraan depa dah hampir pupus kata salah seorang tua yang saya interview. Hanya wujud di kampung-kampung tertentu jek.
- juadah utama kuih, kek lapis! dan minuman utama adalah minuman bergas! ‘air lemenet’ diorang panggil. Sebelum raya tu, diorang siap borong dari pasaraya sampai penuh lah satu kereta. Sungguh!

Begitulah sedikit sebanyak info yang dapat saya kongsikan. Yang penting dapat jugak lah saya merasa beraya diperantauan… Ianya agak fun, tapi harap-harap inilah pengalaman pertama dan terakhir beraya di perantauan! Macam mana best pon beraya tempat orang, beraya tempat sendiri jauh lebih best!

Myteam2

Monday
Oct 22,2007

Assalamualaikum dan selamat hari raya (raya kan sebulan…) Dah lama bebenor saya tak update blog pakai dashboard… asyik layan twitter jek, ho ho… Hari ni baru je start keja balik, tu yang dapat online depan pc nih…. Hari ni saya nak borak 2 perkara yang berlaku malam tadi. Kedua-dua perkara ni saya dapat dari menonton tv.

Myteam2.

Amacam? ada tengok? best ke tak best? kalah menang tak kesah la kan, tapi ‘how we win and loose’ tu yang penting…. Shebby agak pasrah gak di situ, ho ho…. Berikut saya senaraikan komen saya yang ‘berkaki bangku’ nih.

- Indon bukan hantar team no. 1 diorang.
- Kalau dilihat dari pemerhatian saya, inteam dengan myteam adalah di dalam KELAS yang sama, cumanya kalau diorang amik exam semester, inteam dapat periksa no. 5 dan myteam periksa nombor 19 la gitu.
- Keseluruhan perlawanan adalah di tahap tidak menarik, sebab banyak sangat aksi drama dan lakonan (inteam jauh lebih banyak berlakon, lebih-lebih lagi si goal keaper depa, belakon injured tak hengat! Reff datang check pastu buat dekk jek.. hambek ko obat!
- Possession (pengawalan bola) pada separuh masa pertama, inteam 65%, myteam 35%. Time separuh masa kedua, inteam 55%, myteam 45%. Second half tu ada fight siket jek, tapi pertahanan inteam dilihat sangat kukuh di atas faktor kerajinan mereka (2 orang kejar sorang untuk bertahan) dan juga bakat lakonan mereka yang menjengkelkan! Pening reff dibuatnya!
- myteam punye gerakan serangan jadi buntu. hilang arah dan punca lagaknya.
- pujian untuk myteam2, walaupon gugup main, dan selalu dikasari sampai indon main dengan 10 orang, diorang dikira agak pandai mengawal emosi kesabaran, syabas!
- Secara keseluruhan persembahan myteam; ok la…. baik kalah 0-2 dari kalah 0-21 ! diorang boleh maju lagi tuh, hu hu.

Bing Bang Boom Raya!

Ni perkara ke-2. Lepas tengok myteam lawan lepas tu citer bing bang boom raya (bbb). Tak selalu tengok citer ni. walaupon konsep die konsep ciplak, tapi telah diadaptasi dengan budaya malaysia, biasaklah kan.

Okeh, part yang paling best bagi saya ialah sorang krew bbb ni, muka skema, pakai spek, sut baju melayu dengan selempang kain pelekat. Die pergi merayau-rayau sekitar ibu kota kL, approach sorang-sorang atau pasangan-pasangan nak ‘pinjam 50 ringgit buat tambang balik’ disebabkan alasan-alasan tertentu. Die sangat berjanji akan bayar balik… bank in gitu… ramai giler die ‘mencuba nasib’ tapi malangnya sumer tak mampu atau tak mahu bagi pinjam. Paling baik di kalangan rejector2 tu adalah hulurkan seringgit dua, paling banyak 10 ringgit. Tapi mamat tu tak nak. die nak 50 jugak. kalau kurang daripada tu, baik tak payah.

Mamat ni ada yang mendapat simpati dan ada juga yang terima persepsi yang super negatif…. akhirnya adalah sorang hamba Allah ni yang percaya dan bermurah hati meminjamkan note 50 kat mamat nih! Dengan serta merta, orang kamera pon datang sergah dan ‘kisah sebenar’ diketahui mamat tuh. Maka sebagai ganjaran, mamat tu dapat duit raya bernilai 400 hengget!!!

Punye lah syok mamat tuh! Mesti die semangat nak buat kebaikan lagi nih. Tapi saya ada terpikir, yang mamat nih;
- memang lurus bendul percaya bulat-bulat.
- penakut giler ingatkan mamat baju melayu tu ganster
- memang loaded giler, duit macam air
- dan… mamat tu adalah krew bbb jugak, saja je nak kasi jeles orang2 yang reject tuh.

Apa-apa pon, fikir je lah positif…… ‘buat baik, kompom dibalas baik!’

Selamat pulang ke bumi Tuan Sh…

Sunday
Oct 21,2007

Selamat pulang ke bumi Tuan Sheikh! Semoga kajian berjaya! Kpd myteam2, sila tewaskan inteam (indon team) tiada yg mustahil, INSYAALAH! ;)

Buat ’semi-open house’ ini har…

Saturday
Oct 20,2007

Buat ’semi-open house’ ini hari. Menu;soto berbegedil, pai ayam dan dadih je. W/pon simple, tp best! P.s: dadih tu sy buat, 1st time, he …

7933 accident dan 126 kematian…

Monday
Oct 15,2007

7933 accident dan 126 kematian dlm 7 hari! Marilah sama2 kita MENINGKATKAN lagi kadar statistik ini dari tahun ke tahun. Malaysia Boleh! Oh

Hujan lebat pulak pagi raya ke…

Sunday
Oct 14,2007

Hujan lebat pulak pagi raya ke-2 ni. Menambahkan lg mandomnya raya. Layan tv je la gamaknye pagi raya nih, hu hu

Hanya kami bertiga di pagi ray…

Saturday
Oct 13,2007

Hanya kami bertiga di pagi raya. Rindu dan hiba ngenang family di smnnjg. Kami bertiga saling berpaut emosi kesayuan… Selamat raya syawal